Sukar tidur malam, padahal siang tadi anda begitu sibuk bekerja. Badan terasa penat tetapi susah nak lelap mata. Gangguan tidur inilah yang dikatakan insomnia.
Jika keadaan ini berlaku pada anda, ada beberapa perkara yang boleh membantu anda untuk menghilangkan kesukaran nak tidur. Di antaranya termasuklah memilih 6 minuman di sini.
1. Teh Chamomile
Kredit foto : medicalnewstoday.com
Mengikut laporan dari Global News, teh chamomile dianggap boleh membantu untuk mengatasi gangguan tidur seperti insomnia. Teh chamomile memberi kesank menenangkan kepada tubuhh. Selain itu, meminum teh chamomile sebelum tidur juga akan membuat tidur anda lebih lena.
2. Susu Lembu
Ads
Kredit foto : aryzauk.tv
Susu lembu memang sering jadi disebut boleh menimbulkan rasa mengantuk. Menurut Nicole Osinga, seorang nutrisionis mengungkapkan bahwa meminum susu sebelum tidur dapat meningkatkan kualiti tidur kita.
Ini adalah kerana susu lembu mengandungi tryptophan yang dapat membuat tubuh kita menjadi lebih rileks dan tenang.
3. Banana Milkshake
Kredit foto : foodsgoodmall.com
Sama seperti susu lembu, buah pisang juga mengandung tryptophan yang memberikan kesan rileks dan tenang pada tubuh.
Banana milkshake dipercayai mampu menjadi minuman yang boleh menghindari gangguan tidur. Anda hanya perlu mengisar buah pisang, susu lembu dan kayu manis.
4. Susu Badam
Kredit foto : godiaryfree.org
Susu diperbuat dari campuran susu dan badam adalah satu lagi alternative yang boleh memberikan rasa mengantuk. Kehadiran serotonin dalam otak boleh membantu rasa ingin tidur.
Ads
Serotonin dalam system saraf bergantung kepada kehadiran tryptophan yang boleh didapati secara alami di dalam susu badam dan susu.
Badam juga kaya dengan magnesium yang juga s nutrisi penting yang membantu meningkatkan kualiti tidur anda.
5. Teh Hijau Tanpa Kafein
kredit foto : cmhglobaltimes.cmhglobal.in
Minuman teh hijau selalu dikaitkan dengan manfaatnya yang dapat mengurangkan berat badan. Jika kandungan kafeinnya dikeluarkan ia boleh menggalakan rasa ingin tidur.
Ads
Minuman ini juga mengandungi asid amino yang dikenali sebagai theanine yang terbukti boleh mengurangkan stres dan membentuk corak tidur yang lebih tenang.
6. Air Kelapa Tulen/Asli
Kredit foto : en.wikipedia.org
Jangan terkejut ya, air kelapa juga termasuk dalam senarai minuman yang boleh membantu anda menghilangkan rasa sukar untuk tidur. Kandungan magnesium dan potassiumnya boleh membantu otot tubuh rasa lebih rileks.
Manakala khasiat vitamin B di dalamnya dipercayai boleh mengurangkan tekanan dan tahap stress yang menjadi punca anda sukar untuk tidur.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Anda penggemar sayur-sayuran, tapi yang menjadi sakit hati bila sayur hijau segar bila dimasak je berubah menjadi lebam. Kadang-kadang membantutkan selera makan. Sekarang usah risau kerana ada cara mudah menangani masalah ini hanya dengan garam.
Merebus atau celur: Semasa merebus sayur hijau seperti bayam atau sawi, anda hanya perlu menambah sedikit garam dalam air rebusan. Masak lebih kurang satu minit angkat dan toskan. Untuk menghilangkan rasa masin pada sayur, lalukan siramnya dengan air masak dan toskan semula dan sedia dihidangkan tanpa berubah warna.
2. Menumis: Anda disarankan gunakan minyak zaitun, tumis sekejap dan jangan biarkan sayur terlalu layu. Angkat dan segera dihidangkan.
3. Jangan biarkan sayur terlalu lama dalam kuali: Ini juga faktor menyebabkan sayur berubah warna. Pindahkan segera ke dalam pinggan sejurus masak, ia bukan hanya mengekalkan kehijauan sayur tetapi juga keranggupannya.
4. Gunakan api besar agar sayur masak sepantas kilat: Ia bertujuan mengekalkan kesegaran dan kehijauan sayur.
Cara sangai tepung gandum yang biasa kita lakukan menggunakan kuali. Tapi cara ini memerlukan kita selalu mengacaunya.
Jika penat, boleh gunakan cara lain yang lebih mudah iaitu menggunakan ketuhar atau oven. Sambil itu boleh buat kerja lain, cara ini memang lebih praktikal untuk dilakukan.
Kenapa tepung perlu disangai? Tepung sangai ini biasanya digunakan untuk membuat biskut dan kek supaya lebih tahan lama, tidak hapak dan berkulat.
Biskut dan kek juga akan jadi lebih ringan dan sedap. Selain itu tepung sangai ini juga boleh digunakan untuk membuat tepung naik sendiri.
Cara sangai tepung gandum guna oven
1. Panaskan oven pada suhu 160 Selsius.
2. Sementara itu ayakkan tepung gandum dan masukkan dalam acuan kek.
3. Bakar tepung dalam oven lebih kurang 20 minit.
4. Keluarkan tepung kemudian ambil sudu lalu kacau tepung sampai berderai. Ini kerana apabila dibakar tepung jadi agak keras dan berketul.
5. Biarkan tepung sejuk dan ayak lagi sekali sampai ketul-ketul tepung hilang. Tepung sedia untuk digunakan.
Cara buat tepung naik sendiri
Bagi yang ingin membuat tepung naik sendiri ambil tepung gandum yang disangai sukatan 250gm, tambah dengan satu sudu besar baking powder.
Gaul rata dan ayak. Siap tepung naik sendiri Jika mahu kuantiti banyak gandakan sukatan bahan tadi.
Apalah ertinya hirup sup panas tanpa ditaburi bawang goreng. Kan? Bawang goreng selalu kita buat sebagai pelengkap pada hidangan. Tak lengkap rasanya kalau buat sup tak ada bawang goreng. Kalau buat nasi minyak pun, mesti letak bawang goreng. Selain menambah selera, aroma pun semakin wangi.
Hari ini RASA kongsi resipi membuat bawang goreng lebih rangup dan tahan lama. Resipi ini adalah daripada Puan Nooriah Abdullah.
BAHAN-BAHAN
1/2 kg bawang merah di hiris nipis
2-3 ulas bawang putih hiris nipis
2 sudu besar tepung jagung
Sedikit garam dan gula utk perasa
Minyak secukupnya untuk menggoreng
CARA MEMASAK
1) Bawang merah dan putih yang telah dihiris perapkan dengan tepung jagung, garam dan gula.
2) Biarkan selama 1/2 jam atau lebih.
3) Panaskan minyak agak banyak untuk tenggelamkan bawang kita.
4) Kalau sayang minyak masukkan sikit-sikit bawang tu dalam minyak.
5) Goreng sampai agak kuning saja angkat dan tos kan.
6) Gorenglah sehingga habis .
TIP MENGGORENG
Tujuan letak bawang putih adalah untuk merangupkan bawang goreng. Semasa menggoreng jangan sampai terlalu kuning di atas api sebab apabila kita angkat bawang tu akan lebih kuning. Jadi agak-agak je tau sebab kalau terlalu kuning di dalam minyak, apabila kita angkat akan menjadi oren kecoklatan dan agak pahit jadinya. Sedap diratah kalau yang homemade ni rangup krup krap krup krap. Biarkan sehingga sejuk dan minyaknya kering baru masukkan dalam bekas kedap udara.
Kredit resipi & gambar: Puan Nooriah Abdullah (http://nooriahnaim.blogspot.my/2015/10/bawang-goreng-ranggup-ala-kak-noor.html)
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...