Hari raya dan rendang ibarat lagu dan irama. Tanpa adanya sajian rendang di pagi raya, ibarat tidak sempurna juadah di meja. Ada sesetengah dari kalangan kita yang rendangnya susah nak menjadi dan kurang sedap. Mungkin kesalahan-kesalahan di bawah ini ada anda lakukan. Jom semak!

 

1.    GUNA SANTAN KOTAK

Rendang lebih enak jika menggunakan santan segar. Ini kerana santan segar akan menjadikan rendang pekat sempurna dan berminyak. Boleh juga menggunakan santan kotak namun ramai yang kurang mahir dalam menentukan jumlahnya. Maklumlah kepekatan santan kotak dan santan segar adalah berbeza. Kalau nak tahu,santan kotak lebih sesuai digunakan untuk membuat rendang dalam jumlah yang sedikit anggaran 1-3kg daging serta ayam. Jika raya ni nak buat rendang banyak, gunalah santan segar.

 

Ads

2.    KURANG BAHAN

Jangan derhaka pada resipi. Jika resipi tulis masukkan bawang, lengkuas, halia dan pes cili. Anda kena masukkan bahan-bahan tersebut. Jika tidak ikut resipi yang betul, memanglah rendang anda tak menjadi dan kurang enak. Rugi wooo…

 

3.    KERISIK TIDAK CUKUP

Kenapa guna kerisik dalam masakan rendang? Kerisik ni ibarat perasa yang wajib. Tak letak kerisik, macam tak jadilah rendang tu. Kerisik juga menjadikan warna rendang kelihatan cantik. Lebih gelap warna kerisik, lebih gelaplah warna rendang anda. Jika kurang kerisik ia akan menjadikan rendang anda tidak lemak serta kurang enak.

 

4.    DAGING KERAS

Ads

Sebaiknya, gunakan daging yang mudah empuk dan tidak liat seperti bahagian batang pinang. Oleh itu anda dapat menjimatkan masa memasak dan rendang dapat masak dengan sempurna.

 

5.    MASAK GUNA API BESAR

Ads

Memasak rendang menggunakan api yang besar akan menyebabkan renpah menjadi hangus dan menjejaskan keenakan rendang. Maklumlah, masa memasak yang lama membuatkan ramai yang kurang sabar. Salah tu. Petua menghasilkan rendang yang sedap adalah dimasak dengan lama menggunakan api yang kecil. Cara ini menjadikan rempah masak sekata bahkan dapat tahan lebih lama.

 

6.    TERLENA

Yang ni admin pernah alami! Masak rendang terutamanya rendang daging sememangnya mengambil masa yang lama untuk empuk dan lembut. Jika anda memilih untuk buat rendang pada waktu tengah malam, potensi untuk rendang hangus dan tak boleh makan memang tinggi. Maklumlah, kusyuk menunggu rendang sehingga tertidur. Memang rentunglah jawabnya.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI