Roti sandwic yang hampir tamat tempoh biasanya sudah sedikit keras dan tidak enak dimakan. Nak dibiarkan begitu sahaja, sayang pula lebih-lebih lagi jika roti masih lagi banyak. Usah buntu kerana ada pelbagai sajian yang anda boleh hasilkan menggunakan roti ini. Bukan yang biasa-biasa tau. Semuanya enak belaka. Jom cuba!
1. LASAGNA ROTI
BAHAN-BAHAN:
- 1 buku roti Gardenia – digelek
- 400gm daging kisar
- 2 biji bawang besar/bawang Holland potong dadu
- 2 ulas bawang putih
- 1 botol Sos Spageti Leggo’s ( napoletana) 575gm
- Sayur campur (ikut selera suka byk mana)
- Sedikit lada hitam
- Sedikit lada putih
- Sedikit gula
- Sedikit tepung gandum
- 1 sudu kecil oregano/mix herbs (optional)
- Garam secukup rasa
- Sedikit minyak utk menumis
- Sedikit tepung jagung
- Air
- 2 keping Keju cheddar
- Keju mozarella untuk topping
CARA MASAK KUAH LASAGNA:
- Tumis bawang besar dan bawang putih sampai layu.
- Masukkan daging kisar, kacau hingga masak / berubah warna.
- Masukkan sos spagetti. Tambah air dlm botol sos spageti td 1 botol dan tuang skali..
- Masukkan serbuk lada hitam, serbuk lada putih dan oregano/mix herbs. Setelah mendidih, masukkan sayur campur..tambah tepung jagung yg di bancuh dgn air utk pekat kan sikit kuah td.. Perasakan dengan garam dan gula.
- Masak skejap. Tutup api, ketepikan.
CARA MASAK SOS PUTIH:
- Tumis bawang besar dan bawang putih sampai layu.
- Masukkan sedikit tepung gandum..kacau sampai warna sedikit perang.
- Masukkan air.
- Masukkan serbuk lada hitam, serbuk lada putih, garam dan gula.
- Masukkan 2 keping keju cheddar. Optional. Cik letak sebab tak ada susu. Jadi cik gantikan dengan keju cheddar.
- Masak sekejap sampai mendidih dan pekat. Tutup api, ketepikan.
CARA MEMASAK LASAGNA ( guna loyang 8×8):
- Letak kuah lasagna dalam loyang.Kemudian sedikit sos putih.Susun roti yang digelek atas kuah dan sos tadi.
- Letak semula kuah lasagna, kemudian sos putih atas roti yang disusun dalam loyang.
- Ulang lagi langkah ni hingga roti, kuah lasagna dan sos putih habis.Pastikan lapisan atas sekali ditutup dengan kuah lasagna dan sos putih.
- Taburkan keju mozarella di atas lapisan terakhir.
5. Bakar dalam oven selama kira2 20-30 minit ( suhu tu ikut pada oven masing-masing).
6. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Mis Julie Biz
2. APPLE PIE
BAHAN INTI:
- 4 biji epal merah (dadu)
- 1 sudu besar gula (gula perang lebih sedap)
- 1 sudu besar mentega
- 1 batang kayu manis (seeloknya guna yang serbuk)
- 1 cawan air
- 1 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
BAHAN LAIN:
- Roti sandwic
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Masukkan semua bahan kecuali air dan tepung jagung. Agak-agak dah wangi dan sedikit lutsinar, masukkan 1 cawan air dan tutup. Biarkan mereneh.
- Bila air dah agak kering, rasa epal, kalau dah lembut boleh masukkan tepung jagung. Kacau sebati & tutup api. ( Nota : kalau ada perahan lemon masuk akhir sekali. (optional)
- Leperkan roti putih dan letak inti epal di antara roti (letak di tengah membukit) & tekap guna cawan.
- Goreng 1 persatuhingga keperangan.
- Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Hasliza Abu Hassan
3. AISKRIM GORENG VIRAL
BAHAN-BAHAN:
- Roti sandwic
- Aiskrim ( apa-apa perisa).
CARA MEMASAK:
- Ambil2 keping roti, bentukkan bulatan dengan gelas. Ia supaya senang nak masuk aiskrim.
- Lepas tu ambil 1 sudu aiskrim letak kat tengah. Ambil gelas sekali lagi pusingkan sampai membentuk bulatan. Buang lebihan roti tadi.
- Masukkan aiskrim ke dalam minyak panas. Agak-agakdah kekuningan,angkat terus.
- Nikmati segera.
Kredit resipi & foto: Rebecca Melessa
4.PIZZA ROTI SIMPLE
BAHAN-BAHAN:
- Roti gardenia
- Cheese mozarella
- Sosej / isi ayam / isi ketam ( direbus )
- Lada benggala
- Mayonis
- Sos cili
CARA MEMASAK:
- Sapukan sos cili atas roti dan susunkan dalam loyang.
- Aturkan sosej / isi ayam dan lada benggala diatas roti tersebut mengikut kesukaan sendiri.
- Sapukan mayonis dan taburkan cheese mozarella.
- Bakar dalam oven yang telah dipanaskn 200ºc selama 5 minit.
Kredit resipi & foto: Nurin Sorfina
5. PUDING ROTI KRIM KEJU BERCOKLAT CIP
BAHAN-BAHAN
- 10 keping roti
- 2 cawan susu segar
- 1/2 cawan gula perang
- 250 gram krim keju
- 1 biji telur
- Coklat cip
- Vanila Essence
CARA MENYEDIAKAN:
- Potong 4 roti dan susun dalam loyang hingga habis.
- Tuangkan susu segar atas roti. Rendam dalam 15 minit.
- Pukul cheese sampai gebu dan masukan telur. Pukul lagi.
- Dalam bekas yang lain masukkan gula perang dan essen vanila. Pukul lagi hingga sebati.
- Masukkan adunan cheese ka atas roti dalam loyang tadi.
- Taburkan coklat cip diatas roti
- Bakar suhu 180 darjah, lepas 20 minit, turunkan ke 150 darjah. Bakar dalam masa 40 minit.
Nota: Oven guna kipas dan api atas bawah
Kredit resipi & foto: Maslina Meor Radhi
6. PUDING ROTI PELANGI
BAHAN-BAHAN:
- 10gm agar-agar tali
- 3 cawan air
BAHAN KISAR:
- 4 keping roti | dicarik
- 1 cawan susu cair
- 1 1/2 cawan susu pekat
- 1/2 cawan gula halus
- 2 biji telur
- 2 sudu makan marjerin
- Beberapa pewarna pilihan
CARA MEMASAK:
- Masak agar-agar tali bersama air hingga larut.
- Kemudian masukkan bahan yang dikisar ke dalam periuk berisi larutan agar-agar. Masak hingga pekat.
- Bahagikan adunan kepada tiga bahagian. Warnakan menggunakan pewarna pilihan.
- Tuang adunan yang telah diwarnakan tadi ke dalam bekas bersesuaian secara berselang-seli. Tuang perlahan-lahan.
- Sejukkan dalam peti sejuk. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & gambar: Norlida Salleh
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI