Teringin nak makan kuih muih tradisional yang berinti manis untuk teman secawan kopi di petang hari.
RASA bawakan enam jenis kuih muih tempatan yang berinti manis dan mudah disedia dan ringkas bahan-bahannya, dan paling penting rasa tidak pernah mengecewakan.
Terutamanya kuih ketayap, bagaikan terasa-rasa di hujung lidah rasa manis intinya dan lembut lapisan tepung yang membungkus inti.
Tak berkenan kuih ketayap, ada lagi lima yang lain boleh anda cuba buat dan nikmati rasanya.
KUIH KETAYAP
BAHAN KULIT:
1 cawan tepung gandum – beli online di sini
2 biji telur
3 helai daun pandan
1 ½ cawan santan – beli online di sini
1 ½ sudu teh garam
2 sudu makan minyak masak – beli online di sini
Beberapa titis pewarna hijau
BAHAN INTI:
½ biji kelapa parut | ambil putih sahaja
¾ cawan gula merah – beli online di sini
½ sudu teh garam
2 helai daun pandan | disimpulkan
½ cawan air
2 sudu makan tepung gandum
Dapatkan Khind 3.5L Air Fryer dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan inti, didihkan air dalam kuali. Masukkan gula merah, garam dan daun pandan. Masak hingga gula larut.
2. Kemudian masukkan kelapa parut. Kacau sekali-sekala hingga airnya kering. Taburkan tepung gandum. Kacau rata. Sejukkan inti.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
3. Untuk sediakan kulit: Kisar daun pandan yang telah dipotong pendek-pendek dengan santan. Tapis dan perah.
4. Seterusnya, campurkan semua bahan kulit, gaul rata. Masukkan adunan ke dalam pengisar dan kisar hingga adunan sebati.
KUIH KOCI PULUT HITAM
BAHAN-BAHAN:
250gm tepung pulut – beli online di sini
½ cawan tepung pulut hitam
2 sudu besar tepung gandum
Secubit garam
1 ½ cawan air
1 cawan pati santan | dicampur sedikit garam
Minyak masak secukupnya
Daun pisang | dilayur atas api kecil
BAHAN INTI:
1 biji kelapa parut | ambil putih sahaja
1 ketul gula Melaka – beli online di sini
1 cawan gula pasir – beli online di sini
2 helai daun pandan |disimpul
½ cawan air
Dapatkan Mitsutoyo Rechargeable Personal Blender Set dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK:
1. Potong gula melaka kecil dan masukkan ke dalam periuk bersama gula pasir dan air.
2. Masak hingga gula hancur. Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam kuali.
3. Masukkan daun pandan dan juga kelapa parut. Masak hingga inti agak kering sedikit. Angkat dan sejukkan.
4. Untuk membuat doh, satukan tepung pulut dan tepung pulut hitam dalam satu bekas.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
5. Tuang air sedikir demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan. Jika kurang air tambah sedikit lagi. Ketepikan.
6. Ambil sehelai daun pisang, sapu dengan minyak pada permukaan daun pisang tadi.
7. Ambil sejemput doh dan leperkan, letak satu sudu teh inti. Tutup inti dengan doh dan letakkan satu sudu teh santan pekat.
8. Kemudian lipat seperti biasa. Bila siap, susun dalam kukusan dan kukus 15 minit.
ONDE-ONDE BUAH MELAKA
BAHAN-BAHAN:
500gm tepung pulut
4 helai daun pandan | dikisar dengan ½ cawan air
1 cawan air
Gula melaka | dipotong kiub
Kelapa parut putih secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Didihkan air dalam periuk, jika suka. Tepung pulut dimasukkan ke dalam mangkuk adunan.
2. Tuang jus daun pandan, gaul rata. Tambah air sedikit demi sedikit dan adun hingga mendapat doh yang tidak melekat di tangan dan mangkuk.
3. Sementara itu, gaul kelapa parut dengan sedikit garam atau secukup rasa. Letakkan kelapa parut ke dalam loyang dan ratakan.
4. Seterusnya, ambil sedikit adunan doh, leperkan dan masukkan satu kiub gula melaka, tutupkan guna melaka dengan doh dan bulat-bulatkan seperti guli.
5. Masukkan ke dalam air mendidih. Buat 10–15 biji sekali rebus.
6. Bila onde-onde timbul pada permukaan air mendidih, biarkan dalam 30 saat lagi, keluarkan dan toskan airnya.
7. Masukkan dalam dalam loyang berisi kelapa parut tadi. Golek-golekkan agar onde-onde bersalut dengan kelapa. Lakukan cara yang sama sehingga onde-onde habis direbus.
PAU GORENG INTI INTI KACANG MERAH
BAHAN-BAHAN:
500gm tepung kuih pau
6gm yis segera – beli online di sini
50gm minyak sayur
½ sudu teh garam
100gm gula halus
250gm air suam
BAHAN INTI:
200gm kacang merah
100gm gula perang – beli online di sini
½ sudu teh gula merah
½ sudu teh garam
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Untuk membuat inti pau. Rebus kacang merah sehingga separuh kembang.
2. Kemudian masukkan kacang ke dalam bekas pengisar bersama sedikit air, kisar sehingga halus.
3. Seterusnya, masukkan ke dalam periuk bersama gula perang, gula merah dan garam. Kacau rata dan masak sehingga pekat. Angkat dan sejukkan.
4. Untuk membuat kulit pau pula. Masukkan tepung ke dalam mangkuk adunan.
5. Selepas itu satukan air, yis, minyak, gula dan garam. Uli adunan ini selama lima minit.
6. Bentuk doh menjadi panjang dan potong doh setiap satu menjadi 50gm.
7. Kemudian simpan doh selama 10 minit dengan ditutup plastik.
8. Setelah 10 minit, ambil doh dan tepekkan menjadi bulat. Kemudian isikan inti dan bulatkan doh. Simpan selama sejam.
9. Akhir sekali panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana sehingga pau berwarna keperangan.
KUIH CARA MANIS
BAHAN-BAHAN:
cawan tepung gandum
3 cawan santan kelapa
2 biji telur
3 helai daun pandan
Sedikit pewarna hijau
Gula pasir secukupnya | untuk dijadikan inti
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak, untuk disapu pada acuan
CARA MEMASAK:
1. Daun pandan dicuci, potong kecil dan kisar bersama santan, kemudian tapis.
2. Satukan bersama tepung gandum, pewarna hijau, telur dan kacau rata dengan whisk hingga semua sebati.
3. Tambah garam secukup rasa. Kacau dan tapis adunan tadi. Ketepikan sebentar.
4. Panaskan acuan kuih cara atas dapur gas, bila panas kecilkan api pada tahap minima.
5. Sapu sedikit minyak masak pada setiap ruang acuan. Tuang adunan dalam setiap acuan tadi hingga hampir penuh. Letakkan sedikit gula pasir pada setiap kuih.
6. Tutup permukaannya acuan dengan tudung periuk. Masak hingga kueh menjadi pucat dan tidak melekat bila disentuh.
7. Setelah masak keluarkan kuih dari acuan dan sejukkan. Lakukan hingga habis adunan.
KUIH CEK MEK MOLEK
BAHAN-BAHAN:
1kg ubi keledek
Tepung gandum
Sedikit gula
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
1. Rebus ubi keledek bersama sedikit garam hingga empuk. Angkat dan toskan, buang kulit dan lenyekkannya panas-panas.
2. Gaulkan ubi yang telah dilenyek bersama tepung gandum. Agak-agak kelembutannya, jangan terlalu banyak tepung.
3. Bentukkan doh bulat seperti bebola. Leperkan dan masukkan gula di tengahnya.
4. Kemudian bentukkan doh dengan bentuk Cek Mek Molek.
5. Panaskan minyak dan goreng kuih dengan api sederhana.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official: