Enaknya dapat menjamah aneka kuih muih tradisional yang lemak dan manis masa berbuka. Terasa puas tatkala menikmatinya. Bila tiba bulan ramadan, kuih-kuih ini antara yang mendapat sambutan ramai dan paling dicari. Jika anda ada masa dan rasa nak buat sendiri, jom cuba resipi yang RASA sediakan ni. Pasti puas hati.
1. CARA BERLAUK
BAHAN-BAHAN:
Adunan tepung:
• 1 cawan tepung gandum
• 1 biji telur
• 1 sudu teh minyak sapi
• 1/ 2 sudu teh garam
• 2 cawan air
• Sedikit pewarna kuning
Inti:
• 200gm isi ayam kisar
• 2 labu bawang besar | dicincang halus
• 3 ulas bawang putih | dihiris
• 1 1/2 sudu makan rempah rendang segera
• 1 sudu teh serbuk kari
• 50ml air
• Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
• Sedikit minyak untuk menumis
Hiasan:
• 20gm bawang goreng
• 20gm daun sup | dihiris
• 2 biji cili merah | dihiris halus
CARA MEMASAK:
1. Campurkan kesemua bahan untuk adunan tepung dan bancuh hingga sebati serta tidak berketul. Ketepikan.
2. Untuk inti, panaskan minyak dan tumis bawang merah serta bawang putih sehingga berbau wangi.
3. Kemudian masukkan rempah rendang segera dan kari. Masak sehingga pecah minyak.
4. Seterusnya masukkan isi ayam kisar, bawang besar dan air secukupnya. Biarkan sehingga masak. Perasakan dengan garam, gula serta serbuk perasa dengan secukupnya.
2. KUIH KASWI
BAHAN-BAHAN:
• 300gm tepung gandum
• 375ml air gula melaka
• 1/2 sudu teh air kapur
• 1/2 biji kelapa parut
• Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Bancuh tepung gandum bersama air gula melaka. Kacau sebati hingga adunan tidak berketul.
2. Masukkan air kapur dan kacau sebati.
3. Tapis adunan dan tuangkan ke dalam loyang kukus.
4. Kukus selama 30 minit.
5. Setelah masak, angkat dan biarkan sejuk.
6. Potong kuih dan golekkan di dalam kelapa parut yang dicampurkan sedikit garam.
________________________________________
Info Chef: Penggunaan kapur memberi rasa lemak dan menstabilkan rasa kaswi. Elakkan meletakkannya pada kuantiti yang banyak.
3. KOLE KACANG
BAHAN-BAHAN:
• 300gm tepung kacang hijau
• 480gm gula pasir
• 500ml santan
• 750ml air
• 2 keping manisan
CARA MEMASAK:
1. Satukan santan bersama air dan gula pasir hingga mendidih dan pekat.
2. Sementara itu, di dalam bekas berasingan, bancuh tepung kacang hijau bersama air hingga menjadi sebati.
3. Kemudian masukkan ke dalam kuali berisi santan dan kacau dengan api sederhana sehingga pekat dan berkilat.
4. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan sejukkan.
5. Apabila sejuk, barulah dipotong dan sedia dihidangkan.
________________________________________
Info Chef: Pastikan adunan sentiasa dikacau dengan penggunaan api perlahan sehingga betul-betul pekat dan berkilat.
4. LEPAT PISANG
BAHAN-BAHAN
• 1 sikat pisang nangka | dilecek
BAHAN PEMBUNGKUS:
• Daun pisang untuk membungkus secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan di dalam sebuah bekas dan gaulkan sehingga gula Melaka larut dan semua bahan sebati.
2. Sediakan daun pisang dan sudu bancuhan di atasnya. Padankan dengan saiz daun dan lipat dengan kemas.
3. Ulang langkah sehingga bancuhan habis. Kukus selama 25 minit.
4. Biarkan sejuk dan lepat menjadi pejal. Sedia untuk dihidangkan.
________________________________________
5. KUIH LOMPANG
BAHAN-BAHAN:
• 360gm tepung beras
• 2 sudu makan tepung ubi
• 240gm gula
• 240gm gula merah
• 1 liter air
• 2 sudu teh air kapur
• 1 helai daun pandan | disimpul
BAHAN INTI:
• Kelapa parut putih secukupnya
• Garam secukup rasa
• 1 helai daun pandan | disimpul
CARA MEMASAK:
1. Di dalam periuk, satukan gula merah, gula pasir dan 500ml air bersama daun pandan. Didihkan sehingga gula larut dengan api kecil. Sejukkan sebentar.
2. Kemudian satukan tepung beras dan tepung ubi. Tuangkan 500ml air dan air kapur. Gaul rata.
3. Seterusnya tuangkan air gula tadi. Gaul sehingga sebati. Tapis adunan dan tuangkan ke dalam acuan yang telah disapu dengan sedikit minyak.
4. Kukus selama 10 minit atau sehingga masak sempurna.
5. Akhir sekali, taburkan kelapa parut yang telah dikukus tadi.
6. Sedia untuk dimakan.
________________________________________
Info Chef: Kuih Lompang ini mempunyai rasa yang enak dan lemak manis.
6. BENGKANG UBI
BAHAN-BAHAN:
• 3 cawan ubi kayu parut | diperah airnya
• 100gm tepung kastad
• 50gm kelapa parut
• 1 biji kelapa |diambil santan
• 300gm gula pasir
• 2 biji telur | dipukul sedikit
• 1 sudu teh esen vanila
• 125ml minyak kelapa
• Sedikit garam
• Sedikit pewarna kuning
CARA MEMASAK:
1. Campurkan kesemua bahan dan masak di atas api sederhana.
2. Kacau adunan sebati hingga kuih bertukar warna dan menjadi pekat.
3. Griskan sedikit minyak masak di dalam acuan berbentuk empat segi dan tuangkan adunan ke dalamnya.
4. Bakar di dalam ketuhar selama 30 minit atau sehingga kuih kelihatan garing.
________________________________________
Info Chef: Gunakan loyang empat segi berukuran 8×8 yang telah digriskan dengan minyak masak di dalamnya.
Join Telegram channel RASA https://t.me/majalahrasa & grup GENG RASA SHARE RESEPI https://t.me/rasashareresipi untuk dapatkan serta berkongsi pelbagai menu menarik setiap hari
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official