Kadangkala muak juga jika asyik menghidangkan masakan berkuah sahaja. Sesekali ingin yang lebih ringkas seperti hidangan bakar. Walau pun ringkas tapi tetap sedap. Bahkan hidangan ini lebih menyihatkan kerana tidak menggunakan minyak yang banyak atau berlemak. Cara nak masak pun senang. Guna pemanggang ajaib atau kuali biasa je. Selamat mencuba!

1. AYAM BAKAR BERKUAH

6 Resipi Lauk Pauk Bakar Yang Boleh Masak Guna Pemanggang Ajaib Atau Kuali Biasa Je. Memang Mudah!

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam }  belah empat
  • 2 sudu makan cili kisar
  • 2 sudu makan sos soya pekat
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 1 sudu makan air asam jawa
  • 8 biji bawang merah }kisar
  • 5 biji bawang putih }kisar
  • 2 biji buah keras }kisar
  • 1 batang serai } kisar
  • 2cm halia }kisar
  • Minyak untuk menumis secukupnya
  • Garam, gula, lada sulah dan serbuk kunyit secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Lumur ayam dengan sedikit garam, lada sulah dan serbuk kunyit. Bakar dalam pemanggang ajaib hingga masak. Jika guna , masak guna suhu 200C selama 20-25 minit. Angkat dan ketepikan.
  2. Untuk membuat kuahnya; panaskan dua sudu makan minyak di dalam kuali, tumiskan bahan-bahan kisar hingga masak.
  3. Masukkan air asam jawa, sos soya pekat, kicap pekat manis dan didihkan semua bahan sebati. Biarkan kuah mereneh menjadi agak pekat. Tambah garam dan gula mengikut cita rasa.
  4. Untuk menghidang; ambil ayam dan letakkan di dalam pinggan menghidang. Tuang kuah di atas ayam dan ia sedia dihidangkan.

Info chef: Jika guna bahagian dada, pastikan potongan tidak terlalu tebal bagi memudahkan isi ayam masak sekata.

 

2. DAGING BAKAR AIR ASAM

6 Resipi Lauk Pauk Bakar Yang Boleh Masak Guna Pemanggang Ajaib Atau Kuali Biasa Je. Memang Mudah!

Ads

BAHAN-BAHAN:

  • 400gm daging
  • Garam dan lada sulah secukupnya

Bahan-bahan B (air asam):

  • 300ml air asam
  • 6 biji cili padi
  • 2 biji cili merah
  • 3cm belacan bakar
  • 1 biji tomato } cincang halus
  • 1 labu bawang besar } mayang halus
  • 1 sudu makan keresek
  • Garam dan gula secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Lumur sedikit garam dan lada sulah pada daging dan perap selama setengah jam atau lebih.
  2. Panaskan pemanggang ajaib dan bakar daging hingga masak. Hiiris nipis-nipis. Ketepikan.
  3. Sementara itu; cili padi, cili merah dan belacan ditumbuk lumat.  
  4. Satukan bahan tumbuk dengan tomato, bawang besar, keresek, air asam, garam dan gula secukupnya.  Kacau sebati.
  5. Tuang air asam ke atas hirisan daging bakar dan sedia dihidangkan.

Info chef: Jika ingin rasa lebih pedas, boleh tambah lebih banyak cili padi ke dalam air asam.

 

3. IKAN BAKAR DENGAN KELAPA

6 Resipi Lauk Pauk Bakar Yang Boleh Masak Guna Pemanggang Ajaib Atau Kuali Biasa Je. Memang Mudah!

BAHAN-BAHAN:

  • 1 – 2 ekor ikan cencaru/senangin/kembung
  • ½ biji kelapa parut – sangai
  • Daun Pisang/aluminium foil secukupnya
  • Garam dan serbuk kunyit secukupnya

BAHAN-BAHAN B (PENCICAH):

  • 250ml air asam jawa
  • 1 biji tomato }cincang halus
  • 1 biji bawang besar } mayang halus
  • 1 biji cili merah } mayang halus
  • 3 biji cili padi } hiris nipis
  • Garam dan gula secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Bersihkan ikan dan lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
  2. Letakkan ikan di dalam daun pisang/aluminium foil, tabur kelapa sangai dan kemaskan balutan. Bakar di atas kuali hingga masak. Setelah masak, angkat dan ketepikan.
  3. Untuk membuat pencicah: satukan semua bahan di dalam mangkuk. Sesuaikan rasanya dengan menambah garam dan sedikit gula secukup rasa.
  4. Hidangkan ikan bakar dengan pencicah.

Info chef: Jika tidak suka pedas, tidak perlu masukkan cili padi.

 

4. IKAN LIKING BAKAR

6 Resipi Lauk Pauk Bakar Yang Boleh Masak Guna Pemanggang Ajaib Atau Kuali Biasa Je. Memang Mudah!

BAHAN-BAHAN:

  • 4 ekor ikan kembung }belah belakang
  • 8biji bawang merah } mayang halus
  • 4 biji bawang putih }mayang halus
  • 2 sudu makan air asam jawa
  • 2 sudu makan cili kisar
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

Ads
  1. Satukan bawang merah, bawang putih, air asam jawa dan cili kisar di dalam mangkuk.  Tambah garam dan gula secukup rasa dan gaul rata (jadikan pes).
  2. Sumbatkan bahan-bahan pes tadi ke dalam ikan yang dibelah di bahagian belakang.  
  3. Lumur lebihan pes ke atas ikan. Bakar ikan hingga masak. Angkat dan sedia dihidangkan.

Info chef: Sebaiknya perap ikan semalaman di dalam peti sejuk sebelum dibakar. Ia akan menjadi lebih sedap.

 

 5. SOTONG BAKAR PAPRIKA

6 Resipi Lauk Pauk Bakar Yang Boleh Masak Guna Pemanggang Ajaib Atau Kuali Biasa Je. Memang Mudah!

BAHAN-BAHAN:

  • 6-8 ekor sotong
  • 1 sudu makan serbuk paprika
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu teh serbuk hitam
  • Garam dan lada sulah secukup rasa

CARA-CARA:

  1. Sotong dibersihkan dan dikelar-kelar sedikit tanpa putus.
  2. Lumur sotong dengan serbuk paprika, sos tiram, serbuk lada hitam, garam dan lada sulah secukup rasa.
  3. Alas aluminium foil dalam pemanggang atau kuali. Kemudian bakar/gril sotong hingga masak.
  4. Angkat dan sedia dihidangkan

Info chef: Jangan terlebih bakar untuk menggelakkan sotong menjadi liat.

 

Ads

6. TERUNG DAN BENDI BAKAR BERSAMA PENCICAH

6 Resipi Lauk Pauk Bakar Yang Boleh Masak Guna Pemanggang Ajaib Atau Kuali Biasa Je. Memang Mudah!

BAHAN-BAHAN A:

  • 3 biji terung panjang } belah dua
  • 6 biji kacang bendi
  • Garam dan lada sulah secukupnya

BAHAN-BAHAN B (PENCICAH):

  • 1 sudu makan sos cili Thai
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan air asam jawa
  • 5 biji bawang putih }cincang halus
  • 1biji bawang besar } dadu kecil
  • Garam dan gula secukupnya
  • Minyak untuk menumis secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Tabur sedikit garam dan lada sulah pada terung dan bendi. Bakar dalam pemanggang hingga masak. Ketepikan.
  2. Panaskan sesudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih hingga naik bau.
  3. Masukkan bawang besar, sos cili Thai, sos tomato dan air asam.  Didihkan hingga pekat.
  4. Tambah garam dan gula secukup rasa.
  5. Susun terung dan bendi bakar di dalam pinggan. Tuang kuah pencicah dan hidangkan.

Info chef:  Hidangan yang menyihatkan kerana tidak berminyak.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI