6 Resipi Masakan Mudah & Sedap, Sepanjang Bulan Ramadan Bersama Bestari

Share

Masakan air tangan ibu tentunya sajian terbaik buat keluarga. Walau ringkas, tetap terasa enaknya.  Tidak berapa lama lagi, Ramadan juga bakal menjelang tiba. Semestinya tugas memasak jadi lebih mencabar berbanding biasa.

Inilah masanya dimana para ibu sibuk mencari seleksi resipi yang mudah dan cepat masak. Paling penting ia sedap serta digemari suami dan anak-anak.

Jangan risau. Tidak perlu makan di luar lebih-lebih lagi di musim pandemik yang merisaukan ini. Ini kerana ada ‘trick’ untuk memudahkan kerja-kerja di dapur.

Masakan anda jadi lebih sedap, mudah dan cepat dengan Bestari. Ditubuhkan pada tahun 2004, Bestari menawarkan pelbagai pilihan produk yang boleh anda gunakan dalam masakan harian.

Antara produk Bestari yang menjadi pilihan para surirumah di Malaysia adalah:

  • Campuran Tepung Goreng Rangup Serbaguna (perisa Asli, Pedas, Bawang Putih, Tomyam, Mexicana, Cajun, Italiano & Lada Hitam)
  • Tepung Campuran Keemasan Telur Masin
  • Pracampur Serbuk Kari Segera (Daging/Ayam & Ikan/Makanan Laut)
  • Serbuk Rempah Ratus (Serbuk Kunyit, Serbuk Cili, Serbuk Ketumbar, Serbuk Jintan Manis & Serbuk Jintan Putih)
  • Tepung Goreng Tempura
  • Stok Ayam
  • Kentang Putar Segera
  • Serbuk Perencah Serbaguna (Lada Hitam & Tomyam)
  • Tepung Cucur (Udang & Lemak Manis)
  • Tepung Kastard (Asli & Jagung Manis)
  • Aneka Tepung Kanji (Ubi Kentang, Ubi Kayu, Gandum & Jagung)
  • Tepung Goreng Pisang
  • Garam Kristal Himalaya Beriodida

Ianya adalah produk sedia guna yang sangat mudah, menjimatkan masa dan kos menjadikan aktiviti memasak anda jadi lebih menyeronokkan dan juga bertambah lazat!

Istimewa buat anda, RASA ingin berkongsi seleksi resipi mudah, sedap dan cepat masak yang boleh dihasilkan menggunakan aneka produk Bestari yang sesuai digunakan di sepanjang bulan Ramadan ini.  Cubalah. Pasti anda dan keluarga sukakannya.

 

1. JEJARI AYAM RANGUP BERSAMA SOS MADU BAWANG PUTIH

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm isi dada ayam – hiris memanjang
  • 2 cawan Tepung Ayam Goreng Rangup Serbaguna Bestari (Asli)
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh lada sulah
  • 1 sudu teh Serbuk Cili Bestari
  • 1 sudu makan daun ketumbar – cincing halus
  • 1 sudu teh garam
  • Minyak masak secukupnya

BAHAN SOS BAWANG PUTIH MADU:

  • 2 ulas bawang putih – cincang
  • 4 sudu makan madu
  • 2 sudu makan kicap pekat manis
  • 2 sudu makan sos cili Thai
  • 1/2 biji jus lemon
  • Secubit garam

CARA MEMASAK:

  1. Keringkan ayam di atas tisu dapur.
  2. Sementara itu, pecahkan telur di dalam mangkuk dan campurkan lada sulah, garam,serbuk cili dan daun ketumbar. Kacau rata.
  3. Celupkan ayam dalam telur, kemudian gaulkan dalam serbuk Tepung Goreng Rangup Serbaguna. Ulang cara yang sama hingga ayam habis.
  4. Panaskan kuali, goreng ayam hingga kuning keemasan.
  5. Angkat dan toskan minyak atas tisu dapur.
  6. Sementara itu sediakan Sos Bawang Putih Madu. Campurkan semua bahan sos dalam mangkuk, kacau hingga sebati.
  7. Setelah cukup rasa, hidangkan bersama dengan Jejari Ayam tadi.

 

2. CENDAWAN GORENG TELUR MASIN

BAHAN-BAHAN:

  • 100gm cendawan Shimeiji – bersih dan leraikan satu-satu
  • Tepung Ayam Goreng Rangup Serbaguna Bestari (Asli) secukupnya
  • Air secukupnya
  • 2-3 sudu makan Tepung Campuran Keemasan Telur Masin Bestari
  • 1 sudu makan serbuk keju parmesan
  • 1 sudu teh gula
  • 2 sudu makan mentega
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Di dalam satu mangkuk, campurkan 4 sudu makan Tepung Ayam Goreng Rangup Serbaguna dengan air. Kacau hingga sebati.
  2. Celup cendawan Shimeiji satu persatu ke dalam adunan tadi. Kemudian sadurkan dengan Tepung Ayam Goreng Rangup Serbaguna yang kering.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng cendawan secara ‘deep fried’ sehingga ia bertukar menjadi kuning keemasan. Angkat dan toskan.
  4. Panaskan mentega dalam kuali dan masukkan Tepung Campuran Telur Masin Bestari, gula dan keju parmesan. Kacau sekata.
  5. Masukkan pula cendawan yang telah digoreng dan kacau hingga sebati.
  6. Angkat dan hidangkan ketika panas.

 

3. KETAM KARI CILI

BAHAN-BAHAN:

  • 3 ekor ketam – bersih dan potong dua
  • 1 sudu makan Pracampur Serbuk Kari Segera Daging / Ayam Bestari
  • 1 sudu makan Serbuk Cili Bestari
  • 1 biji bawang besar – hiris
  • 1 tangkai daun kari – lurut dari tangkai
  • 1 sudu makan air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya menumis dan menggoreng

BAHAN KISAR:

  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2cm halia muda
  • 2 biji buah keras
  • 1 batang serai

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan ketam dengan garam dan serbuk kunyit. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak, goreng ketam hingga kemerahan kulitnya. Angkat dan ketepikan.
  3. Keluarkan sedikit minyak, tumiskan bahan kisar hingga naik bau. Kemudian masukkan air asam jawa. Kacau rata.
  4. Setelah pecah minyak, masukkan ketam yang telah digoreng tadi, gaul rata. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  5. Tutup api. Ketam Kari Cili sedia untuk dihidang.

 

4. GULAI DAGING TETEL BERSAMA NANGKA MUDA

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg daging tetel – potong kecil dan rebus hingga empuk
  • 300gm nangka muda – potong dadu dan rebus empuk
  • 1 liter santan
  • 3 sudu makan Pracampur Serbuk Kari Segera Daging / Ayam Bestari
  • 2 sudu makan pes cili
  • 1 sudu teh Serbuk Cili Bestari
  • 2 keping asam gelugor
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu makan minyak masak
  • 2 batang serai – titik
  • 3cm lengkuas – titik

BAHAN REMPAH PENUMIS:

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga

BAHAN KISAR:

  • 8 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 3cm halia
  • 2cm lengkuas

CARA MEMASAK: 

  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan rempah penumis hingga wangi.
  2. Kemudian masukkan bahan kisar. Kacau lagi.
  3. Setelah pecah minyak, masukkan campuran serbuk kari dengan serbuk cili yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau rata.
  4. Setelah garing masukkan daging yang telah direbus tadi. Gaul rata dan masukkan santan.
  5. Tambahkan serai, lengkuas dan asam gelugor.
  6. Biarkan gulai terus mereneh di atas dapur.
  7. Apabila daging empuk, masukkan nangka.
  8. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  9. Setelah cukup masak, tutup api dan sedia dihidangkan.

 

 5. KARI IKAN JENAHAK

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg ikan Jenahak
  • 4 sudu makan Serbuk Kari Segera Pra-Campuran Ikan / Makanan Laut
  • 1 sudu makan Serbuk Cili Bestari
  • 1 sudu makan halba campur
  • 1/2cawan air asam jawa
  • 250ml santan kotak
  • 8 ulas bawang merah – hiris
  • 5 ulas bawang putih – hiris
  • 3cm halia muda – hiris memanjang
  • 1 tangkai daun kari
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

BAHAN SAYURAN:

  • 5 biji bendi
  • 2 biji terung panjang
  • 2 biji tomato
  • 2 biji cili hijau
  • 1 tangkai daun kari-| lurutkan dari tangkai

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam periuk atau kuali besar.
  2. Tumiskan bahan hirisan bersama halba campur dan daun hingga wangi.
  3. Seterusnya masukkan pula campuran serbuk kari dan serbuk cili yang dibancuh dengan sedikit air.
  4. Kacau rata hingga pecah minyak, kemudian masukkan air asam jawa.
  5. Setelah mereneh, masukkan ikan, diikuti dengan santan yang dicampur dengan sedikit air. Biarkan kari terus menereh.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  7. Setelah timbul minyak, masukkan bahan sayuran. Biarkan 2-3 minit.
  8. Tutup api dan sedia dihidangkan.

 

6. PISANG GORENG RANGUP BERSAMA SOS KARAMEL RINGKAS

BAHAN-BAHAN:

  • 7-8 biji pisang lemak manis
  • 100gm Tepung Goreng Pisang Bestari
  • 100gm air
  • 1 biji telur
  • Minyak masak untuk menggoreng

BAHAN SOS KARAMEL:

  • 1 cawan gula
  • 3/4 cawan air
  • 2 sudu makan mentega
  • 1/2 cawan susu cair
  • Secubit garam

CARA MEMASAK:

  1. Satukan Tepung Goreng Pisang BESTARI bersama air dan telur. Adun hingga sebati dan tidak berketul.
  2. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali. Celup pisang ke dalam bancuhan tepung tadi.
  3. Goreng pisang hingga garing dan keperangan. Angkat dan toskan minyaknya.
  4. Untuk membuat sos karamel, masukkan gula dan air ke dalam kuali dan masak hingga gula cair. Kacau untuk elak gula hangus.
  5. Bila gula sudah kelihatan sedikit keperangan, padamkan api dan masukkan mentega. Kacau hingga cair.
  6. Akhir sekali masukkan susu cair dan garam. Sebatikan.
  7. Hidangkan Pisang Goreng bersama sos karamel.

 

Nak cuba lebih banyak lagi resipi-resipi menarik menggunakan produk Bestari, dapatkan disini: www.bestarifood.com

Published by
Team Rasa