Memasak tidaklah begitu sukar tetapi proses penyediaannya yang mengambil masa. Menerusi perkongsian oleh Puan Sapina Shahabudin, beliau mengajar cara-cara untuk menghasilkan enam resipi pes yang pastinya memudahkan kerja-kerja memasak. Ada pes Nasi Goreng Ikan Bilis, pes Sambal Tumis/ Asam Pedas, pes Kari Ikan, pes Ikan Bakar dan Sos Lada Hitam.

6 Resipi Pes Ni Pastinya Akan Mudahkan Kerja-Kerja Memasak Anda. Berbaloi Cuba!

Semuanya anda boleh hasilkan dan simpan dalam peti sejuk. Guna bila-bila masa yang anda inginkan.

 

1. PES IKAN BAKAR

BAHAN-BAHAN:

  • Cili kering
  • Bawang besar
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Serai – hiris nipis
  • Sedikit belacan
  • Kunyit hidup
  • Daun kunyit – hiris
  • Air asam jawa secukupnya
  • Gula dan garam secukup rasa
  • Minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Kisar cili kering, bawang besar, bawang merah, bawang putih, serai, sedikit belacan dan kunyit hidup hingga halus. 
  2. Panaskan kuali dan tumis bahan kisar tadi dengan sedikit minyak. 
  3. Masukkan gula dan perahan air asam jawa. Masak sehingga naik minyak.
  4. Masukkan garam dan hirisan daun kunyit. Kacau sebati dan tutup api.

 

2. PES SAMBAL TUMIS

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • Cili kering
  • BAwang besar
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Belacan
  • Gula melaka/ gula putih
  • Air asam jawa secukupnya
  • Garam dan perasa secukupnya
  • Minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Kisar cili kering, bawang besar, bawang merah, bawang putih dan belacan. 
  2. Tumis dalam minyak panas. Masukkan gula melaka/gula putih dan perahan air asam jawa. Kacau sehingga naik minyak. 
  3. Masukkan garamdan perisa. Tutup api.

 

3. PES GULAI IKAN 

BAHAN-BAHAN:

  • Bawang merah – hiris halus
  • Bawang putih  – hiris halus
  • Halba campur
  • Daun kari
  • Air asam jawa
  • Garam

BAHAN KISAR:

  • Rempah kari ikan
  • Bawang besar
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Sedikit cili kering

CARA MEMASAK:

  1. Tumis bawang merah, bawang putih, daun kari dan halba campur sehingga kekuningan. 
  2. Masukkan bahan kisar. Kacau rata.
  3. Masukkan perahan air asam jawa dan garam. Kacau sebati. Masak sehingga naik minyak. Tutup api. 
  4. Untuk menggunakan pes ini cuma tambahkan santan, ikan bersama bendi/terung/timun dan sebagainya.

 

IKLAN

4. KUAH LADA HITAM @ BLACK PEPPER 

BAHAN-BAHAN:

  • Bawang besar
  • Ubi kentang
  • Mentega
  • Sos lada hitam
  • Sos tiram
  • Kicap
  • Serbuk lada putih
  • Gula dan garam secukup rasa
  • Sedikit tepung jagung – bancuh dengan air untuk pekatkan kuah.

CARA MEMASAK:

  1. Rebus bawang besar dan ubi kentang sehingga lembut. Bila sejuk, kisar sehingga halus menggunakan air rebusan tersebut.
  2. Panaskan kuali dan cairkan sedikit mentega. 
  3. Masukkan ubi kentang dan bawang yang dikisar tadi. 
  4. Masukkan sos black pepper, sos tiram dan kicap. 
  5. Tambahkan sedikit serbuk lada putih, gula dan garam. 
  6. Masukkan juga sedikit tepung jagung yang dibancuh dengan air untuk memekatkan kuah.
  7. Masak hingga pekat dan naik bau.
  8. Sos ini enak dimakan bersama kentang goreng, ayam goreng dan sebagainya.

 

5. PES NASI GORENG IKAN BILIS

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • Ikan bilis – dibuang tulang
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Segenggam cili padi
  • Kiub pati ikan bilis
  • Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Kisar ikan bilis, bawang merah, bawang putih dan cili padi hingga lumat.
  2. Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar tadi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan kiub pati ikan bilis. Kacau sebati hingga pes jadi agak pekat dan kering. Padamkan api.
  4. Pes ini boleh digunakan untuk menggoreng nasi. Semasa memasak, boleh tambah bebola ikan, udang, sotong, isi ayam serta sayur-sayuran bagi menjadikan masakan anda lebih enak.

 

6. PES ASAM PEDAS TUMIS 

BAHAN-BAHAN:

  • Cili kering
  • Bawang besar
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Kunyit hidup
  • 1 biji tomato- dibuang biji
  • Sedikit belacan
  • Serai – diketuk
  • Gula, garam dan perasa secukupnya
  • Air asam jawa
  • Minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Kisar cili kering, bawang besar, bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, tomato dan sedikit belacanhingga halus.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar.
  3. Masukkan serai yang diketuk, gula dan perahan air asam jawa. Kacau sehingga naik minyak.
  4. Tambahkan garam serta perasa dengan secukupnya.
  5. Untuk menggunakan pes ini, hanya ambil mengikut jumlah yang diperlukan, tambah air dan masukkan daun kesum serta ikan. Boleh juga menambah sayur-sayuran seperti bendi dan timun. Biar hingga mendidih dan padamkan api. Bolehlah dinikmati.

NOTA: Bahan-bahan dalam penghasilan pes adalah bergantung kepada jumlah yang anda guna. Sesuaikan ikut citarasa masing-masing.

 

Kredit resipi & foto: Sapina Shahabudin

  

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI