Selalu hujung minggu cuti masak kan? Jadi, saya nak kongsikan 5 resipi yang ringkas untuk hari Isnin sehingga Jumaat. Resipi yang akan saya kongsikan ini berasaskan Ayam, Daging, dan Tempe. Ada satu lauk ni je sehari pun takpe!
Nak fikir lauk apa nak masak setiap hari bukan benda yang mudah, sebagai surirumah pasti risau masakan yang disediakan tak dijamah kerana tidak bersesuaian dengan citarasa ahli keluarga. Tapi tidak mengapa, saya pasti menu yang bakal saya kongsikan ni boleh menepati citarasa sekeluarga. Tinggal masak nasi dah boleh santap menu ni semua. Jom cuba!
1. Bahan bertanda ** dihiris nipis. Timun dengan cili tu wajib ada tau. Baru syok. Taucu tu kalau orang Perak memang guna jenama Opah Nur.
2. Panaskan minyak, tumiskan bahan yang dihiris nipis. Tumiskan sampai berbau wangi.
3. Bila nampak bebawang dah mula layu, masukkan daging yang dah dihiriskan nipis. Masak gulai Perak Style kena hiris nipis.
4. Gorengkan daging sampai keluar air. Daging Qurban hari tu kalau ada baki, bolehlah masak gini.
5. Masukkan sepeket taucu. Sebelum masukkan, saya picit kasi hancur siap-siap. Barulah kuat pekat melekat.
6. Masukkan air asam jawa. Saya buat bancuhan dengan ½ cawan air. Kacau rata.
7. Masukkan 2 cawan air. Biarkan semua bahan mereneh dan daging empuk. Biarkan kuah mendidih.
8. Kalau daging dah empuk, elok masukkan bawang Holland, cili api, cili hijau, timun dan tomato. Wajib bubuh timun tau. Baru syok nanti nak kunyah. Kerangupan timun tu memang ngam teruk dengan lauk ni.
9. Perasakan dengan garam ikut selera. Taucu tadi dah masin. Adjust tau. Saya bubuh gula sikit biar dia elok mesra semua. Dah siap untuk dihidangkan.
Daging masak apa pun memang sedap, namun keenakan lebih terasa bila ia disediakan dengan menu tradisional. Agak renyah melihatkan bahan-bahan yang banyak tetapi hasilnya bila dimasak tidak pernah mengecewakan. Tak salah sesekali di hujung minggu anda sediakan menu daging autentik yang Rasa kongsikan ini untuk santapan ahli keluarga atau tetamu yang datang berkunjung.
KERABU DAGING MENTAH BAHAN-BAHAN:
500gm daging batang pinang
6 biji limau nipis
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS:
2 batang serai
1cm lengkuas
1cm halia
3 biji cili merah
1 sudu teh lada hitam
4 ulas bawang merah
BAHAN MAYANG HALUS:
4 helai daun limau purut
1 biji bawang besar
2 biji cili merah
2 batang serai
CARA MEMASAK:
1. Bersihkkan daging dari sebarang lemak dan urat.
2. Hiris nipis kemudian cincang halus.
3. Cuci hingga bersih dan toskan airnya.
4. Kemudian masukkan daging dalam mangkuk besar bersama bahan kisar halus.
5. Gaul rata, kemudian perahan jus limau nipis.
6. Tambahkan garam dan gula secukup rasa dan gaul lagi.
7. Perapkan lebih kurang lima minit supaya semua bahan sebati dengan daging.
8. Akhir sekali masukkan bahan hirisan, gaul sekali lagi.
9. Setelah siap dan cukup rasa boleh hidangkan kerabu ini.
DAGING BAKAR GULAI LEMAK CILI PADI BERSAMA TERUNG TELUNJUK BAHAN-BAHAN:
1kg daging yang siap dibakar | hiris nipis
6 biji terung telunjuk | belah dua
500ml santan pekat
2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
4 batang serai | titik
2 hirisan lengkuas | titik
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS
15 biji cili padi
4cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
1. Masukkan hirisan daging dalam periuk bersama separuh dari santan pekat.
2. Kemudian masukkan bahan yang dikisar halus, serai, lengkus dan asam gelugor.
3. Renehkan di atas dapur dengan api sederhana sehingga mendidih.
4. Masukkan terung dan lebihan santan tadi.
5. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
6. Setelah daging empuk, tutup api dan gulai daging sedia dihidangkan.
DAGING KANDAR BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang | hiris kecil dan nipis
15 ulas bawang merah | hiris
3/4 cawan puri tomato
1 cawan kicap pekat
2 sudu makan kerisik
2 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
2 sudu makan air asam Jawa
Garam dan gula secukup rasa
5 sudu makan minyak masak
BAHAN REMPAH RATUS:
3 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
6 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih
1 sudu makan jintan putih
1 sudu makan jintan manis BAHAN KISAR:
10 tangkai cili kering
2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
3cm halia muda
CARA MEMASAK:
1. Rendam bahan rempah ratus hingga kembang, kemudian kisar hingga halus. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali,tumiskan bawang merah yang telah dihiris bersama daun kari hingga wangi.
3. Kemudian masukkan bahan kisar dan rempah ratus yang dikisar tadi. Sentiasa kacau.
4. Setelah pecah minyak dan agak garing masukkan daging, kacau hingga daging kecut dan airnya keluar.
5. Renehkan hingga air daging kering.
6. Masukkan kicap, sos tomato , air asam Jawa dan kerisik. Kacau lagi.
7. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
8. Setelah daging kering dan cukup rasa, tutup api.
9. Daging sedia dihidangkan.
DAGING KICAP KERISIK BAHAN-BAHAN:
1 kg daging batang pinang | hiris nipis, cuci dan tos
3 sudu makan kerisik
3 sudu makan pes cili kering
2 sudu makan kicap pekat
3 sudu makan kicap manis
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu makan serbuk jintan putih
1 sudu makan lada hitam | kisar kasar
2 batang serai | titik
2 sudu makan air asam Jawa
Garam dan gula secukup rasa
5 sudu makan minyak masak | untuk menumis
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 batang serai
3cm halia
3cm lengkuas
CARA MEMASAK:
1. Masukkan daging dalam mangkuk besar, kemudian campurkan ke dalamnya, kicap pekat, jintam manis,jintan putih dan lada hitam.
2. Kemudian ambil tiga sudu bahan kisar masukkan dalam bahan campuran daging.
3. Gaul rata dan perapkan sekurang-kurangnya 30 minit.
4. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan rempah penumis hingga wangai.
5. Masukkan pula bahan-bahan kisar hingga naik bau, kemudian masukkan pes cili kering dan tumis hingga pecah minyak.
6. Masukkan daging, bila air daging sudah kering dan daging masih liat tambah sedikit air. Masak hingga daging empuk.
7. Kemudian tambahkan kerisik, kicap pekat manis, garam dan gula secukup rasa.
8. Daging sedia dihidangkan.
.
RENDANG DAGING DAUN PEGAGA:
BAHAN-BAHAN:
1kg daging | hiris nipis dan lebar, cuci dan tos
1kg santan pekat
5 sudu makan kerisik
2 sudu makan pes cili kering
3 batang serai | titik
1 ikat daun pegaga | buang tangkai
2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
5 sudu makan minyak masak | untuk menumis BAHAN KISAR:
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
3cm halia
3cm lengkuas
3 batang serai
4cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar, hingga wangi, kemudian masukkan pes cili kering.
2. Setelah pecah minyak, masukkan daging, kacau hingga daging kecut dan air daging kering.
3. Masukkan santan pekat, kacau rata, setelah mendidih masukkan daun pegaga dan asam gelugor.
4. Biarkan mereneh, hingga kuah pekat baru masukkan kerisik.
5. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
6. Kecilkan api dan terus kacau hingga kuah kering dan timbul minyak.
7. Tutup api dan sedia dihidangkan.
Ayam goreng kunyit kalau nak pedas boleh tambah cili padi baru lagi padu. Nak lagi sedap ada rasa sambal makan dengan sambal belacan.
cukup satu lauk macam ni pun dah cukup. Sayur seperti lobak merah dan kacang panjang juga sering ditambah dalam menu ini selain bawang holland.
Rasa enak ayam yang digoreng garing dengan kunyit hidup. Tambah lagi rasa pedas dari lada hitam dan cili padi akan menambahkan selera anda.
AYAM GORENG KUNYIT
BAHAN-BAHAN:
Ayam (dada ayam)
Kunyit hidup
Bawang putih
Cili padi
Bawang Holland
Kacang Panjang
Holland Peas
Lada hitam
Kicap soya cair
CARA MEMASAK:
1. Tumbuk kunyit dan bawang putih sehingga agak-agak lumat.
2. Masukkan cili padi tumbuk ala ala pecah.
3. Masukkan bahan-bahan ini didalam bekas ayam yang telah dihiris halus tak berapa nak halus.
4. Satu sudu setengah kicap cair.
5. Setengah sudu lada hitam.
6. Gaul sehingga sebati. Tidak perlu letak garam sebab sudah ada kicap cair tetapi jika tidak ada boleh tukar kepada garam.
7. Panaskan minyak…sepanas panasnya…minyak ngam2 sama level ngan ayam…sebab nak bagi masak sekata….
8. Bila bahan goreng sudah hampir garing. Keluarkan minyak dan tapis. Tinggalkan dalam satu atau 2 sudu minyak dalam kuali itu.
9. Masukkan sayur tetapi tidak perlu lama sebab layu nanti kecut. Kilas 2 atau 3 kali sayur dengan isi ayam dan tutup api. Rasa jika tawar boleh tabur kan sedikit garam.