Hanya tinggal beberapa hari je lagi Syawal, jika korang nakkan kelainan tapi bosan asyik lauk rendang, kari mahupun kuzi, apa kata korang sediakan menu lebih ringkas namun rasanya tetap sedap. Ni dia enam pilihan sambal.

RASA kongsikan enam resipi  sambal yang ringkas dan sesuai sangat mengantikan rendang ye…

 6 Sambal Sesuai Ganti Rendang, Sedap Dimakan bersama Lemang & Ketupat.

SAMBAL DAGING MERAH

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm daging | rebus
  • 4 sudu makanpes cili  kering
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan air asam jawa
  • 1 biji bawang besar hiris
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 4 sudu makan minyak masak
  • BAHAN KISAR:
    5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2cm halia
  • 1 batang serai

CARA MEMASAK:

  1. Hiris daging kecil-kecil, ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi.
  3. Kemudian masukkan pes cili kering, terus kacau hingga pecah minyak.
  4. Tambahkan air asam jawa, sos cili, sos tomato dan hirisan daging.
  5. Gaul rata hingga sekata, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Jika terlalu kering tambahkan sedikit air.
  7. Kecilkan api dan biarkan sambal terus mereneh dan timbul minyak.
  8. Tutup api, Sambal Daging sedia dihidangkan.

 6 Sambal Sesuai Ganti Rendang, Sedap Dimakan bersama Lemang & Ketupat.

SAMBAL DENDENG

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm daging | rebus
  • 4 sudu makan pes cili kering
  • 2 biji bawang besar | potong dadu
  • 5 sudu makan kicap manis
  • 3 sudu makan kicap pekat
  • Garam dan gula jika perlu
  • 4 sudu makan minyak masak

BAHAN KISAR:

  • 6 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2cm halia
  • 2cm lengkuas
  • 2 batang serai | hiris

BAHAN REMPAH PENUMIS

  • 1 batang serai
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 4 ulas buah pelaga

CARA MEMASAK:

  1. Daging yang telah direbus empuk dihiris kecil, kemudian tumbuk.
  2. Gaulkan daging bersama kicap manis, kicap pekat dan bahan kisar. Perapkan daging 30 minit.
  3. Panaskan minyak, tumiskan rempah penumis bersama bawang besar.
  4. Setelah wangi masukkan pes cili kering tadi, kacau rata hingga pecah minyak.
  5. Masukkan pula perapan daging bersama air asam jawa.
  6. Kacau rata, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  7. Kecilkan api terus kacau hingga timbul minyak.
  8. Tutup api sambal dendeng sedia dihidangkan .

6 Sambal Sesuai Ganti Rendang, Sedap Dimakan bersama Lemang & Ketupat.

SAMBAL GORENG JAWA

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 1 keping tempe | hiris  nipis, cuci dan tos
  • 1 biji kentang | hiris nipis
  • 1 keping tauhu | potong dadu
  • 150gm hati dan pedal ayam | cuci bersih
  • 1 keping fucuk | rendam
  •  Sedikit suhun | rendam
  • 2 biji cili merah | hris
  • 2 biji cili hijau | hiris
  • 3 batang kacang panjang | hiris serong
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 2 sudu makan kicap pekat manis
  • 1 sudu makan  air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

BAHAN HIRISAN:

  • 6 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2cm halia muda | hriis memanjang
  • 10 biji cili padi

CARA MEMASAK:

  1. Hati dan pedas digaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak, goreng tempe, kemudian diikuti kentang, tauhu dan akhir sekali hati dan pedal.
  3. Keluarkan minyak tinggal sedikit untuk menumis.
  4. Tumiskan bahan hirisan hingga wangi, masukkan pedal dan hati ayam. Gaul rata.
  5. Seterusnya masukkan fucuk dan suhun, kacang panjang, tempe dan hirisan cili merah dan hijau.
  6. Gaul rata, dan masukkan air asam jawa, kicap pekat dan kicap manis.
  7. Terus kacau dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  8. Setelah cukup garing, tutup api. Sambal sedia dihidangkan.

6 Sambal Sesuai Ganti Rendang, Sedap Dimakan bersama Lemang & Ketupat.

SAMBAL DAGING BERKACANG

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm daging | hiris nipis dan kecil
  • 150gm kacang tanah | goreng sangai & kisar kasar
  • 1 sudu makan air asam jawa
  • 4 sudu makan pes cili kering
  • 250ml air
  • 200ml santan
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 4 sudu makan minyak masak

BAHAN KISAR:

  • 6 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2cm halia
  • 2cm lengkuas
  • 2 batang serai

REMPAH PENUMIS:

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 3 ulas buah pelaga.

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Bancuh kacang yang telah dikisar dengan air. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar bersama rempah penumis.
  3. Setelah wangi masukkan pes cili, terus kacau hingga pecah minyak.
  4. Masukkan pula daging, terus kacau hingga daging layu.
  5. Tambahkan ke dalamnya bancuhan kacang tanah tadi.
  6. Selepas beberapa minit masukkan pula santan.
  7. Setelah mereneh perasakan dengan garam dan gula secukup rasaaa.
  8. Kecilkan api dan sentiasa kacau hingga kuah pekat dan timbul minyak.
  9. Tutup api, Sambal Daging Berkacang sedia dihidangkan bersama nasi impit atau ketupat nasi.

6 Sambal Sesuai Ganti Rendang, Sedap Dimakan bersama Lemang & Ketupat.

SAMBAL PERUT CILI PADI

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm  perut lembu | cuci bersih dan rebus hingga empuk
  • 2 sudu makan kicap pekat
  • 3 sudu makan kicap manis
  • 2 sudu makan air asam jawa
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • Sedikit cili benggala merah | hiris
  • Sedikit cili benggala hijau | hiris
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 4 sudu makan minyak masak

BAHAN KISAR:

  • 6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2cm halia
  • 2 batang serai
  • 20 biji  cili padi

CARA MEMASAK:

  1. Perut lembu dihiris memanjang . Ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi, masukkan hirisan bawang besar.
  3. Kemudian masukkan perut,
  4. Gaul rata dan masukkan kicap pekat dan kicap manis sert air asam jawa.
  5. Kacau rata hinggs pes sambal sebati dengan perut.
  6. Seterusnya perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  7. Kecilkan api dan dan terus kacau hingga pecah minyak.
  8. Setelah cukup rasa tambahkan hirisan cili benggala, gaul rata.
  9. Tutup api sambal sedia dihidangkan.

6 Sambal Sesuai Ganti Rendang, Sedap Dimakan bersama Lemang & Ketupat.

SAMBAL LODEH PUTIH

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm perut lembu  | rebus dan hiris memanjang
  • 2 keping fuchuk | remdam dan  potong kecil
  • Sedikit suhun | rendam
  • 2 biji cili merah  | hiris
  • 2 biji cili hijau | hiris
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 5-6 biji tomato ceri | jika  suka
  • 3 sudu makan air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 500ml pati santan
  • 4 sudu makan minyak masak

BAHAN SAYUR:

IKLAN
  • 3 batang kacang panjang | potong 3cm
  • 3-4 batang putih jagung | hiris memanjang
  • 3 kelopak kubis | hiris kecil
  • 1/2 batang lobak merah

BAHAN HIRIS DAN GORENG:

  • 1 keping tauhu | hiris
  • 1 keping tampe | hiris
  • 1 biji kentang | hiris

BAHAN KISAR:

  • 25 biji cili padi
  • 6-7 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2cm halia

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi, masukkan hirisan bawang besar.
  2. Masukkan perut kacau rata hingga perut sebati dengn bahan tumisan.
  3. Selepas beberapa minit, masukkan pula bahan fucuk, gaul rata.
  4. Seterusnya masukkan bahan sayur.
  5. Setelah sayur layu, masukkan bahan hirisan yang telah digoreng.
  6. Kacau lagi dan masukkan santan, air asam jawa.
  7. Setelah mereneh, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  8. Akhir sekali masukkan suhun dan tomato ceri.
  9. Kacau rata dan tutup api. Sambal Lodeh sedia dihidangkan.

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :

DAN JUGA RESIPI INI :

https://www.rasa.my/lauk-pauk-minang-untuk-hidangan-pagi-raya/

 

 

 

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI