6 Spot Nasi Lemak Sambal Sedap & Lauk Banyak di Sekitar Lembah Klang.

Share

Tak dinafikan lagi nasi lemak merupakan antara hidangan ‘signature’ dan menjadi kegemaran kebanyakan rakyat Malaysia. Nasi yang dimasak bersama santan dan dihidangkan bersama sambal, telur, hirisan timun dan ikan bilis goreng ini memang punya keistimewaannya yang tersendiri. Mana tidaknya, dari pagi hingga ke larut malam, hidangan ini sentiasa dijual dan mudah didapati.

Malah, hidangan ini juga diangkat ke kelasnya yang tersendiri dimana ia telah dijadikan tema bagi baju yang bakal diperagakan oleh Samantha Katie James; Miss Universe Malaysia di pertandingan Miss Universe 2017 yang bakal berlangsung di Amerika Syarikat pada penghujung bulan ini. Baju yang direka oleh Brian Khoo ini memang unik. Agaknya berapa banyak manik lah yang digunakan untuk menghasilkan ‘effect’ seperti butiran nasi lemak ni kan?

Sebut pasal nasi lemak ni, rasa laparlah pula. Jom lihat lokasi-lokasi nasi lemak best di sekitar Lembah Klang ni yang boleh anda cuba. Mungkin ada dalam senarai ni yang anda belum ‘test’ lagi.

1. Nasi Lemak Wak Wanjor

 

Nasi lemak Wak Wanjor adalah nasi lemak yang popular di kalangan warga kota yang mana difahamkan telah dibuka sehjak tahun 80an lagi. Terletak di Kampung Baru, nasi lemak ini memang menjadi pilihan ramai. Nasinya dijual dengan harga serendah RM3 dan terdapat pelbagai pilihan lauk pauk lain seperti lauk sotong, ayam, daging, paru, limpa dan banyak lagi.

Lokasi : Jalan Raja Muda Musa (Kampung Baru), 50300 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur

Kredit  Foto: http://enciksepul.blogspot.my  & Mohd Bin Mazran

2.Nasi Lemak Tanglin

Nasi Lemak Tanglin terletak di Medan Selera Tanglin berhampiran dengan Klinik Kesihatan Tanglin dan Masjid Negara. Ia memang popular sejak dahulu lagi dan menjadi kegemaran warga kota. Menurut review dari para pelanggan, Nasi lemak Sambal Sotong adalah antara menu yang paling mendapat sambutan. Nak tahu sedap ke tak? Kena cuba ya.

Lokasi : Medan Selera Tanglin, 50480 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur

Kredit foto: Tripadvisor

3. Mali’s Corner

  

Bagi yang tinggal di kawasan Gombak dan Setapak pastinya tahu akan keenakan nasi lemak di Mali’s Corner ini. Bagi yang tercari-cari restoran nasi lemak yang enak, disini memang lokasi yang anda wajib tuju. Nasinya yang lembut enak, ayam goreng garing serta sambal yang ‘perfect’. Memang puas makan. Selain nasi lemak, Mali’s Corner juga terkenal dengan keenakan Char Kuey Teow nya. So, anda boleh cuba.

Alamat: Platinum Walk, Danau Kota, 53300 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia

Kredit foto: http://www.vkeong.com

4. Nasi Lemak Royal Kedah

Salah satu port makan yang menghidangkan sajian nasi lemak yang best! Nasi lemaknya yang berwarna kuning memang ‘berhantu’. Ramai yang datang sanggup beratur lama untuk menikmati keenakan nasi lemak disini. Lauk pauknya pun banyak. Ada sotong, udang, ayam dan banyak lagi. Pilih sahaja. Di cawangan Shah Alam ini, Nasi Lemak Royal Kedah beroperasi pada 7.00 pagi hingga 1 pagi setiap hari.

Lokasi : Vista Alam, Seksyen 14, Shah Alam, Selangor & Jalan Ampang Putra, Kampung Pandan Dalam, 55100 Kuala Lumpur.

Kredit foto: http://wahidayatulaswa.blogspot.my

5. Nasi Lemak CT Garden

Jika teringin nak makan nasi lemak untuk makan malam atau ‘supper’, Nasi Lemak CT Garden ni memang sesuai. Terletak di Kampung Baru, Kuala Lumpur, pastinya lokasi ini mudah untuk anda tuju. Bagi yang tidak biasa, waze sahaja. Pasti jumpa. Disini anda boleh menikmati nasi lemak bungkus bersama pilihan lauk pauk yang banyak. Jadi, pilih sahaja ikut selera dan citarasa anda.

Lokasi : Kampung Baru, Kuala Lumpur

Kredit foto: http://www.hungrygowhere.my

6. Nasi Lemak Lobster Ara Damansara

Nasi lemak lobster? Wow! Mendengar namanya sahaja boleh buat anda ternganga. Agaknya berapalah harga nasi lemak ni kan? Jangan risau, ada juga nasi lemak lain yang boleh anda pesan. Harganya pula serendah RM3 bagi nasi lemak biasa. Selain lobster, ada juga nasi lemak udang galah jumbo, sotong bakar, ayam dara goreng, udang garlic butter dan banyak lagi. Memang sedap! Anda yang mahukan kelainan, boleh cuba nasi lemak disini.

Lokasi :21 Jalan PJU 1A/20A, Ara Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Kredit foto: Nasi Lemak Lobster Ara Damansara

 

 

Published by
Nur