Bila tiba bulan Ramadan, Bubur Lambuk menjadi antara juadah yang paling ditunggu-tunggu oleh semua orang. Tak lengkap rasa kalau tidak menikmati juadah ini ketika berbuka puasa.
Ads
Setiap negeri mempunyai resipi Bubur Lambuk masing-masing yang menjadi kegemaran masyarakat setempat. Walaupun nampak sama, tetapi ia punya keistimewaan serta keunikan yang tersendiri. Sekali sekala, cubalah rasa Bubur Lambuk dari negeri yang berlainan. Anda pasti teruja!
Ads
RASA BUBUR LAMBUK WARISAN DI MALAYSIA
Untuk tahun yang kelima, Rasa sekali lagi menganjurkan program Bubur Lambuk Warisan yang bakal diadakan di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam.
Istimewa Bubur Lambuk tahun ini, Rasa bakal menghimpunkan 10 resipi Bubur Lambuk yang popular dan menjadi kegemaran di Malaysia. Antaranya Bubur Lambuk dari Kuala Terengganu, Kuantan, Kota Bahru, Selangor, Penang, Bukit Piatu, Kulai, Sarawak, Kuala Perlis dan Kubang Pasu.
Projek dengan kerjasama BABA’S, Petron Gasul dan Saji serta penaja lokasi, MBSA meneruskan tradisi untuk berkongsi rezeki Ramadan dengan menyumbangkan Bubur Lambuk kepada barisan Frontliner, golongan asnaf, masjid dan orang ramai. Wow bestnya!
Sebanyak 6000 pek Bubur Lambuk bakal diagihkan. Jadi orang-orang sekitar Shah Alam dan Lembah Klang, jangan lupa datang beramai-ramai ke Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada hari Sabtu,1 April ini untuk merasai sendiri keenakan Bubur Lambuk yang dibawakan khas oleh BABA’S, Petron Gasul dan Saji.
Ads
Jumpa anda di sana!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bayangkan, pada usia mencecah 100 tahun, Tun Dr. Mahathir Mohamad masih duduk tegak, senyum yakin dan berbicara dengan nada jelas. Ramai tertanya-tanya, apakah rahsia sebenar beliau?
Sebagai jenama yang memperjuangkan warisan makanan dan gaya hidup sihat, RASA percaya bahawa jawapan paling jujur datang dari dapur. Dan dari dapur kecil itulah, terbit falsafah pemakanan seorang negarawan agung.
Inilah pegangan Tun M, serba sederhana dalam segala, termasuk dalam soal makan. Beliau tidak menolak nikmat makanan, tetapi mendisiplinkan diri untuk mengambil sekadar perlu. Bukan kenyang semahu-mahunya, tapi cukup sekadar tenaga.
Pantang gula berlebihan. Dalam dunia yang penuh dengan godaan minuman manis, ais krim boba, dan pencuci mulut ‘viral’ kita harus berpada-pada.
Selain mengawal pengambilan gula dan makanan bergula, Tun M juga kurang makan daging.
Tiada ‘resipi magik’. Hanya kesederhanaan, konsisten dan kesedaran. Dari satu pinggan kecil, kepada satu gaya hidup. Dari satu pilihan makan tengah hari, kepada kualiti kesihatan berpuluh tahun lamanya.
Dan akhirnya, pesanan beliau paling ringkas tapi penuh makna:
RASA mengucapkan:
Selamat Ulangtahun ke-100 kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad — insan yang bukan hanya membina negara, tapi juga memberi teladan bahawa kesihatan bermula dari apa yang kita suap ke dalam mulut.
Kerana pada akhirnya, kita bukan hanya apa yang kita makan — tapi apa yang kita pilih untuk tidak makan.
Melihat gambar sahaja sudah meruntun jiwa dan menimbulkan rasa bangga. Itulah yang boleh digambarkan mengenai keprihatinan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan keluarga baginda setiap kali rakyat ditimpa musibah.
Menerusi perkongsian di laman Facebook Istana Negara semalam, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan membantu Raja Permaisuri Agong memasak untuk mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Seri Damai, Kuantan, Pahang semalam.
Seri Paduka Baginda berangkat tiba ke PPS ini setelah berkenan melawat dan meluangkan masa menyantuni mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Wisma Belia dan PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Sg. Isap, Kuantan.
Sedari dulu lagi, sudah menjadi kelaziman bagi KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong menyingsing lengan, bersama-sama para petugas untuk menyediakan makanan kepada mangsa banjir di negeri Pahang.
Sentuhan Yang di-Pertuan Agong dan air tangan Raja Permaisuri Agong mencerminkan keperibadian dan keprihatinan tinggi Seri Paduka Baginda terhadap mangsa banjir dan golongan yang memerlukan bantuan.
Menurut perkongsian tersebut lagi, difahamkan seramai 128 orang daripada 49 keluarga telah dipindahkan di pusat pemindahan sementara tersebut setelah kediaman mereka dilanda banjir akibat hujan yang berterusan sejak hari Sabtu lalu.
Seri Paduka Baginda berdua mengajak seluruh rakyat bersama Baginda mendoakan agar bencana banjir yang melanda beberapa negeri pada ketika ini tidak berpanjangan sehingga mengorbankan nyawa dan harta benda.
Demi mengawal dan meminimumkan pergerakan rakyat seiring dengan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan yang diambil oleh kerajaan , satu operasi besar-besaran berkaitan perintah kawalan pergerakan akan dijalankan oleh Polis Kontijen Selangor mulai pukul 8 malam ini.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Senior Asisten Komisioner, Datuk Fadzil Ahmat, operasi tersebut bagi memastikan secara umumnya masyarakat di negeri faham dengan perintah kawalan pergerakan yang telah dikuatkuasakan sejak hari ini.
Kata beliau, banyak aduan diterima tentang orang awam yang masih berada di luar rumah sekaligus membuktikan golongan ini gagal memahami perintah yang dikeluarkan.
“Jadi kita lakukan operasi bermula malam ini bagi memastikan tidak ada sesiapa yang berada di luar tanpa alasan munasabah, berada dalam kumpulan besar. Kita akan beri pemahaman serta nasihat kepada mereka untuk akur dengan perintah.
“Kita akan nasihat mereka untuk balik seandainya ada lagi yang berada di luar rumah, operasi ini juga melibatkan seluruh negeri di mana kita ada 16 daerah secara keseluruhannya.
“Ketua Polis Daerah pula akan membuat ‘roadblock’ di setiap kawasan mereka bagi memantau aktiviti orang awam sebelum nasihat mereka pulang, ketika ini kita akan masih gunakan kaedah nasihat,” katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat sebentar tadi.
Kata Fadzil lagi, pihaknya juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas termasuk tangkapan dan membuka kerta siasatan kepada mereka yang degil.
“Kita akan guna kuasa di bawah Seksyen 3 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) bagi melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan sekarang.
“Operasi ini akan bermula sekitar jam 8 malam dan akan berakhir hanya selepas kita berpuas hati setiap rakyat di negeri ini mematuhi arahan dibawah perintah kawalan ini,” tegasnya.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!