Ini cara mudah dan tak perlu keluar duit untuk bebaskan peti sejuk dari bau kurang menyenangkan. Maklum sajalah macam-macam makanan dan minuman yang kita simpan dalam peti ais. Tapi jangan risau untuk menyahkan bau kurang menyenangkan ini. Gunakan saja bahan-bahan yang ada di dalam dapur korang sebagai agen menghapuskan bau kurang menyenangkan ini. Berikut antara bahan yang boleh digunakan jika ada dalam simpanan dalam dapur korang.
Baking soda boleh menyerap bau kurang menyenangkan di dalam peti sejuk. Mudah saja caranya, korang hanya perlu tuangkan soda dalam mangkuk kecil dan letakkan di bahagian belakang peti sejuk. Jangan lupa tukarkannya setiap tiga bulan sekali.
.
Cuka
Rasa masam cuka mampu menuteralisasikan bau busuk peti sejuk. Cara menggunakan, korang hanya perlu masukkan 3 sudu makan cuka dan 3 sudu makan air suam ke dalam botol l semburan. Setelaah bercampur, semburkan cairan tersebut di dalam peti sejuk yang telah dikosongkan terlebih dahulu. Setelah bau hilang bersihkan peti sejuk.
Serbuk Kopi
Serbuk kopi adalah agen penyerap bau yang berkesan. Semangkuk kecil serbuk kopi yang di letakkan di bahagian paling dalam peti sejuk mampu menghilagkan bau degil peti sejuk. Biarkan selama 24 jam dalam peti sejuk, Insya Allah bau kurang menyenangkan akan hilang dalam beberapa hari.
Selain sebagai bahan tambahan untuk membuat kuih, ekstrak vanilla juga boleh menghilangkan bau peti sejuk. Caranya korang hanya perlu campurkan vanilla cair atau serbuk dengan air. Kemudian celupkan bebola kapas ke dalam cairan tersebut dan letakkannya di dalam peti sejuk. Bau semerbak dari vanila akan lebih kuat dari bau busuk peti sejuk.
Lemon
Senang je kan. Apa-apapun selain dari bantuan bahan-bahan ini untuk memastikan peti sejuk bebas dari bau kurang menyenangkan, kita perlu jugalah sentiasa rajin membersihkan peti sejuk dari sebarang kotoran kerana makanan mudah dicemari bakteria walaupun di simpan dalam peti sejuk dan akhirnya akan mengeluarkan bau kurang menyenangkannya.charcocaps.