Kerang berkulit yan g dibeli di pasar, harus dicuci bersih terlebih dahulu sebelum dimasak. Ini kerana terdapat banyak lumpur dan kotoran yang melekat. Jika tidak dicuci bersih, dibimbangi akan menjadi punca kepada masalah sakit perut, cirit birit dan sebagainya.
Kerang ni bukan senang nak cuci. Kotoran dikulitnya juga agak degil untuk tanggal. Oleh itu ada beberapa cara yang boleh dicuba untuk membersihkan kerang ni. Antara cara yang boleh dicuba ialah dengan menggunakan:
1.Serai
Ketuk beberapa batang serai dan masukkan ke dalam bekas berisi kerang. Isikan air sama paras dengan kerang dan gaul berkali-kali bersama dengan serai tadi. Biarkan selama 20 minit. Toskan air dan bersihkan.
2. Hampas kelapa
Hampas jkelapa jangan dibuang begitu sahaja. Ia boleh digunakan untuk membersihkan kerang. Caranya ialah gaul kerang dengan hampas kelapa. Biarkan selama 1 jam. Lebih banyak hampas digunakan, lebih mudah kulit kerang dibersihkan.
3. Daun ubi
Mudah sahaja. Ambil beberapa helai daun ubi dan carik-carikkan. Kemudian ramas di dalam bekas berisi kerang.
4. Daun betik
Sama juga seperti menggunakan daun ubi. Ramas daun betik dan rendam seketika. Hasilnya kerang akan menjadi bersih.
5. Garam
Masukkan garam kasar ke dalam besin berisi kerang. Tambahkan air dan rendam selama 30 minit dan bilas bersih. Hasilnya isi kerang tidak berlumpur dan bersih. Sebaiknya guna karam kasar.
6. Pelepah pisang
Cara ini berkesan untuk membersihkan kulit kerang yang kotor. Ambil pelepah pisang dan buang daunnya. Hanya ambik batang pelepah sahaja. Jika panjang, potong 2 bahagian. Masukkan kerang ke dalam besin dan sental kerang. Ulang langkah yang sama sehingga kulit kerang kelihatan bersih.
7. Asam keping
Masukkan beberapa keping asam gelugur ke dalam rendaman kerang. Biarkan selama 1 jam dan bilas hingga bersih.