7 Biskut Raya Gerenti Jadi!

Share

Biskut raya antara carian popular dalam variasi hidangan Aidil Fitri. berikut RASA kongsikan tujuh resipi cookies ringkas, mudah disediakan dan sedap rasanya. Biskut raya  ini disediakan oleh Maryani Ismail (IG:Arma delight)

WHITE ALMOND COOKIES

BAHAN A:

  • 250gm mentega
  • 80gm gula perang
  • 80gm gula kaster
  • 1biji kuning telur

BAHAN B:

  • 100gm hirisan badam
  • 200gm choc chip
  • 350gm tepung gandum
  • 1sudu teh baking pawder
  • 1sudu teh soda bikarbonat
  • Sedikit asen vanila
  • 1sudu teh butter oil

CARA MEMASAK:

  1. Satukan mentega dan gula. Pukul hingga berkrim.
  2. Tambah telur dan pukul sebati.
  3. Masukkan bahan B dan gaul hingga rata.
  4. Masukkan dalam piping bag, kemudian gunting hujung piping bag lebih kurang satu inci.
  5. Paip doh ikut keselesaan masing-masing.
  6. Bakar dengan suhu 180°C selama 30minit atau bergantung pada
  7. Sejukkan atas redai, sebelum sedia disimpan.

HEAVEN CHOC COOKIES

BAHAN A:

  • 250gm mentega
  • 170gm gula ising
  • 1biji kuning telur

BAHAN  B:

  • 300gm tepung gandum
  • 100gm choc chip
  • 80gm badam cincang
  • 50gm cornflake diramas
  • 2 sudu makan serbuk koko
  • 2 serbuk koko hitam serbuk koko hitam
  • 1sudu teh esen  vanila

CARA MEMASAK:

  1. Satukan mentega dan gula. Pukul hingga berkrim.
  2. Tambah telur dan pukul sebati.
  3. Masukkan Bahan B, gaul hingga rata.
  4. Masukkan adunan dalam piping bag.
  5. Potong hujung piping bag, kemudian paipkan doh mengikut cita rasa .
  6. Bakar  dengan suhu 180°C selama 30 minit.
  7. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

NESTUM CHOC

BAHAN A:

  • 250gm mentega
  • 110gm gula ising
  • 40gm susu penuh krim
  • 60gm tepung ubi
  • 280mg tepung gandum
  • 50gm tepung kentang
  • 30gm nestum
  • 1sudu kecil esen vanila

BAHAN B (Hiasan):

  • Coklat masakan
  • Nestum

CARA MEMASAK:

  1. Satukan semua bahan A.
  2. Adun menjadi doh lembut.
  3. Ambil doh dan bentukkan bulat anggaran 9-10 gram, kemudia leperkan sedikiT
  4. Susun dalam loyang pembakar .
  5. Bakar pada suhu 180°C selama 30 minit.
  6. Setelah sejuk celupkan dalam coklat masakan yang  sudah dicairkan.
  7. Salutkan biskut dengan nestum.
  8. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

BUTTER ALMOND

BAHAN A:

  • 250gm  mentega
  • 1 sudu makan shortening
  • 150gm  gula kaster
  • Sedikit garam
  • 1biji kuning telur

BAHAN B :

  • 240gm tepung  gandum
  • 240gm tepung jagung

BAHAN C:

  • Kuning telur
  • Badam cincang

 CARA MEMASAK:

  1. Putar gula dan mentega hingga sebati.
  2. Masuķkan telur dan garam. Adun sebati.
  3. Satukan bahan B dan sebatikan hingga menjadi doh
  4. Terap setebal 10mm dengan acuan kesukaan anda.
  5. Sapu kuning telur dan taburkan badam cincang pada permulaan biskut.
  6. Bakar pada suhu 180°C selama 30minit.
  7. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

CASABLANCA COOKIES

BAHAN A:

  • 130gm mentega
  • 20gm shotening
  • 70gm gula kastor

BAHAN B:

  • 30gm oat | dibakar sekejap
  • 30gm nestum
  • 30gm serbuk badam
  • 20g bijan hitam

BAHAN C:

  • 10gm tepung beras
  • 25gm tepung jagung
  • 150gm tepung gandum

BAHAN HIASAN:

  • Kuning telur
  • Ceri merah
  • Ceri hijau

CAR MEMASAK:

  1. Satukan bahan A. Gaul rata  asalkan sebati sahaja.
  2. Masukkan bahan Gaulkan   bersama.
  3. Kemudian tambahkan dengan bahan C dan sebatikan menjadi doh lembut.
  4. Terap doh setebal 10mm.  Bentuķkan ikut kreativiti.
  5. Sapukan kuning telur. Serikan dgn sedikit ceri merah dan hijau.
  6. Bakar suhu 180° C selama 30 minit .
  7. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

SUJI BRUNAI

BAHAN A:

  • 200gm minyak sapi
  • 100gm shotening
  • 180gm gula halus
  • 1biji kuning telur
  • 1sudu teh  esen vanila

BAHAN B:

  • 370gm tepung gandum
  • 80gm tepung suji
  • 80gm tepung jagung

BAHAN C ( Hiasan )

  • 50gm nestum | kisar
  • 50gm susu tepung penuh krim
  • Gula ising  | jika suka

CARA MEMASAK:

  1. Gaul rata minyak sapi, shotening dan gula ising.
  2. Masukkan telur dan esen vanila.
  3. Gaulkan sekejap asalkan sebati sahaja.
  4. Satukan bahan B, masukkan dalam bahan A.
  5. Gaul sebati menjadi doh, kemudian terap nipis dengan acuan bulat.
  6. Bakar suhu 180°C selama 30minit bergantung pada ketuhar masing-masing.
  7. Sejukkan biskut dan baru salutkan dengan bahan C.
  8. Sedia disimpan dalam bekas kedap udara.

DANIA COOKIES

BAHAN A:

  • 180gm butter cup
  • 200gm gula ising
  • 2 biji telur kuning gred A
  • 40gm cornflake
  • 25gm serbuk badam
  • 20gm susu tepung
  • 60gm tepung jagung
  • 100gm  tepung gandum
  • 70gm serbuk koko
  • 1sudu kecil  emplik
  • Coklat  masakan

BAHAN B (Hiasan):

  • Chocolate  Rise

 CARA MEMASAK:

  1. Satukan semua bahan A.
  2. Gaul rata sehingga menjadi doh lembut.
  3. Canai dah setebal 10mm dan terap ikut acuan kegemaran anda.
  4. Bakar suhun 180°C selama 30minit.
  5. Cairkan coklat masakan, kemudian  celupkan permukaan biskut di dalamnya.
  6. Seterusnya taburkan chocolate  rise di atasnya.
  7. Setelah sejuk, biskut sedia disimpan dalam bekas kedap udara.

 

 

 

Published by
Norasida Myasin