Kalau anda suka masakan Minang, dah tentu suka dengan Dendeng Daging Minang yang garing dan pedas, sekali cuba gerenti ketagih. Bila ketagih kenalah buat sendiri kerana tidak banyak restoran yang menyediakan dendeng daging garing bercili ini. Oleh itu, RASA akan kongsikan bagaimana cara membuat dendeng daging yang garing, pedas dan empuk.
Rebus Daging
Daging batang pinang adalah bahagian daging paling baik, cuci bersih kemudian gaulkan dengan bahan kisar (bawnag putih. Halia dan buah keras). Kemudian rebus dengan air. Jika ingin lebih cepat empuk, rebusnya menggunakan air kelapa. Jangan lupa untuk lebih aroma dan perisa tambahkan lengkuas titik, daun salam, serbuk ketumbar, buah pala dan lada sulah. Rebus daging hingga empuk.
Simpan Air Rebusan
Ads
Setelah empuk, toskan daging dan simpan air rebusan tersebut untuk kegunaan semasa memasak dendeng nanti.
Hiris Nipis & Ketuk Daging Menjadi Nipis
Hiris nipis daging dengan cara melawan ira daging.
Ketuk Atau Tumbuk Daging Hingga Nipis
Ketuk menggunakan pengetuk daging atau anak lesung. Cara ini akan menjadikan daging lebih empuk dan mudah menyerap bahan perapan dan tumisan nanti. .
Goreng Daging Sekadar Berubah Warna
Ads
Walaupun dendeng daging jenis basah tetapi daging perlu digoreng untuk mendapatkan tekstur luar yang garing untuk rasa lebih sedap. Oleh itu, goreng seketika daging dalam minyak panas yang banyak, cukup sekadar bertukar warna sahaja, kemudian angkat dan toskan.
Cili Merah & Bawang Merah Dikisar Kasar
Sebaiknya, gunakan campuran cili merah dan cili kering. Ia dicampur dengan bawang merah yang kemudiannya dikisar kasar menggunakan pengisar kering atau tumbuk kasar dengan lesung batu.
Tumis Hingga Garing & Wangi
Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar ini hingga garing dan wangi, kemudian tambahkan seddikit air asam jawa dan sedikit air rebusan daging tadi. Kemudian kacau rata hingga sebati dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa dan masukkan daging. Gaul rata hingga garing dan tutup api.
Ads
DENDENG DAGINGBAHAN-BAHAN:
250gm daging batang pinang
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 biji cili merah
4 tangkai cili kering
300ml air kelapa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
BAHAN KISAR:
3 ulas bawang putih
2cm halia
CARA MEMASAK:
1. Cuci bersih daging lalu gaulkan dengan bahan kisar. Perap seketika.
2. Didihkan air kelapa, kemudian masukkan daging dan rebus hingga empuk, tambah air jika belum empuk.
3. Sementara tunggu daging empuk kisar kasar cili dan bawang merah tadi. Ketepikan.
4. Setelah daging empuk, hiris nipis dan tumbuk hingga nipis.
5. Panaskan minyak, goreng seketika daging, sekadar bertukar warna sahaja.
6. Keluarkan daging, tinggalkan sedikit minyak, tumis bahan kisar hingga garing.
7. Tambahkan sedikit air asam dan air rebusan daging.
8. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa, kemudian masukkan daging.
9. Gaul rata dan tutup api. Dendeng daging sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Ini cara mudah dan tak perlu keluar duit untuk bebaskan peti sejuk dari bau kurang menyenangkan. Maklum sajalah macam-macam makanan dan minuman yang kita simpan dalam peti ais. Tapi jangan risau untuk menyahkan bau kurang menyenangkan ini. Gunakan saja bahan-bahan yang ada di dalam dapur korang sebagai agen menghapuskan bau kurang menyenangkan ini. Berikut antara bahan yang boleh digunakan jika ada dalam simpanan dalam dapur korang.
Baking Soda
Baking soda boleh menyerap bau kurang menyenangkan di dalam peti sejuk. Mudah saja caranya, korang hanya perlu tuangkan soda dalam mangkuk kecil dan letakkan di bahagian belakang peti sejuk. Jangan lupa tukarkannya setiap tiga bulan sekali.
.
Cuka
Rasa masam cuka mampu menuteralisasikan bau busuk peti sejuk. Cara menggunakan, korang hanya perlu masukkan 3 sudu makan cuka dan 3 sudu makan air suam ke dalam botol l semburan. Setelaah bercampur, semburkan cairan tersebut di dalam peti sejuk yang telah dikosongkan terlebih dahulu. Setelah bau hilang bersihkan peti sejuk. Serbuk Kopi
Serbuk kopi adalah agen penyerap bau yang berkesan. Semangkuk kecil serbuk kopi yang di letakkan di bahagian paling dalam peti sejuk mampu menghilagkan bau degil peti sejuk. Biarkan selama 24 jam dalam peti sejuk, Insya Allah bau kurang menyenangkan akan hilang dalam beberapa hari. Ekstrak Vanila
Selain sebagai bahan tambahan untuk membuat kuih, ekstrak vanilla juga boleh menghilangkan bau peti sejuk. Caranya korang hanya perlu campurkan vanilla cair atau serbuk dengan air. Kemudian celupkan bebola kapas ke dalam cairan tersebut dan letakkannya di dalam peti sejuk. Bau semerbak dari vanila akan lebih kuat dari bau busuk peti sejuk. Lemon
Buah serbaguna ini boleh juga digunakan sebagai penghilang bau degil dalam peti sejuk. Cukup sekadar meletakkan beberapa hirisan lemon dalam peti sejuk dan biarkan beberapa hari. Pastikan lemon ditukar sebelum ia kering. Bau busuk dalam peti sejuk bertukar dengan aroma lemon yang lebih segar. Cengkih
Rempah ini ada dalam kebanyakan dapur korang, selain sumber pembangkit aroma masakan, bunga cengkih yang halus ini juga boleh digunakan untuk menghilagkan bau peti sejuk. Ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan letakkan dalam peti sejuk, pasti peti sejuk korang akan bebas dari sebarang bau kurang menyenangkan. Arang
Kalau korang ada arang, boleh gunakannya untuk menyah bau kurang menyenangkan. Masukkan beberapa ketul kecil arang dalam peti sejuk. Biarkan selama 5-7 hari, bau tersebut akan hilang.
Senang je kan. Apa-apapun selain dari bantuan bahan-bahan ini untuk memastikan peti sejuk bebas dari bau kurang menyenangkan, kita perlu jugalah sentiasa rajin membersihkan peti sejuk dari sebarang kotoran kerana makanan mudah dicemari bakteria walaupun di simpan dalam peti sejuk dan akhirnya akan mengeluarkan bau kurang menyenangkannya.charcocaps.
Peralatan memasak seperti kuali, periuk dan cerek memang mudah kotor dan lekat kesan jelaga. Kadang kala cuci pakai sabun biasa pun tak nak tanggal. Anda boleh cuba petua perkongsian saudari Dahriah Damsah ni. Hasilnya memang mengagumkan.
PETUA SENTAL PERIUK AGAR SENTIASA NAMPAK BARU
BAHAN-BAHAN:
Sabun mandi ( buku)
Dawai besi
CARA-CARA:
1. Bersihkan kuali dan periuk anda menggunakan sabun mandi serta sental menggunakan dawai besi.
2. Basuh bersih dan hasilnya, peralatan dapur anda akan lebih mudah bersih dan kelihatan seperti baru.
Anda yang baru berjinak-jinak untuk baking dan pernah membuat kek dan menghadapi masalah kek yang dihasilkan cantik gebu tapi sayang kek lekat pada acuan. Aduhaiiii tak cantik bila dikeluarkan dari loyang cacat di sekeliling kek disebabkan melekat pada acuan atau loyang pembakar. Agar perkara ini tidak berulang, cuba anda baca tip untuk mengelakkan kek dari melekat acuan.
Acuan Mesti Kering dan Bersih.
Acuan atau loyang pembakar kek penyumbang kepada hasil kek yang sukses. Oleh itu anda harus pastikan acuan yang akan digunakan dalam keadaan bersih dan kering. Sedikit kotaran dan titisan air akan mempengaruhi hasil kek yang dibakar atau dikukus. Antara masalah akan timbul adalah kek sukar dikeluarkan dari acuan.
Oles Bahagian Dalam Loyang Dengan Margarin Atau Cooking Spray.
Cara ini biasa digunakan oleh kebanyakan bakers. Menggunakan dua bahan ini mampu melicinkan permukaan acuan atau loyang. Derngan cara ini kek mudah dikeluarkan walaupun baru dikeluar dari ketuhar. Harus diigat jangan oleskan margerin atau semburkan cooking spray terlalu banyak, kerana ia akan mempengaruhi rasa kek yang anda hasilkan.
Lapis Acuan Dengan Kertas Baking
Anda juga boleh menggunakan kertas baking untuk melapisi dasar acuan dan bahagian tepinya sekali sebelum anda memasukkan adunan kek di dalamnya. Cara ini juga akan memastikan kek lebih mudah dikeluar dari acuan loyang pembakar mereka.
Gunakan Acuan Atau Loyang Tidak Melekat
Cara ini paling praktis dan mudah. Kerana acuan atau loyang anti lekat mempunyai permukaan yang tidak melekat dan mudah dikeluarkan bahan yang diisi di dalamnya, namun harga sedikit mahal berbanding acuan atau loyang biasa.
Sejukkan Kek Sebelum Dikeluarkan Dari Acuan
Bila kek sudah masak, anda harus sabar. Jangan terus keluarkan kek dari acuan kerana kek mungkin lekat kerana waktu ini kandungan mentega dalam kek masih panas ini menyebabkan tekstur kek sangat lembut semasa panas. Biarkan sejuk seketika pada suhu bilik supaya kek lebih padat sedikit dan mudah dikeluarkan dari acuan. Gunakan pisau untuk melonggarkan sekeliling acuan agar kek lebih mudah dikeluarkan.