7 Minuman Jus Segar Buah-Buahan, Segar dan Bersemangat Lepas Berbuka

Share

Buah-buahan memang sedap dijadikan minuman penghilang dahaga yang menyegarkan dan berkhasiat. Bukan buah-buahan import aje yang tempatan pun sangat sedap.

Selain buat jus sahaja sedap juga dibuat smoothies dan shakes yang buat anda puas menikmatinya. Cantik dipandang serta beraneka warna, jika anda pandai berkreativiti dengan menu minuman ini. Ni min kongsikan 7 resipi minuman buah-buahan yang mudah dibuat.

1. JUS ANGGUR SODA

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm buah anggur tanpa biji
  • 1 botol jus anggur (twister)
  • 1 cawan air ais krim soda
  • Sedikit ais

CARA MEMASAK:
1. Kisar buah anggur bersama ais krim soda.
2. Kemudian campurkan jus anggur. Kisar lagi hingga sebati.
3. Tuang ke dalam gelas dan tambah ais secukupnya.

Info chef: Boleh tambah sedikit pewarna makanan untuk warna lebih cantik.
Saiz hidangan : 2-3 orang
Waktu memasak: 15 minit
Jenis hidangan : Minuman
Keistimewaan : Rasa anggur yang sedap

2. JUS LOBAK MERAH, EPAL DAN GUAVA

BAHAN-BAHAN:

  • 1 botol kecil jus epal (twister)
  • 1 batang lobak merah saiz besar | kupas kulit
  • 1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
  • 1/4 sudu teh halia | parut
  • 1 cawan susu segar
  • 1 sudu teh madu

CARA MEMASAK:
1. Kisar kesemua bahan dan masukkan ketulan ais. Hidangkan.

Info chef: Cukup mudah dibuat.

Saiz hidangan : 2-3 orang
Waktu memasak: 15 minit
Jenis hidangan : Minuman
Keistimewaan : Ada aroma serbuk kulit kayu manis

3.BLUEBERRY MUFFIN SMOOTHIE

BAHAN-BAHAN:

  • ½ biji pisang | bekukan
  • ½ cawan blueberi | bekukan
  • ¼ sudu teh parutan lemon
  • ¼ cawan oats
  • ½ cawan susu segar
  • 2 sudu makan yogurt
  • ½ cawan kiub ais

HIASAN:

  • Kepingan oat secukupnya
  • Bunga gum paste

CARA MEMASAK:
1. Campurkan kesemua bahan dan kisar.
2. Kemudian tuang ke dalam gelas.
3. Hias dengan kepingan oat dan bunga gum paste di atasnya. Sedia diminum.

Info chef: Minuman yang menyihatkan.
Saiz hidangan : 2-3 orang
Waktu memasak: 15 minit
Jenis hidangan : Minuman
Keistimewaan : Terasa tekstur oat ketika minum

4. HONEYDEW MILKSHAKE

BAHAN-BAHAN:

  • ½ cawan yogurt
  • ½ biji tembikai susu
  • 4 sudu makan susu pekat
  • Ais secukupnya

HIASAN:

  • Hirisan tembikai susu
  • Manik warna hijau

CARA MEMASAK:
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam pengisar kecuali ais.
2. Kemudian tuang ke dalam gelas dan masukkan kiub ais.


3. Hias dengan hirisan tembikai susu dan manic hijau untuk lebih menarik.

Info chef: Tembikai susu boleh dipotong kiub jika suka.
Saiz hidangan : 2-3 orang
Waktu memasak: 15 minit
Jenis hidangan : Minuman
Keistimewaan : Rasa tembikai susu yang lemak manis

5. SPINACH AND STRAWBERRY SMOOTHIE

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan baby spinach
  • 1 biji pisang
  • 1 biji buah oren
  • 5 biji strawberi
  • 1 cawan air
  • Kiub ais secukupnya

HIASAN:

  • Buah strawberi secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Campurkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar hingga halus.
2. Tuang ke dalam gelas. Hias dengan buah strawberi.
3. Sedia dinikmati.

Info chef: Minuman yang kaya khasiat.
Saiz hidangan : 2-3 orang
Waktu memasak: 15 minit
Jenis hidangan : Minuman
Keistimewaan : Rasa tembikai susu yang lemak manis dan masam strawberi

6. AIR JUS NANGKA 

BAHAN-BAHAN:

  • 10 biji nangka madu
  • 1 cawan air
  • 3 skop ais krim vanila
  • 2 sudu makan madu
  • Kiub ais secukupnya

HIASAN:

  • Hirisan nangka secukupnya
  • Ais krim vanila secukupnya
  • Manik warna warni secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Masukkan kesemua bahan di dalam pengisar. Kisar hingga halus.
2. Tuang ke dalam gelas dan masukkan ais secukupnya.
3. Skop ais krim vanila di atasnya dan hias dengan hirisan nangka dan manik warna warni untuk lebih menarik.

Info chef: Rasa nangka sangat sedap bila dicampur dengan ais krim vanila.

7. GREEN APPLE AND PEAR SMOOTHIE

BAHAN-BAHAN:

  • 2 biji buah pear | potong dadu (bekukan selama tiga jam)
  • 2 biji epal hijau | potong dadu (bekukan selama tiga jam)
  • 150ml yogurt asli
  • 100ml susu segar
  • 2 sudu makan gula

CARA MEMASAK:
1. Satukan dan masukkan kesemua bahan ke dalam pengisar dan kisar hingga halus dan sebati.
2. Tuang ke dalam gelas dan sedia dinikmati.

Info chef: Minuman ini juga enak disejukkan dahulu sebelum diminum.
Saiz hidangan : 2-3 orang
Waktu memasak: 15 minit
Jenis hidangan : Minuman
Keistimewaan : Rasa masam epal yang bangkit selera

RESIPI: TERIMA KASIH ZETY HOT OVEN, SERI KEMBANGAN SELANGOR

Published by
Faridah Talib