Bihun goreng memang nampak senang je nak masak. Tetapi benda yang senang ni la yang kita selalu ‘fail’ nak masak. Ada je bihun keras la, bihun lembik macam bubur lah. Tawar lah. Memang macam-macam. Jom lihat panduan basic untuk memasak bihun agar elok sempurna.
1. Kenali ‘Perangai’ Bihun.
Bihun ni nampak je sama tetapi ‘perangai’nya berbeza-beza. Mana tak nya, ada yang masa masak, kena lebihkan air, ada yang kena kurangkan air. Macam-macam. Oleh itu, jika nak masak hidangan bihun ni sebaiknya gunalah jenama yang anda biasa masak. Ini kerana kita dah tahu jumlah air yang diperlukan, berapa lama kena rendam dan sebagainya. Barulah bila masak, elok je rupa bihun goreng anda.
Ads
2. Rendam Dengan Air Biasa.
Ramai yang keliru, nak rendam bihun ni guna air panas ke air biasa? Maklumlah, nampak keras kejung je kan? Sebaiknya, guna sahaja air paip biasa tu. Jika nak cepat masak, boleh lebihkan air semasa menggoreng. Jika anda merendamnya menggunakan air panas, dikhuatiri bihun anda akan terlebih lembik seterusnya menyukarkan proses menggoreng. Bihun yang direndam dengan air panas ni lebih sesuai digunakan untuk masakan berkuah seperti bihun sup, soto, kari dan sebagainya.
3. Jangan Banjirkan Kuali. Setelah rencah ditumis, kita akan masukkan air. Masa proses ni, sebaiknya jangan masukkan air dalam kuantiti yang banyak sekaligus. Untuk satu paket bihun, sebaiknya masukkan dahulu dalam dua gelas air dan setelah mendidih, masukkan bihun. Jika setelah digaul, bihun anda masih keras, barulah tambahkan air. Ia adalah cara selamat untuk memastikan bihun goreng anda tak jadi bubur.
Selain itu, jika sebelum goreng kondisi bihun anda memang sudah lembut dan lembik, sebaiknya jangan masukkan air. Gaul sahaja bersama bahan tumisan dan tambah air jika perlu sahaja.
4. Gaul Dengan Lemah Lembut. Bihun sifatnya lembut. Oleh tu, janganlah terlalu ganas masa menggaul. Lakukan dengan lemah lembut. Jika tidak, akhirnya nanti pasti bihun anda akan menjadi terlalu hancur. Tak sedap uols!
Ads
5. Tambah Garam, Gula. Jangan Biar Tawar .
Waktu yang sesuai untuk menambah perasa seperti gula dan garam ke dalam bihun adalah selepas masukkan bihun dan airnya masih ada. Namun, jika air telah kering tetapi bihun anda masih lagi kurang rasa, usah risau. Ada caranya. Ambil garam dan gula dalam kuantiti yang secukupnya ke dalam mangkuk, tambah sedikit air dan kacau hingga larut. Kemudian, tuang ke atas bihun goreng dan gaul sehingga rata. Cara lain, anda juga boleh tambahkan kicap atau sos ikan. Ikut citarasa masing-masing.
Ads
6. Api Jangan Over
Bihun ni berkanji. Jadi, semasa menggoreng elakkan guna api yang terlalu besar lebih-lebih lagi setelah air bihun kering. Guna api sederhana sahaja bagi mengelakkan bihun goreng anda hangus. Kurang sedaplah nanti rasanya. Kuali pun jadi berkerak. Penat tu nak sental.
7. Guna Sudip Bersesuaian Ha..jangan tak tahu. Sudip masak pun mempengaruhi rupa paras bihun goreng tau. Jika masa memasak tu, gunalah sudip yang mempunyai bentuk empat segi yang memang sesuai digunakan untuk masakan kacau goreng. Jangan pula anda guna sudip berbentuk bulat yang biasa guna untuk goreng cekodok tu. Tak sesuai tau! Nak ceduk pun payah.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Wahhh..Sedapnya nampak madu dalam sarang tu! Macam manis-manis kenyal. Ada yang pernah cuba makan madu dari sarang tu tak? Hari ni nak share sedikit info mengenai makanan sunah ni.
Madu, sejak dulu memang dikenali sebagai makanan yang berkhasiat bagi kesihatan. Madu yang dihasilkan oleh lebah boleh dimakan begitu sahaja atau dicampurkan dengan bahan makanan lain. Bahkan ia boleh diolah dan dijadikan minuman. Misalnya dengan mencampurkan madu dengan air suam. Beberapa penelitian menunjukkan bahawa campuran madu dan air suam memiliki banyak manfaat bagi kesihatan tubuh.
KHASIAT MADU LEBAH ASLI
1. SUMBER ANTIOKSIDAN
Terdapat kajian yang menyatakan bahawa dengan memakan suplemen kalsium bersama madu, dapat membantu meningkatkan penyerapan kalsium oleh tubuh. Madu juga dikatakan sumebr antioksidan yang baik dan membantu untuk kekal awet muda.
2. MENGATASI BATUK
Madu memiliki efek penyembuhan akibat infeksi. Campuran madu dengan air suam juga dikatakan membantu membawa keluar kahak yang terkumpul di dalam kerongkong sekaligus memberikan kelegaan bila anda dijangkiti batuk.
3. BANTU TURUNKAN BERAT BADAN
Kombinasi madu dan air suam boleh membantu membakar lemak. Oleh itu, disarankan untuk minum segelas air suam yang dicampurkan dengan madu pada setiap pagi agar menurunkan timbunan lemak berlebihan dalam tubuh.
4. MENINGKATKAN ENERGI TUBUH
Madu memberikan tenaga kepada tubuh tetapi ia tidak membuatkan anda gemuk. Oleh itu tiada masalah kalau mengambil meadu dalam diet harian setiap hari.
5. KESIHATAN KULIT
Madu memiliki banyak sifat antibakteria dan antikulat. Dengan meminum madu, ia dikatakan dapat membantu menyembuhkan jerawat dan mencegah jerawat. Selain itu, meminum campuran madu dan air suam juga boleh membantu mendapatkan kulit yang cerah dan sempurna.
6. MENINGKATKAN SISTEM KEKEBALAN TUBUH
Salah satu manfaat kesihatan madu ialah meningkatkan kekebalan terhadap batuk dan kesejukan. Minuman ini membantu membersihkan sistem pencernaan dan meningkatkan kekuatan tubuh untuk melawan penyakit.
7. MENINGKATKAN METABOLISME TUBUH
Madu dan air hangat merupakan penguat untuk sistem metabolisma. Makanan anda akan dicerna dan diserap dengan cepat jika anda meminum minuman sihat ini. Hasilnya, anda memiliki selera makan yang baik dan juga menurunkan berat badan.
8. MENCEGAH DEHIDRASI
Campuran air suam dan madu boleh membantu untuk menambah cairan dalam tubuh. Jadi, anda akan terhindar daripada mengalami dehidrasi dan kekal bertenaga sepanjang hari.
RASA isu februari tampil dengan pelbagai kisah menarik untuk pencinta dunia kulinari dan masakan. Kisah seorang lagi Chef tersohor yang cukup dikenali di dalam dan luar negara dalam ruangan Chef Selebriti. Namanya Chef Mohd Azizan Shukri. Sering diundang menjadi pertandingan masakan.
Dirinya juga bukan calang-calang pencapaiannya. Ni antara sebab mengapa beliau cekap dan layak jadi Pengadil Pertandingan Masakan :
1. Tegasnya kualiti sajian bukan sekadar sedap , persembahan dan penggayaan hidangan ‘food styling and presentation’ penting untuk memikat selera mata memandang.
2. Prinsip masakannya ialah kualiti makanan perlu dijaga, rupa kena cantik, pandai bermain warna, persembahan kena menarik kena ada sentuhan pada hidangan kalau nak markah lebih mantap.
3. Ramuan wajib segar, barulah capai standard kesedapan.
4. Lebih 30 tahun pengalaman dalam bidang kulinari bekerja di hotel dan restoran ‘fine dining’ dan hotel bertaraf lima bintang terkemuka.
5. Pernah bertugas di The Grand Hotel Malahide, Dublin , Ireland sebagai Sous Chef di sana.
6. Pernah menyediakan sajian untuk mantan Presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton dan kumpulan band boy Westlife yang terkenal.
7. Pakar masakan sajian Eropah moden terutamanya Itali dan Perancis
8. Pernah bertugas di Sukan Olimpik Musim Sejuk di Pyeongchang, Korea Selatan untuk kontijen Jerman (tajaan Adidas)
9. Pernah memenangi tempat Pertama di 2nd Inter-Chef Competition 1994 dan Award Excellence Penang Asia 1995.
10. Di peringkat antarabangsa pernah menerima anugerah The Best Chef Ambassador 2016, Chef & Maitre Nel Mondo,Italy serta Guild of Chefs, Republik Bulgaria.
Nah ,ni resipi ekslusif dari Chef Mohd Azizan untuk follower RASA. Cubalah nanti…
COD FISH WITH HONEY HOLLANDAISE
BAHAN-BAHAN :
160gm ikan kod
10gm paprika Hungary
10gm cajun
Garam secukup rasa
Lada hitam secukup rasa
Bahan honey sauce hollandaise :
1 biji kuning telur
1 sudu makan cuka epal
1 sudu teh madu
50gm mentega
1 biji lemon | diambil jus
CARA MEMASAKNYA : 1. Perapkan ikan kod dengan cajun, paprika, gula dan lada hitam. 2. Panaskan oven dengan suhu 180 darjah Celcius. 3. Bakar ikan dalam masa 15 minit. Keluar dan ketepikan. 4. Untuk membuat sos hollandaise, mula cairkan mentega di dalam kuali yang dinyalakan api perlahan, masukkan kuning telur dan jus lemon. Kacau dengan ‘whisk’. 5. Kemudian masukkan cuka epal dan madu. Pastikan api sentiasa perlahan untuk mengelakkan telur berketul ,kacau sehingga pekat dan tutup api. 6. Tuangkan di atas ikan kod yang dibakar tadi.
Nak resipi lagi, dan kisah lebih lanjut mengenai Chef Mohd Azizan bolehlah dapatkan majalah RASA isu Februari ni…Dah ada kat pasaran.
Mesti semua penah makan nasi kat hotelkan, mesti pelik kenapa nasi hotel berderai, tapi rasa macam lemak-lemak, moist macam campur beras pulut jer. Jom belajar dengan Chef Adzha.
Haa nie chef nak share dengan korang semua cara hotel atau restoran masak nasi, sebenarnya cara nie diambil daripada cara penyediaan nasi jepun tuh, kan orang jepun makan nasi pown dengan chopstick, nak bagi nasi tergumpal dan melekat tapi tak lembik nielah salah satu kaedah dorang guna.
Kali ni Chef guna periuk kat rumah jer dan beras Cap Masjid saja. Takut nanti hangpa kata Chef guna equipment lain yang tak der kat umah pulak.
Caranya sangat mudah korang follow jer step dalam video nieh. Sure hasilnya nasi gebu berderai comel sedap lemak yummmyyyy.
Bahan-bahan:
Beras & Air
Cuka makan
Minyak masak
Garam
Kalau nasi tengahari tak habis pon nak masak untuk nasi goreng malam pon boleh jer sebab nasi dia akan berderai lepas disejukkan.