Alang-alang satu keluarga ada di rumah dan sibuk seharian bekerja, ibu-ibu tetap akan meluangkan masa untuk memasak sajian kegemaran yang sihat buat suami dan anak-anak tersayang.
Pasti ada anak-anak yang bertanya, mak boleh ke masak sajian berbeza, tapi masih rasa sedap macam sajian di restoran? Jangan risau. Memang boleh… Inilah rahsianya.
Masakan terutamanya sajian sayuran akan jadi lebih lazat, mudah dan cepat dengan adanya Rasa Sifu™, penambah rasa semua dalam satu dengan bahan perasa lengkap “all in one”, kemanisan tiram dan aroma sedap yang menjadikan masakan anda bertambah lazat!
Nak tahu caranya? Rasa Sifu™ kongsikan 7 resipi sayur yang mudah dan boleh dimasak sepanjang minggu. Tak perlu pening lagi fikir menu. Semua resipi ini pastinya memikat selera.
Semasa memasak, jom sertai Rasa Sifu™ Peraduan Masak & Kongsi dan rebut peluang memenangi hadiah wang tunai bernilai RM500 serta pelbagai hadiah menarik lain setiap minggu bermula 15 Julai hingga 5 September 2021. Wow…Inilah peluang anda untuk masak sedap setiap hari sambil menang hadiah!
HARI ISNIN
OMELETTE LIPAT
Cadangan Hidangan: 4-5 orang
BAHAN-BAHAN A:
BAHAN-BAHAN B: DIKACAU SEBATI
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, tumiskan bawang Holland dan bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan lobak merah, kacau sehingga separuh masak.
3. Masukkan bayam, kacau sehingga bayam lembut.
4. Perasakan dengan Rasa Sifu™ dan ketepikan.
5. Masukkan bancuhan telur, goreng sehingga sedua-dua belah telur masak.
6. Letakkan sayuran tumis tadi di atas telur dan bungkus mengikut lipatan kesukaan anda.
7. Ulang langkah-langkah di atas sehingga bancuhan telur habis.
8. Sedia untuk dihidang.
HARI SELASA
CENDAWAN TUMIS DAUN SUP
Cadangan Hidangan: 4-5 orang
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak, tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga keemasan.
2. Masukkan lobak merah, kacau sehingga separuh masak.
3. Masukkan air dan kacau sebentar.
4. Masukkan cendawan tiram dan kacau sehingga lembut.
5. Perasakan dengan Rasa Sifu™. Kacau goreng sehingga sebati.
6. Masukkan daun sup dan kacau seketika sebelum tutup api.
7. Sedia untuk dihidang.
HARI RABU
BENDI TUMIS CILI
Cadangan Hidangan: 4-5 orang
BAHAN-BAHAN:
BAHAN-BAHAN A: DITUMBUK
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak, tumis bahan-bahan (A) sehingga naik bau.
2. Masukkan bendi dan air. Kacau sebati.
3. Perasakan dengan Rasa Sifu™ dan kacau sekata.
4. Sedia untuk dihidang.
HARI KHAMIS
TAUHU & KACANG PANJANG TUMIS TELUR
Cadangan Hidangan: 4-5 orang
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak, goreng tauhu sehingga garing. Ketepikan.
2. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bawang merah, bawang putih dan cili merah sehingga wangi.
3. Masukkan kacang panjang dan kacau sebati.
4. Masukkan air dan kacau seketika.
5. Perasakan dengan Rasa Sifu™.
6. Masukkan telur dan kacau goreng sehingga telur masak.
7. Masukkan tauhu goreng dan kacau sebati.
HARI JUMAAT
SAYUR CAMPUR SAMBAL
Cadangan Hidangan: 4-5 orang
BAHAN-BAHAN A: DIKISAR
BAHAN-BAHAN B:
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak, tumiskan bahan-bahan (A) sehingga pecah minyak.
2. Perasakan dengan Rasa Sifu™, kacau rata.
3. Masukkan terung dan kacang panjang, kacau rata sehingga separuh masak.
4. Masukkan kacang botor dan petai. Kacau rata sebentar.
5. Masukkan cili merah dan bawang besar, kacau sehingga sedikit layu.
6. Sedia untuk dihidang.
HARI SABTU
SAYUR KUBIS GORENG
Cadangan Hidangan: 4-5 orang
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak, tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga wangi.
2. Masukkan kubis, lobak merah dan kacang buncis. Kacau goreng sehingga masak.
3. Masukkan air dan perasakan dengan Rasa Sifu™. Kacau sebati.
4. Taburkan cili merah, kacau rata dan sedia untuk dihidang.
HARI AHAD
SAYUR CAMPUR “RASA SIFU”
Cadangan Hidangan: 4-5 orang
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak, tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan udang dan kacau goreng seketika.
3. Masukkan lobak merah dan jagung muda. Kacau goreng sehingga separuh masak.
4. Masukkan kubis bunga, brokoli dan air. Kacau goreng sebentar.
5. Perasakan dengan Rasa Sifu™ dan kacau rata.
6. Sedia untuk dihidang.
Dapatkan maklumat peraduan dan resipi-resipi disini: https://www.ajinomoto.com.my/promotion/rasa-sifu-masak-menang