Musim panas ni kalau dapat makan tembikai manis memang paling heaven lah. Tapi bila beli hampa sebab tak manis dan kurang berjus. 7 tip ini mudah ni untuk anda kenal pasti buah tembikai terbaik untuk anda beli. Boleh lah buat jus atau makan begitu sahaja, hilang sedikit rasa panas membahang di musim El Nino ini.
Datang dalam pelbagai saiz mesti susah kalau nak pilih yang mana yang manis kan. Sebenarnya semua bentuk tembikai itu boleh menjadi pilihan yang terbaik untuk anda.
Perkara paling penting adalah pastikan buah yang dipilih itu mempunyai bentuk yang sana dan juga simetri.
Elakkan buah yang mempunyai benjolan, kemek atau terkopek. Kecacatan pada buah tembikai mungkin menunjukkan buah tersebut menerima jumlah air yang tidak konsisten atau tidak dibiakkan dengan betul.
Selain itu, tanda calar atau terkopek pada buah pula menandakan kewujudan serangga atau kulat.
Lihat pada bahagian bawah buah tembikai yang akan anda beli. Tompok kecil berwarna kecoklatan atau kekuningan itu boleh menentukan kemanisan buah tembikai.
Tompok berwarna kekuningan dan bersaiz besar menandakan bahawa buah tersebut mengambil masa yang lebih lama untuk dituai dan rasanya lebih manis.
Manakala buah dengan tompoka berwarna keputihan menandakan ia mungkin telah dituai lebih awal daripada tempoh matang. Rasanya juga lebih tawar.
Nak tahu buah tembikai itu masak dengan betul dan manis, berat buah juga memainkan peranan. Buah yang masak dan manis akan terasa lebih berat sesuai dengan saiznya. Itu bermakna buah tersebut masih tinggi dengan kandungan air atau jus.
Buah yang terasa ringan mungkin kurang berkualiti kerana sudah kehilangan sejumlah besar kandungan airnya.
Buah tembikai yang matang dengan elok mempunyai kulit yang tebal dan kuat. Ia tidak terasa lembik apabila dipicit dan juga tidak mudah pecah. Jika kulit tembikai mudah menjadi lembik apabila ditekan, ia bermakna buah tersebut sudah terlebih matang.
Bunyi yang dihasilkan apabila menepuk buah tembikai dengan tangan juga antara tip untuk memilih buah tembikai yang baik dan manis. Buah tembikai yang masak dengan elok mempunyai bunyi yang lebih mendalam apabila ditepuk.
Jika tembikai mengeluarkan bunyi yang agak nyaring atau mendatar, bermakna buah tersebut sudah terlebih masak atau kurang kandungan air di dalamnya.
Jika tangkai berwarna hijau, ia bermakna buah tembikai tersebut telah dituai lebih awal daripada tempoh matang yang sepatutnya dan biasanya lebih muda dan tidak masak. Tetapi jika tangkai buah telah kering, ia bermaksud buah tersebut telah masak sepenuhnya.
Tompok coklat pada bahagian bawah tembikai adalah tempat dimana gula buah tersebut meresap keluar ke permukaan kulit. Ini menandakan bahawa buah tersebut mempunyai isi yang lebih manis.
Selain itu, lihat juga kepada bintik-bintik coklat dalam bentuk garisan (bukan calar) yang menandakan bahawa ia adalah titik pendebungaan. Semakin banyak bintik tersebut, maka semakin manislah isinya.
Kredit: Hello Doktor
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official