Tak dinafikan setiap negeri ada keistimewaan masakan popular tersendiri. Bagi negeri Kelantan, gulai adalah juadah istimewa yang ada dalam senarai menu makanan di sana.
Bagi orang Kelantan, gulai dan kari adalah dua menu yang berbeza. Untuk dapatkan hasil gulai yang cantik, ada pelbagai tips dan petua yang diamalkan orang dulu-dulu.
Menerusi perkongsian daripada cikgu Afy AL Habibi, dia menggunakan ilmu masakan yang ada dan juga diwarisi daripada ibunya.
Menyimpan hasrat agar resipi ini terus terpelihara dan dapat dipanjangkan kepada generasi akan datang, cikgu Afy berkongsi 7 tips awal untuk menggulai ayam. Kena ikut betul-betul untuk hasil akhir gulai ayam yang menjadi luar biasa kesedapannya.
TIPS PERTAMA
Sediakan bahan kisar seperti dalam gambar. Resipi untuk 2 ekor ayam:
8 biji bawang merah saiz bola ping pong – beli online di sini
2 ulas bawang putih – beli online di sini
1/2 inci halia – beli online di sini
3 hiris nipis serai – beli online di sini
1 hiris nipis lengkuas – beli online di sini
Tambahan gabungan: 1 sudu teh jintan manis dan ketumbar boleh menjadikan rasa gulai lain dari yang lain.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
TIPS KEDUA
Panaskan minyak secukupnya. Tumis terlebih dahulu 4 sekawan. Lagi satu boleh tambah bunga daun kaduk.
TIPS KETIGA
Pastikan bahan yang dikisar ditumis sehingga naik bau. Barulah cikgu masukkan 1/2 sudu besar cili kisar sendiri.
TIPS KEEMPAT
Tips paling penting; untuk mendapatkan rasa gulai kari Kelantan, gunakan serbuk rempah kari timbang dari sana. Masukkan 7 sudu besar. Tumis dalam api paling perlahan.
TIPS KELIMA
Masa ni kena tumis betul-betul. Barulah rempah wangi dan tahan lama. Biarkan rempah garing sehingga terbit sedikit minyak. Guna api paling perlahan ya.
TIPS KEENAM
Selepas rempah garing, masukkan 2 ½ cawan air. Kemudian perasakan dengan nise kampung. Kebanyakan penjual nasi atau orang Kelantan rata-ratanya akan masukkan nise sebagai tambahan pemanis dan penyedap rasa. Masukkan pula 1 ½ sudu besar garam bukit sebagai perasa peringkat pertama.
[KLIK DI SINI SERTAI PERADUAN MAGGI RASA]
TIPS KETUJUH
Renehkan pes seperti dalam gambar selepas ditambahkan air asam jawa sebanyak 1 gelas besar. (1 gelas air + 1 sudu teh asam jawa). Jika betul tumisannya, pes gulai ayam menjadi wangi semerbak dan lambat basi gulainya.
RESIPI GULAI AYAM KELATE SPECIAL
(untuk kuantiti 6-7 ketul ayam)
BAHAN KISAR:
2 biji bawang merah saiz bola pingpong
1 ulas bawang putih saiz kecil
3 hiris nipis serai
1/2 hiris nipis lengkuas
TONTON Dapur Rasa Live: Daging Kerutuk
TONTON Dapur Rasa Live: Nasi Dagang Kelantan & Gulai Udang Diraja
CAMPURAN REMPAH GULAI:
2 sudu besar rempah kari
1/2 sudu besar rempah kerutuk – beli online di sini
1/3 sudu kecil kecil serbuk cili – beli online di sini
BAHAN-BAHAN:
½ sudu besar cili kisar
1 cawan air
1/2 relung kecil nise – beli online di sini
1/2 sudu besar garam – beli online di sini
Sedikit perasa
2 senduk santan – beli online di sini
CARA-CARA:
1. Panaskan sedikit minyak. Masukkan 4 sekawan. Kemudian tuang bahan kisar tadi.
2. Selepas tumisan bawang naik bau, masukkan 1/2 sudu besar cili kisar.
3. Sediakan campuran rempah gulai yang menjadi rahsia gulai ayam lebih sedap. Masukkan ke dalam periuk. Gunakan api perlahan. Kacau sehingga terbit sedikit minyak.
4. Barulah masukkan 1 cawan air. Kemudian, masukkan perasa peringkat pertama (nise, garam, perasa). Kacau rata. Tutup seketika periuk. Biarkan pes pecah minyak begini kira-kira 3-5 minit dalam api perlahan.
5. Susun ayam yang telah dikelar dan balik-balikkan bersama pes tadi. Tutup periuk dan biarkan ia mereneh dalam api perlahan. Air akan keluar dari proses kecutan ayam. Proses ini disebut ‘palo awah’ dalam bahasa Kelantan.
6. Disebabkan saya masukkan sekali kaki ayam, maka proses mereneh jadi lama. Air akan mengering sebelum kaki ayam empuk. Maka tambahan secawan air ditambah untuk memastikan kaki ayam empuk dengan baik.
7. Boleh tengok isi pada kaki ayam sedikit lekang. Barulah boleh tambah santan. Masukkan sedikit air untuk menghasilkan kepekatan kuah yang cantik.
8. Jangan lupa masukkan sedikit kerisik untuk menambahkan lagi kesedapan gulai. Perasakan buat kali kedua; garam, gula yang disesuaikan kuantiti mengikut citarasa sendiri.
9. Biar kuah masak sehingga mendidih beberapa kali dalam api perlahan sebelum ditutup apinya. Siap.
10. Nanti makanlah nasi bungkus buat macam ni. Ada sayur taugeh, sambal lada jantan, daging goreng sekali. Perghhh. Sedapnya memang sampai ke bulan. Selamat mencuba.
Kredit petua & resipi: Afy AL Habibi
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: