Musim PKP ini fikirkan menu yang mudah dan mengenyangkan. Terfikir pula untuk menu malam ni nak buat soto ayam. Cara membuatnya tak susah mana. Pasti menghirup kuah nanti.
Soto Ayam Bahan-bahan:
1/4 ayam.
1 biji bawang besar
1 inci halia
3 ulas bawang putih
1 batang serai ( kalau yang gemuk)
lengkuas sebesar ibu jari
sedikit kunyit (jangan banyak sangat takut payah rasa)/ kunyit serbuk
1/2 sudu kecil lada putih
4 sekawan
2-3 keping daun limau purut
Cara memasak:
1.Bahan-bahan tadi kisar kecuali 4 sekawan.
2.Tumis 4 sekawan dan bahan-bahan kisar hingga wangi.
3.Letak sedikit lada putih.
4.Bila dah wangi bahan-bahan tadi, masuk kan air dan ayam.Masak hingga ayam empuk.
5.Bila dah tutup api,masukkan daun limau purut.
Begedil
IKLAN
Bahan-bahan:
5 biji kentang
daun sup
daun bawang
lada putih
garam secukup rasa
Cara memasak:
1.Kentang potong bulat-bulat jangan tipis sangat
2.Goreng jangan garing sangat.
3.Lepas tu, tumbok hingga lembut.
4.Masukkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang, garam dan lada putih.
Kalau nak pakai daging cincang, goreng dulu tanpa minyak. Kemudian goreng celup telur.
IKLAN
Sambal kicap:
Bahan-bahan:
cili padi
bawang putih
kicap
gula dan garam secukupnya
Cara membuat:
1.Tumbuk lumat cili dan bawang putih
2.Tambah sedikit gula dan garam.
3.Kemudian masuk kicap.
Di musim cuti perayaan ni, pasti kaum ibu tercari-cari menu yang menjadi kegemaran anak-anak. Salah satu yang boleh dicuba ialah resipi Kepak Ayam Bakar Madu ni. Ia hanya menggunakan 5 bahan malah masak pun guna kuali je! Sangat mudah dan pasti menjadi rebutan anak-anak. Pasti anda suka dengan resipi perkongsian saudari Nana Sabrina Sarsan ni. Selamat mencuba!
KEPAK AYAM MADU
3 biji bawang putih
1 sudu makan madu
2 sudu makan kicap manis pedas
1 sudu makan sos tiram
3 sudu makan minyak.
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau dan keperangan.
2. Masukkan ayam dan masak sehingga bertukar warna jadi keperangan. Untuk lebih mudah, boleh guna kuali non stick.
3. Masukkan kicap, sos tiram dan madu. Gaul rata dan masak sehingga kering dan likat. Guna api sederhana panas sahaja.
4. Setelah ayam kelihatan bersalut sempurna dan sedikit garing, angkat. Siap untuk dihidangkan.
INFO CHEF:
Kalau tidak ada kicap pedas, boleh gunakan kicap manis. Kemudian tambah cili padi hiris, letak ikut citarasa anda.
Guna kicap manis biasa sahaja jika anak-anak tidak makan pedas .
Sukar nak memikir menu kegemaran anak-anak? Buat menu sup pasti anak-anak menyukainya. Cuba buat Chicken balls homemade ikut resipi Faizol Fawzy . Boleh buat meal prep atau bekal anak ke sekolah. Selain itu letak dalam miso sup pun sedap. Selamat mencuba.
CHICKEN BALLS
Bahan-bahan:
500gm dada ayam
1 biji telur
½ batang lobak merah sagat
2 biji bawang merah kecil
2-3 ulas bawang putih
1 tangkai daun sup
1 sudu kecil lada sulah
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil garam/perasa – ikut rasa
Cara membuat:
1.Blend semua dalam mesin chopper sampai lumat.
2.Panaskan air mendidih.
3.Bulatkan dan rebus.Bila timbul bebola tersebut tu kira masaklah.
Selamat tahun baru, kalau anda ingin mulakan tahun baru dengangaya hidup lebih sihat dan bertenaga. Apa kata korang cuba dengan menyediakan menu mudah yang lebih sihat untuk makan tengahari atau malam. Tapi tak tahu macam mana nak masak? Jangan bimbang, RASA kongsikan tiga masakan yang gerenti sedap, sihat dan paling penting menunya ringkas dan mudah disediakan.
AYAM POP
BAHAN-BAHAN:
½ ekor ayam sederhana besar
2 cm halia
1 batang serai
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji limau nipis
200 ml minyak masak
Garam secukupnya
Bahan perasa secukupnya
Minyak untuk menggoreng
BAHAN UNTUK SAMBAL:
1 biji tomato | buang biji dan hiris
3cm belacan
50ml air
7 biji cili merah
3 biji bawang merah
1 biji limau kasturi | ambil jusnya sahaja
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Basuhkan ayam bersama limau nipis sehingga hilang hanyir.
Bawang merah, bawang putih, halia dan serai dikisar.
Kemudian diperap bersama bahan yang dikisar selama 30 minit.
Setelah bahan perapan siap, panaskan sedikit minyak dan goreng ayam yang telah diperap.
Untuk menyediakan sambal; Goreng semua bahan sambal kecuali limau, garam dan gula.
Masukkan ke dalam pengisar bersama jus limau kasturi, garam dan gula secukupnya.
Kisar hingga lumat.
Akhir sekali hidangkan bersama ayam pop dan ulam-ulaman.
BENDI KUKUS SAMBAL BELACAN
BAHAN-BAHAN:
10 batang kacang bendi
Sedikit garam
Air
BAHAN SAMBAL:
10 -15 cili padi
5 batang cili merah
10 cm belacan bakar
2 – 4 biji limau kasturi
2 biji bawang merah
2 biji bawang putih
100ml air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Kacang bendi dan garam dikukus selama 3 minit dan direndam ke dalam ais sejuk. Tos dan Ketepikan.
Untuk menyediakan sambal belacan: Cili padi, cili merah, bawang merah, bawang putih dan belacan bakar digoreng dengan minyak yang sedikit sahaja.
Kemudian, ditumbuk bersama air perahan limau kasturi dan ditambah air asam jawa.
Akhir sekali, tambah dengan garam secukup rasa dan gula.
Hidangkan bersama kacang bendi yang sudah dikukus tadi.
KETAM KUKUS
BAHAN-BAHAN:
5 ekor ketam | bersihkan
500gm isi ayam
2 biji telur
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 sudu sos tomato
1 biji cili bengala merah
1 biji cili benggala hijau
Daun sup dan daun bawang secukupnya
Lada sulah secukupnya
Garam dan bahan perasa secukupnya
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Ketam direbus bersama air dan sedikit garam selama 10 minit. Kemudian, dipisahkan isi dan kulit cengkerang dicuci bersih. Ketepikan.
Bawang merah, bawang putih, daun sup, daun bawang, cili bengala merah dan hijau dicincang halus.
Seterusnya, semua bahan yang dicincang halus digaul bersama isi ketam dan ayam. Kemudian ditambah dengan telur dan digaul kesemuanya sebati.
Letak bahan yang telah digaul ke dalam kulit cengkerang kemudian dikukus selama 10 – 15 minit.