Sekarang musim orang kahwin, macam-macam jenis doorgift  termasuklah makanan yang disediakan sebagai doorgift.  Jika anda masih tercari-cari apa apa yang ingin dijadikan hadiah sebagai buah tangan kepada tetamu yang hadir. Apa kata anda pilih kek, brownies dan cookoes  yang boleh disediakan sendiri  buah tangan tetamu,  pasti anda puashati dan lebih jimat. Kalau ingin mencuba, ini lapan idea doogift siap dengan resipi yang disediakan oleh Khairil  Anuar  Azman, pemilik Instagram Bakeril.

8 Idea Buat Kek & Cookies Mudah Sesuai Untuk Doorgift,  Korang Boleh Cuba Ni.

 BUTTERCAKE NUTTELA

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm mentega
  • 180gm gula kastor
  • 210gm tepung naik sendiri
  • 1/2sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh baking soda
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • Nuttela

BAHAN HIASAN:

  • Kotak plastik | untuk bekas
  • Cawan kertas saiz sederhana | untuk lapik kek
  •  RibEN | untuk hiasan

CARA MEMASAK:

  1. Ayakkan tepung bersama baking soda dan baking powder
  2. Masukkan mentega, gula kaster, esen vanilla dalam mesin putar. putar sehingga kembang dan fluffy.
  3. Masukkan telur satu persatu. pukul sehingga sebati.
  4. Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit. Pukul sehingga sebati dan rata.
  5. Masukkan dalam loyang kemudian lapiskan dengan nuttela dan tuang adunan sehingga habis.
  6. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 180 celsius selama 40-45 minit.
  7. Potong ikut saiz yang sesuai dan masukkan dalam bekas untuk doorgift. hiaskan.

8 Idea Buat Kek & Cookies Mudah Sesuai Untuk Doorgift,  Korang Boleh Cuba Ni.

ALMOND BROWNIES

BAHAN-BAHAN

  • 100gm tepung naik sendiri
  • 100gm badam hirisan badam | goreng sangai
  • 30gm serbuk koko
  • 400gm bar coklat
  • 150gm mentega
  • 180gm brown sugar
  • 4 biji telur saiz besar
  • 1 sudu teh esen vanilla

BAHAN HIASAN:

  • Bekas  plastik bertutup
  • Riben
  • Kertas Dolly saiz kecil

CARA MEMASAK:

  1. Cairkan coklat bar dan mentega kacau sebati.
  2. Seterusnya kacau telur bersama gula perang sehingga sebati bersama esen vanilla
  3. Dalam bekas lain campurkan adunan coklat tadi dan adunan telur kacau sebati.
  4. 4. Akhir sekali ayakkan tepung dan coklat dalam adunan di atas dan kacau semua.
  5. Tuang dalam loyang saiz 10×10 inci, bakar selama 30 minit dengan suhu 160 celsius.
  6. Selepas sejuk, potong ikut saiz yang sesuai dan sedia dihias untuk doorgift.

8 Idea Buat Kek & Cookies Mudah Sesuai Untuk Doorgift,  Korang Boleh Cuba Ni.

CONGO BAR

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm tepung gandum
  • 2 sudu teh serbuk penaik
  • 150gm mentega
  • 1 sudu teh garam
  • 300gm brown sugar
  • 3 biji telur ayam
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 2 cawan cip coklat
  • 1 cawan badam nib

BAHAN HIASAN:

  • Kotak lutsinar
  • Kertas dolly  saiz kecil
  • Riben

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan ketuhar dengan suhu 160 celsius
  2. Pukul mentega sehingga lembut dan cerah warnanya dengan mesin putar.
  3. Masukkan gula perang, telur dan esen vanilla selang dua tiga kali dan pukul sebati.
  4. Seterusnya masukkan tepung yang diayak bersama serbuk penaik kacau dengan spatula sehingga semua bahan sebati.
  5. Akhir sekali masukkan cip coklat dan badam nib, gaul rata.
  6. Setelah siap semua, masukkan dalam loyang 10×10 inci dan taburlah lebihan cip coklat dan badam nib di atasnya.
  7. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan tadi selama 30 minit dengan suhu 160 celsius.
  8. Sejukkan sebelum dipotong dan dijadikan doorgift.

8 Idea Buat Kek & Cookies Mudah Sesuai Untuk Doorgift,  Korang Boleh Cuba Ni.

MACROON

BAHAN-BAHAN:

  • 2 biji telur ayam | ambil putih telur sahaja
  • 60gm gula kastor
  • 140gm gula icing
  • 80gm badam serbuk
  • Pewarna  merah jambu
  • Jem Strawberri | untuk ganache

BAHAN HIASAN:

  • Tin cenderhati kecil bentuk bulat bertutup
  • Hiasan bunga riben
  • Guntingan kertas

CARA MEMASAK:

  1. Sediakan dulang pembakar, boleh lorekkan bulatan saiz syiling 50 sen lama (kat bakeri dah ada jual silikon utk macaroon ).
  2. Ayakkan badam serbuk dengan gula icing, ketepikan sekejap.
  3. Pukul putih telur menggunakan pemutar dengan kelajuan maksima dan masukkan gula kastor sedikit demi sedikit sehingga adunan kental dan ‘bertanduk’ dan nampak berkilat dan ringan.
  4. Cuba terbalikkan , jika tidak jatuh. sudah jadi.
  5. Masukkan 1/4 campuran serbuk badam dan gula icing tadi ke dalam putih telur. Sebatikan dengan spatula.
  6. Setelah rata masukkan baki serbuk badam tadi sedikit demi sedikit dan gaulkan sehingga adunan sempurna dan masukkan pewarna dan gaul rata.
  7. Masukan adunan ke dalam piping bag
  8. Ppicitkan di atas dulang pembakar tadi dan rehatkan seketika dalam 15 minit.
  9. Panaskan ketuhar terlebih dahulu, kemudian bakar dengan suhu 140 celsius selama 15 minit.
  10. Setelah masak biarkan sejuk seketika.
  11. Letakkan ganache dibahagian bawah macroon kemudian kepilkan dua macroon jadi satu.
  12. Macroon sedia untuk dijadikan doorgift.

8 Idea Buat Kek & Cookies Mudah Sesuai Untuk Doorgift,  Korang Boleh Cuba Ni.

BUBBLERICE CHOCOLATE IN JAR

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 600gm chocolate bar cadbury
  • 12 cawan bubble rice
  • 6  sudu minyak jagung
  • 3 sudu makan mentega

BAHAN HIASAN:

  • Botol kaca
  • Kertas hiasan
  • Tali hiasan
  • Tag  ‘Terima Kasih’

 CARA MEMASAK:

  1. Goreng tanpa minyak bubble rice beberapa minit. ketepikan dan sejukkan.
  2. Cairkan coklat bersama minyak dan mentega. guna kaedah double boil.
  3. Biarkan bahan ini agak sejuk.
  4. Masukkan bubble rice ke dalam jar sehingga hampir penuh.
  5. Kemudian curahkan adunan coklat tadi sehingga hampir menyelaputi bubble rice.
  6. Tutup jar dan sedia untuk hiasan.

8 Idea Buat Kek & Cookies Mudah Sesuai Untuk Doorgift,  Korang Boleh Cuba Ni.

RED VELVET COOKIES  IN JAR
BAHAN-BAHAN:

  • 200gm mentega
  • 30gm lemak sayur
  • 200gm gula kastor
  • 1 biji telur ayam
  • 300gm tepung rose
  • 30gm serbuk koko
  • 50gm tepung jagung
  • 1/2 sudu teh baking soda
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh cuka
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu teh pewarna merah
  • 150gm coklat cip putih

BAHAN HIASAN:

  • Botol plastik bertutup
  • Riben
  • Tag ‘Terima Kasih’

CARA MEMASAK:

  1. Ayak tepung, baking soda, serbuk koko, tepung jagung. Ketepikan
  2. Dalam satu bekas adunan, pukul mentega, gula kastor, lemak sayuran sehingga sebati dan kembang.
  3. Masukkan telur dan esen vanilla, pukul lagi.
  4. Seterusnya, masukkan cuka dan pewarna pukul sehingga semua sebati.
  5. Kemudian masukkan adunan tepung tadi dan gaul sebati sehingga mendapatkan warna red velvet.masukkan cip coklat putih.
  6. Gentelkan dengan tangan  atau guna sudu bentukan ikut cita rasa cookies yang diingini.
  7. Letakkan di atas dulang pembakar.
  8. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 150 celsius, selama 20 minit
  9. Setelah masak letak atas gril dan sejukkan. sedia masuk dalam bekasa untuk dijadikan door gift.

8 Idea Buat Kek & Cookies Mudah Sesuai Untuk Doorgift,  Korang Boleh Cuba Ni.

COOKIES SUJI KRISTAL

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm tepung gandum
  • 250gm badam serbuk
  • 300gm gula icing
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu teh soda bicarbonat
  • Gula caster
  • Minyak sapi
  • Esen vanila
  • Pewarna

BAHAN HIASAN:

  •  Kotak lut sinar berpenutup.
  • Riben
  • Cawan kertas

CARA MEMASAK:

  1. Cairkan minyak sapi. biarkan agak sejuk
  2. Dalam bekas lain satukan semua bahan di atas.
  3. Kemudian tuang minyak sapi secukupnya dan gaul semuanya membentuk doh dan letakkan pewarna.
  4. Bahagikan doh mengikut warna yang dikehendaki dan adun lah sehingga tidak melekat pada jari
  5. Rehatkan adunan seketika  kemudian gentel bulat-bulatkan.
  6. Letakkan di atas dulang bakar. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 140 celsius selama 20 minit.
  7. Setelah siap bakar. Tunggu sejuk, dan salutkan dengan gula kastor.
  8. Sedia untuk dimasuk dalam bekas doorgift yang diingini.

8 Idea Buat Kek & Cookies Mudah Sesuai Untuk Doorgift,  Korang Boleh Cuba Ni.

 KEKACANG DWI WARNA

BAHAN-BAHAN:

  • 2 kg kacang hijau
  • 2kg biji jagung salut tepung

BAHAN HIASAN:

IKLAN
  • Botol  kaca doorgift
  • Riben besar
  • Riben bunga
  • Tag Terima Kasih

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan kacang hijau di lapisan bawah.
  2. Kemudian lapiskan dengan jagung salut tepung di bahagian atas.
  3. Kemaskan penutup.
  4. Sedia dihias untuk doorgift.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

IKLAN

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI