8 Menu Masakan Kenduri Popular Di Kalangan Masyarakat Banjar, Sedap Ye.

Share

Kepelbagaian kaum memberikan keunikan pada budaya masyarakat Malaysia, ia termasukkan dalam penyediaan makanan dalam majlis-majlis keraian, termasuklah majlis perkahwinan. Antara menu menu wajib kebanyakan majlis kesyukuran dan kenduri kahwinnya adalah Ayam Masak Habang, Gulai Daging Banjar , Nasi Gaul dan banyak lagi yang sedap-sedap. Berikut RASA kingsikan lapan masakan yang sering dihidangkan di majlis rewanag dan kenduri masyarakat Banjar.



AYAM MASAK MERAH BANJAR
BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam | potong 14 dan cuci bersih
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 1/2 cawan kacang tanah | goreng sangai & buah kulit
  • 2 cm belacan
  • 2 botol besar sos cili
  • 2 botol besar sos tomato
  • 500ml santan kotak
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 6 sudu makan minyak masak | untuk menumis dan menggoreng

BAHAN KISAR:

  • 1 biji bawang besar
  • 2 labu bawang putih
  • 3 cm halia
  • 10 tangkai cili kering
  • 2 biji cili merah

BAHAN TUMIS:

  • 1 kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum cengkeh
  • 5 biji buah pelaga
  • 1/2 sud teh makan jintan manis
  • 1/2 sudu teh makan jintan putih

CARA MEMASAK:
1. Gaul ayam dengan garam halus dan serbuk kunyit.
2. Panaskan minyak dan goreng ayam separuh masak.
3. Menggunakan kuali besar lain, kemudian gunakan semula minyak menggoreng ayam tadi untuk tumis bahan rempah ratus hingga wangi.
4. Kemudian masukkan bahan kisar, terus kacau hingga pecah minyak.
5. Masukkan hirisan bawang besar bersama sos cili,tomato dan kacang tanah kisar.
6. Kacau rata, tambahkan ke dalamnya santan.
7. Setelah mendidih masukkan ayam.
8. Kecilkan api menjadi sederhana dan kacau hingga kuah pekat dan ayam empuk.
9. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
10. Sebelum angkat masukkan hirisan tomato dan cili merah dan hijau.
11. Akhir sekali tutup api dan Ayam Masak Merah sedia dihidangkan.


AYAM SIRSAU
BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam | potong kecil
  • 1 biji tomato | potong empat
  • 10 biji cili padi merah dan hijau | buang tangkai
  • 4 batang serai | titik
  • 1 kiub pati ayam
  • 2 sudu makan asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

BAHAN KISAR:

  • 8 tangkai cili kering | potong dan rebus kemudian tos
  • 8 biji cili padi hijau
  • 4cm kunyit hidup
  • 6 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • Sedikit belacan | jika suka

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam periuk atau kuali besar.
2. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
3. Kemudian masukkan serai diikuti kiub pati ayam dan ayam.
4. Setelah ayam kecut masukkan air asam jawa dan sedikit air.
5. Biarkan mereneh hingga ayam empuk.
6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
7. Sebelum angkat masukkan tomato, cili padi merah dan hijau.
8. Setelah cukup rasa dan kuah sedikit pekat. Tutup api.
9. Ayam Sirsau sedia dihidangkan.


GULAI DAGING BANJAR
BAHAN-BAHAN:

  • 1kg daging | hiris lebar dan nipis
  • 500ml santan kotak
  • 3 sudu makan kerisik
  • 3 biji tomato | potong dadu
  • 1/2 keping gula melaka
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR:

  • 8ulas bawang merah
  • 6 labu bawang putih
  • 3 sudu makan serbuk kari
  • 6 biji buah buah keras
  • 10 tangkai cili kering
  • BAHAN PENUMIS:
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 ulas buah pelaga

CARA MEMASAK:
1. Campurkan bahan kisar dalam daging bersama kerisik, biarkan sebati.
2. Perapkan sekurang-kurangnya 30 minit.
3. Masukkan dalam periuk besar, kacau rata dan renehkan hingga air daging keluar.
4. Masukkan bahan tumis diikuti santan.
5. Biarkan mereneh hingga daging empuk.
6. Perasakan dengan garam, gula melaka dan gula secukupnya,
7. Biarkan mereneh atas api kecil hingga kuah pekat.
8. Akhir sekali masukkan tomato, kacau rata seketika dan tutup api.


MASAK SANSANGAN DAGING
BAHAN-BAHAN:

  • 1kg daging batang pinang | hiris nipis
  • 250ml santan
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu makan pes cili
  • 15 biji kentang
  • 2 keping asam gelugor
  • 1 helai daun kunyit
  • 4 batang serai | titik
  • 2 sudu makan kerisik
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak secukupnya untuk menumis

BAHAN KISAR:

  • 6 ulas bawang merah
  • 1/2 labu bawang putih
  • 3cm halia
  • 3cm lengkuas
  • 4cm kunyit hidup
  • 10 biji cili padi

BAHAN GORENG SANGAI DAN KISAR:

  • 1 sudu makan ketumbar
  • 1/2 sudu makan jintan manis dan jintan putih
  • 1/2 sudu makan serbuk lada hitam

CARA MEMASAK:
1. Masukkan daging bersama bahan kisar, rempah yang disangai dan bahan kisar dalam periuk, tambahkan sedikit air.
2. Masak atas api sederhana, sekali sekala kacau.
3. Setelah air daging kering masukkan santan dan tambah sedikit air.
4. Apabila mereneh, masukkan kerisik, asam gelugor, serai dan daun kunyit.
5. Setelah daging empuk masukkan kentang.
6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
7. Tutup api dan sedia dihidangkan.


GANGAN PALIAT UDANG:
BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg udang
  • 250ml santan kotak
  • 3 batang serai | titik
  • 1 keping asam gelugor
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR:

  • 4cm kunyit hidup
  • 4cm lengkuas
  • 4 biji buah keras
  • 8 ulas bawang merah
  • 3cm cm halia
  • 2 biji cili merah

CARA MEMASAK:
1. Masukkan bahan kisar dalam periuk, tambahkan dua liter air.
2. Kemudian masukkan ke dalamannya serai yang telah dititik dan asam gelugor.
3. Setelah mereneh masukkan udang, kemudian tambahkan dengan santan.
4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5. Tutup api, Gangan Paliat Udang sedia dihidangkan.


HINTULU MASAK HABANG
BAHAN-BAHAN:

  • 6 biji telur rebus | digoreng
  • 1 kiub pati ayam
  • 2 sudu makan air asam
  • Garam & gula secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis secukupnya

BAHAN REMPAH PENUMIS:

  • 3cm kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 kuntum bunga lawang

BAHAN KISAR:

  • 8 tangkai cili kering
  • 5 ulas bawang merah
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 labu bawang besar
  • 3cm halia

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak secukupnya, tumis bahan rempah penumis hingga wangi
2. Kemudian masukkan pula bahan kisar. Masak hingga wangi dan pecah minyak.
3. Masukkan pati ayam, air asam jawa, garam dan gula secukupnya.
4. Renehkan beberaoa minit atau hingga timbul minyak.
5. Akhir sekali masukkan telur yang telah digoreng tadi.
6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
7. Angkat dan Telur Masak Habang sedia dihidangkan.


GANGAN WALOH BERLAMAK
BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 biji labu kuning
  • 300ml santan kotak
  • Air secukupnya
  • 1 tongkol jagung
  • 5-6 tangkai bayang hijau
  • 4 tbiji biji cili merah
  • 1/2 biji cili benggala merah | hiris
  • 1/2 biji cili beggala hijau | hiris
  • Sedikit ikan bilis yang siap dikupas
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN HIRISAN:

  • 5ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3cm hirisan haiia

CARA MEMASAK:
1. Labu dibuang kulit dan potong dadu.
2. Rebus bersama jagung yang dipotong kecil.
3. Setelah empuk, angkat dan tos.
4. Dalam periuk lain masukkan santan, air dan bahan hirisan serta ikan bilis.
5. Renehkan atas api, apabila mereneh masukkan bayam, labu dan jagung serta hirisan cili dan cili benggala.
6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
7. Tutup api dan gulai sedia dihidangkan.


NASI GAUL BANJAR
BAHAN-BAHAN
:

  • 1 kg beras basmati
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 5 ulas bawang putih | hriis
  • 4cm halia | hiris
  • 5 sudu makan minyak sapi
  • 1/2 tin tomato puri
  • 1 liter air stok ayam
  • 1kiub pati ayam
  • 1/2 tin susu cair
  • Garam secukup rasa

REMPAH PENUMIS:

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 5 kuntum bunga cengkih

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak sapi dalam periuk, kemudian tumiskan bahan hirisan.
2. Setelah layu masukkan rempah penumis, kacau hingga kekuningan dan wangi.
3. Masukkan tomoto puri kacau rata dan masukkan beras basmathi yang telah direndam dan ditoskan.
4. Tambahkan air stok ayam, susu cair, stok ayam dan garam secukup rasa.
5. Setelah mendidih, tutup periuk dan biarkan ia masak seperti biasa
6. Setelah masak nasi sedia dihidangkan.

Published by
Norasida Myasin