Ramadan tahun ini sememangnya meriah lain macam bersama Nu Ideaktiv! Dengan penuh rasa syukur dan semangat kebersamaan, jenama resipi, masakan dan komuniti, majalah RASA sekali lagi menganjurkan acara tradisi tahunan bubur lambuk, tetapi kali ini dengan skala yang lebih besar dan dimensi yang lebih istimewa dengan meraikan wira negara secara lebih dekat dan bermakna bertemakan Bubur Lambuk Rewang Wira.
Bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, kempen ini membawa roh Ramadan yang sebenar, iaitu berpaksikan gotong-royong, kasih sayang dan penghargaan kepada mereka yang berbakti kepada negara. Tahun ini, kerjasama bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membabitkan tiga pasukan badan beruniform negara iaitu Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) , Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bukan sekadar penerima bubur lambuk, tetapi mereka sendiri akan turut serta dalam penyediaannya, bersama barisan sukarelawan dan komuniti. Inilah manifestasi sebenar Rewang Wira, satu acara yang menyalurkan penghormatan kepada mereka yang sering berada di barisan hadapan mempertahankan negara, kini berganding bahu bersama masyarakat dalam tradisi Ramadan yang penuh keberkatan.
Sejak tujuh tahun lalu, acara ini telah menjadi nadi dalam menghidupkan semangat kemasyarakatan sepanjang Ramadan. Namun tahun ini, ia dibawa ke satu tahap yang lebih meriah lain macam! Lebih 8,000 pek bubur lambuk akan diedarkan kepada orang ramai di sekitar Kuala Lumpur, termasuk hospital, masjid, bazar Ramadan, rumah kebajikan dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan pusat pelancongan.
Ads
Antara lokasi agihan Bubur Lambuk adalah di Dataran Merdeka, Hospital Kuala Lumpur (HKL), PA Seri Selangor, PPR Laksamana, Institut Jantung Negara (IJN), Bazar Jalan Raja Alang, Bazar Jalan Kuching dan Pasar Seni.
Kolaborasi tahun ini juga lebih gah dengan kehadiran BLACMORES sebagai penaja utama buat pertama kalinya, di samping sokongan berterusan daripada FGV dan AJI-SHIO®, serta rakan penaja lain seperti S&P Santan, OKI, inDrive. Strategi kolaborasi strategik pula utuh dengan kerjasama ATM, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) serta rakan media, Astro, Zayan dan Borak seeNI.
Menurut Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv, acara ini adalah satu inisiatif tahunan yang telah menjadi satu simbol bagaimana majalah RASA sebagai jenama masakan dan resipi terulung di Malaysia terus berkembang untuk membawa impak kepada kelompok komuniti yang lebih meluas.
“Kalau kita amati betul-betul, Bubur Lambuk adalah juadah berbuka puasa yang telah menjadi tradisi menghubungkan hati dan jiwa masyarakat. Setiap senduk bubur yang dimasak bukan hanya tentang rasa, tetapi tentang nilai kebersamaan dan keikhlasan. RASA berbangga menjadi antara penggerak utama tradisi ini, memastikan setiap tahun lebih ramai yang dapat menikmati keberkatan Ramadan melalui program ini. Tahun ini sangat istimewa kerana kami bukan sahaja mengekalkan tradisi, malah berkembang lebih jauh dengan kolaborasi besar. Kami sangat teruja untuk menyambut BLACKMORES sebagai penaja utama buat pertama kali, dan menghargai sokongan padu daripada FGV, AJI-SHIO®, S&P Santan, OKI dan inDrive. Kejayaan acara ini membuktikan bahawa majalah RASA bukan sekadar jenama, tetapi satu platform yang menyatukan masyarakat melalui cinta terhadap makanan dan nilai kemanusiaan.”
Sementara itu, Emma Masri, Ketua Unit Bisnes Jenama Masakan & Deko merangkap Editor Pengurusan RASA, menekankan bahawa tema Rewang Wira mempunyai satu sentimen yang lebih mendalam, bukan hanya sekadar tema semata.
Ads
“Ramai yang mungkin tidak menyedari bahawa di sebalik keamanan dan kesejahteraan yang kita nikmati, ada wira-wira negara yang berkorban bukan sahaja nyawa tetapi juga masa bersama keluarga. Jika kita menyambut Ramadan dengan keluarga, ada di antara mereka yang masih bertugas menjaga keselamatan negara. Oleh sebab itu, kami di majalah RASA mahu mendekatkan masyarakat dengan wira negara ini melalui cara yang lebih bermakna, bukan sekadar memberi, tetapi membawa mereka bersama untuk lebih dekat dengan komuniti. Rewang Wira membolehkan kita menyatukan dua elemen, tradisi gotong-royong dalam penyediaan bubur lambuk dan penghargaan kepada mereka yang berkorban demi kita semua. Masyarakat akan dapat melihat sendiri, memasak bersama, dan berbuka puasa dengan mereka. Inilah penghormatan sebenar, bukan hanya dalam kata-kata, tetapi melalui perbuatan.”
Bukan sekadar memasak dan mengedar, acara ini juga diwarnai dengan pelbagai aktiviti menarik:
Siaran Luar Zayan Meriah Lain Macam – Bermula jam 8 pagi, penyampai radio Zayan, Lin Ariffin, akan bersiaran secara langsung dari Dataran Merdeka untuk memulakan persiapan Bubur Lambuk bersama pasukan RASA. Ini bukan sekadar siaran, tetapi permulaan tenaga kepada acara sepanjang hari!
Segmen Meriah Lain Macam bersama Penyampai Zayan, Faizal Ismail & Nana Mahazan – Bermula jam 4.00 petang, segmen ini penuh dengan aktiviti interaktif, kuiz, permainan, hadiah eksklusif dan barangan istimewa untuk dimenangi. Suasana pasti lebih ceria dengan kehadiran personaliti radio terkenal ini!
Program temubual, Borak seeNI akan menampilkan hos Keanu Azman menerusi aktiviti Tazkirah, selain daripada peluang untuk orang ramai memenangi pelbagai hadiah menarik di booth mereka. Borak seeNI juga akan menutup acara Bubur Lambuk Rewang Wira dengan sesi busking band rasminya, AANTU Band yang dibarisi oleh Adzrin Adzhar & The Uncle.
Persembahan istimewa dari Mila Jirin dan selebriti tanah air Tazkirah Ramadan bersama Ustaz Hariri & Keanu Azman.
Demonstrasi masakan eksklusif AJI-SHIO® bersama Chef Naem & demo masakan bersama OKIx Shafiqcute
Booth interaktif penaja dengan tawaran eksklusif
Pelancaran Malam Tujuh Likur dengan pameran replika hiasan gergasi
Ads
Lebih menarik, mereka yang hadir berpeluang mendapatkan pelbagai hadiah istimewa, barangan eksklusif, serta pemeriksaan kesihatan percuma di booth BLACKMORES DAN 2000 vitamin percuma!
Sebagai sebahagian daripada kemeriahan Rasa Bubur Lambuk Rewang Wira, pengunjung berpeluang membawa pulang sebahagian daripada RM5,000 duit raya menerusi peraduan media sosial yang mudah dan menyeronokkan! Hanya rakam momen terbaik anda di acara ini, sama ada dalam bentuk gambar atau video dan kongsikan di Instagram atau TikTok dengan kapsyen kreatif tentang mengapa Rasa Bubur Lambuk Rewang Wira ini “Meriah Lain Macam”. Jangan lupa sertakan #RasaBuburLambuk, #MeriahLainMacam, serta tag @majalahrasa di Instagram atau @rasa.my di TikTok. Penyertaan dengan kapsyen paling kreatif bakal memenangi duit raya sebanyak RM200!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Tercari-cari lauk pantang yang sedap? RASA kongsikan resipinya. Bagi wanita yang pernah melahirkan anak, pasti akan melalui tempoh berpantang yang cukup mencabar. Mana taknya, bukan semua makanan boleh dimakan kerana dikhuatiri akan melambatkan proses penyembuhan selepas bersalin.
Mereka dilarang untuk mengambil makanan yang sejuk dan gatal. Sepanjang tempoh itu, para ibu mesti memakan makanan yang dapat memberikan mereka tenaga, berkhasiat dan membantu penyembuhan luka bersalin dengan lebih cepat.
Sebenarnya terdapat pelbagai hidangan yang boleh dimasak sebagai lauk pauk sepanjang tempoh berpantang. Ia bukan sahaja menyihatkan badan bahkan rasanya juga sedap. Tidaklah asyik makan ikan kering bakar dan lada hitam dan kunyit tumbuk sahaja. Yang penting, ramuan yang dimasukkan tentu sekali yang elok untuk diambil oleh para ibu berpantang seperti kunyit, lada hitam, ginseng, mengkudu dan sebagainya. Malah, lauk pauk ini juga boleh dimakan oleh seisi keluarga lain. Boleh menjimatkan masa dan bajet bukan?
1. DAGING GORENG LADA HITAM
BAHAN-BAHAN:
300 gm daging batang pinang |hilis nipis
1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh lada hitam |tumbuk kasar
1 biji bawang besar |hiris
½ inci halia |hiris
Minyak masak secukupnya
Gula dan garam secukupnya
Sedikit air
CARA MEMASAK:
Perap daging dengan ketumbar, garam dan gula. Ketepikan.
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis bawang dan halia hingga terbit wangi.
Masukkan pula daging yang diperap serta lada hitam yang ditumbuk kasar. Boleh ditambah sedikit air dan renehkan supaya daging lebih empuk.
Angkat dan sedia dinikmati.
2. PEGAGA MASAK LEMAK LADA HITAM
BAHAN-BAHAN:
200gm daun pegaga
1/3 cawan santan pekat
1 sudu makan ikan bilis
2 ulas bawang putih |hiris
1 ulas bawang merah |hiris
1 batang serai |titik
1 sudu lada hitam | tumbuk halus
Gula dan garam secukupnya
CARA MEMASAK:
Cuci daun pegaga dan ketepikan.
Panaskan santan bersama ½ cawan air. Kemudian masukkan bawang yang telah dihiris dan serai. Masukkan juga ikan bilis dan lada hitam. Kacau sebati.
Masukkan daun pegaga, kacau sekati dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Angkat dan sedia dinikmati.
Info chef: Boleh tambah lada hitam yang tidak ditumbuk jika mahu. Lada hitam sangat elok diambil oleh ibu di dalam pantang kerana dapat membantu memanaskan badan dan mengeluarkan angin dalam badan.
3. AYAM MASAK BIJAN
BAHAN-BAHAN:
1/3 ekor ayam |bahagian dada, bersihkan
1 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
3 inci halia
Garam dan gula
3 sudu makan sos tomato
2 sudu makan bijan |digoreng tanpa minyak
1 cawan minyak masak
CARA MEMASAK:
Ayam dipotong kecil dan digoreng. Ketepikan.
Bawang putih, bawang merah dan halia ditumbuk.
Tumis bahan tumbuk hingga terbit wangi dan tambahkan sos tomato, gula dan garam secukup rasa. Kacau sebati.
Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul dengan bahan tumisan tadi. Taburkan bijan di atasnya.
Angkat dan sedia dinikmati.
4. IKAN MERAH SINGGANG
BAHAN-BAHAN:
1 keping ikan merah
2 ulas bawang putih |hiris halus
2 ulas bawang merah |hiris halus
1 batang serai |titik
½ inci halia |hiris
½ inci lengkuas |hiris halus
2 keping asam gelugur
½ sudu teh serbuk kunyit
2 cawan air
Gula dan garam secukupnya
CARA MEMASAK:
Basuh ikan merah sebersihnya. Ketepikan.
Didihkan dua cawan air di dalam periuk. Masukkan serbuk kunyit, bawang putih dan bawang merah yang telah dihiris.
Masukkan juga serai yang telah dititik, halia dan lengkuas yang telah dihiris. Masukkan pula ikan dan asam gelugur. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Biar mereneh seketika sehingga ikan masak.
Angkat dan sedia dihidangkan.
5. AYAM PANGGANG HALIA
BAHAN-BAHAN:
1/3 ekor ayam |bahagian paha
1 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
3 inci halia
Garam secukupnya
Sedikit serbuk kunyit
Daun pisang secukupnya
CARA MEMASAK:
Bawang putih, bawang merah dan halia ditumbuk. Kemudian gaulkan bahan tumbuk, serbuk kunyit dan garam sekata. Lumur rata pada ayam dan perapkan sebentar. Ketepikan.
Alaskan daun pisang di dalam dulang pembakar dan bakar menggunakan pan atau ketuhar sehingga ayam masak sepenuhnya.
Sedia dinikmati.
6. SUP LOBAK PUTIH DAN MERAH
BAHAN-BAHAN:
1 batang lobak putih
1 batang lobak merah
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 tangkai daun sup dan daun bawang.
1 sudu ikan bilis
½ sudu lada sulah
Garam dan gula secukupnya
3 cawan air
CARA MEMASAK:
Lobak putih dan merah dibuang kulit, dibelah dua dan dihiris ½ lebar. Ketepikan.
Panaskan air di dalam periuk, setelah mendidih masukkan bawang putih dan bawang merah yang telah dihiris, masukkan ikan bilis dan juga lobak merah dan putih. Tambahkan gula dan garam secukup rasa. Biarkan sehingga lobak empuk. Sekiranya perlu boleh ditambah air.
Akhir sekali tambahkan lada sulah, daun sup dan daun bawang. Kacau perlahan dan biar mereneh seketika.
Angkat dan sedia dihidangkan.
7. IKAN TALAPIA MERAH PANGGANG DAUN KUNYIT
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan tilapia merah |bersihkan
½ serbuk kunyit
3 helai daun kunyit
Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
Kelar ikan dan lumur dengan kunyit dan garam dengan sekata.
Kemudian balut ikan dengan daun kunyit. Sediakan kuali pembakar dan ikan dibakar sehingga masak.
Angkat dan sedia dihidangkan.
8. IKAN GELAMA MASAK ASAM
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan gelama
2 batang serai
2 keping asam gelugur
2 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
½ inci halia
1 inci daun kunyit
Gula dan garam
2 cawan air
CARA MEMASAK:
Didihkan dua cawan air atau boleh lebihkan air jika perlu.
Masukkan asam gelugur, bawang putih dan bawang merah yang telah dihiris. Masukkan juga daun kunyit dan halia serta serai yang telah dititik. Masak di atas api dan kacau perlahan.
Setelah itu masukkan ikan, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Renehkan seketika.
Angkat dan sedia dinikmati.
9. DAGING BAKAR LADA HITAM
BAHAN-BAHAN:
300gm daging batang pinang |bersihkan dan potong nipis
1 sudu teh serbuk ketumbar
½ sudu teh kunyit
Sedikit garam dan gula
½ sudu teh lada serbuk lada hitam
CARA MEMASAK:
Perap daging dengan serbuk ketumbar, lada hitam, serbuk kunyit, garam dan gula. Lebih lama diperap lebih enak. Ketepikan.
Setelah itu, bakar di atas pan sehingga garing. Angkat dan sedia dinikmati.
10. IKAN TENGGIRI GORENG HALIA
BAHAN-BAHAN:
1 keping ikan tenggiri |bersihkan
3 inci halia |hiris halus
2 sudu teh kicap manis
1 biji bawang besar |hiris
½ cawan minyak masak
Garam dan serbuk kunyit
CARA MEMASAK:
Ikan tenggiri dicuci, lumur garam dan kunyit. Kemudian digoreng hingga garing. Ketepikan.
Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis halia dan bawang besar hingga terbit wangi. tambahkan kicap manis dan masukkan ikan. Gaul sekata.
Bawang dihiris. Di dalam satu mangkuk, satukan pucuk mengkudu, bawang hiris, Kelapa parut dan cuka. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati.
Sedia dihidangkan.
12. KERABU PEGAGA IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
200gm pegaga
1 biji bawang besar |mayang
3 sudu makan kelapa parut
1 sudu teh cuka
3 sudu teh ikan bilis
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Pegaga dibersihkan dan dipotong 1 inci panjang. Ketepikan.
Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing, ketepikan.
Bawang besar dimayang dan masukkan ke dalam satu mangkuk. Kemudian campurkan ikan bilis, cuka, pegaga dan kelapa parut. Gaul sebati. Tambahkan gula dan garam secukup rasa, gaul sebati sekali lagi.
Sedia dinikmati.
13. AYAM KUKUS CUKA
BAHAN-BAHAN:
1/3 ekor ayam bahagian dada
2 sudu cuka
2 inci halia |dihiris
1 sudu lada hitam |tumbuk halus
Garam dan gula secukupnya
Daun pisang dan lidi untuk membungkus
CARA MEMASAK:
Potong dada ayam kepada beberapa bahagian kecil. Gaulkan ayam dengan halia, garam, gula dan lada hitam serta cuka. Bungkus di dalam daun pisang dan kukus sehingga masak.
Angkat dan sedia dinikmati.
14. HATI LEMBUT MASAK LIMAU PURUT
BAHAN-BAHAN:
½ kg hati lembu |bersihkan dan hiris nipis
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu ketumbar
2 sudu serbuk kurma
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 inci halia
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
4 keping daun limau purut
3 sudu lada hitam ditumbuk halus
4 sudu minyak masak
1 keping asam gelugur
1 batang serai
Gula dan garam secukupnya
CARA MEMASAK:
Hati lembu dipotong nipis. Ketumbar, bawang putih, bawang merah dan halia dikisar halus. Serai pula dititik.
Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bahan kisar, masukkan juga rempah kurma,kulit kayu manis dan bunga lawang serta serbuk kunyit dan serai. Masukkan hati lembu dan gaul sekata.
Tambahkan air, didihkan sehingga hati empuk. Kemudian masukkan asam gelugur dan lada hitam.
Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa.. Akhir sekali masukkan daun limau purut.
Sedia dihidangkan.
15. IKAN HARUAN BAKAR SOS LADA HITAM
BAHAN-BAHAN:
2 keping ikan haruan |bersihkan
1 inci halia
1 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit
Daun pisang untuk membalut
BAHAN UNTUK SOS LADA HITAM:
1 sudu lada hitam |ditumbuk halus
1/3 cawan air
½ sudu tepung jagung
CARA MEMASAK:
Halia, bawang putih dan bawang merah ditumbuk.
Gaulkan ikan haruan dengan bahan tumbuk berserta garam dan serbuk kunyit.
Balut dengan daun pisang dan bakar sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
Untuk membuat sos lada hitam: Satu sudu lada hitam ditumbuk halus dan dicampurkan dengan 1/3 cawan air dan ½ sudu tepung jagung. Kacau di dalam kuali selama 10 minit hingga memekat. Angkat dan sedia dihidangkan bersama ikan haruan bakar.
Baru-baru ini, Secret Recipe telah melancarkan dua kek perisa baharu iaitu Red Velvet dan Sweet Potato. Dua jenis kek ini tersenarai dalam Koleksi Kek Platinum Secret Recipe. Dua jenis kek ini hanya boleh didapati dalam bentuk kecil yang berharga RM 78.00 (DINE IN RM 85.35).
Seperti kita semua tahu, perisa Red Velvet dari Secret Recipe memang terkenal dan sentiasa menjadi pilihan ramai. Rasa keju krim yang terdapat dalam lapisan Red Velvet tu sentiasa menjadi kegilaan ramai.
Manakala perisa Sweet Potato akan dijual dalam 680gm lebih berat berbanding Red Velvet. Kesistimewaan kek Sweet Potato ini pastinya rasa sweet potato tu sendiri yang menjadikan kek perisa ini lain dari yang lain. Setiap lapisan kek span ungu di selang-selikan bersama keju krim, kelapa dan juga coklat putih yang dijamin memberikan rasa lemak berkrim yang takkan jemu bila dimakan.
Tunggu apa lagi? jom ke Secret Recipe terdekat dan rasailah sendiri dua menu Kek Platinum Red Velvet dan Sweet Potato.
Ketibaan Ramadan sememangnya dinantikan. Di bulan yang penuh barakah ini, program bubur lambuk berlangsung di sana sini. Memasak secara bergotong- royong mengeratkan lagi ukhwah sesama insan. Bubur lambuk menjadi simbolik juadah ketika bulan puasa. Memang sedap bila direncahkan dengan betul dan sempurna.
Ramai yang sanggup beratur jika adanya pemberian bubur lambuk secara percuma. Baru-baru ini Program Bubur Lambuk & Kuih Warisan berlangsung meriah yang diperisakan oleh AJI-SHIO® Lada Berperisa dan AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa. Memang lengkap rasa bubur lambuk yang disediakan ini buat masyarakat setempat.
Pengurus Jenama AJI-SHIO®, Loh Mei Jen menyatakan penglibatan AJI-SHIO® dalam Program RASA Bubur Lambuk dan Kuih Warisan 2024 sebagai satu tanggungjawab sosial yang dihayati dengan penuh kebanggaan. Dalam kenyataannya, beliau menekankan komitmen AJI-SHIO® untuk berperanan aktif dalam usaha kebajikan yang membawa manfaat kepada masyarakat, khususnya dalam konteks bulan Ramadan yang penuh keberkatan.
AJI-SHIO® Rahsia Penyedap Bubur Lambuk
Bagi anda yang menyukai bubur lambuk pasti berselera tatkala berbuka puasa. Sekali suap, sukar nak berhenti, begitulah enaknya resipi bubur lambuk yang menepati selera semua. Penuh dengan rasa lemak santan penggunaan bahan-bahan segar dan berkualiti memberikan rasa yang enak.
Bila bubur lambuk diperisakan dengan AJI-SHIO® Lada Berperisa dan AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa, menaikkan lagi rasa dan aromanya yang wangi. Memang memberi kenikmatan pda setiap suapan.
AJI-SHIO® menjadi bahan pelengkap rasa yang sempurna untuk membuatkan Bubur Lambuk. Ia mempunyai rasa lada, masin dan aroma yang wangi dan menyelerakan hidangan secara keseluruhan. Pendek kata bahan perasa lain tidak diperlukan.
Selain itu, AJI-SHIO® membawa kesedapan dan keenakkan dalam masakan seharian kepada pengguna kerana ia bukan sekadar lada biasa kerana ia adalah lada berperisa dan lada hitam berperisa yang menyedapkan lagi masakan. Selain AJI-SHIO® digunakan sebagai bahan dalam masakan, sesuai untuk perapan dan topping. Malahan sesuai digunakan untuk pelbagai jenis menu.
Dengan menggunakan AJI-SHIO®, pengguna boleh memasak dengan mudah dan pada masa yang sama menambahkan kesedapan makanan tanpa perlu menggunakan perisa lain dan aktiviti memasak akan menjadi lebih pantas dan efisien.Semestinya AJI-SHIO®, pilihan yang tepat untuk masakan anda.