Apabila tibanya Ramadan, selera pasti tertumpu kepada hidangan kuih tradisional. Sama ada dimasak sendiri atau dibeli di bazar, kuih-kuih ini pasti mencuri perhatian. Semarakkan waktu berbuka dengan aneka kuih yang enak-enak.

 

1. KUIH KOCI

9 Aneka Kuih Tradisional Paling Sedap Untuk Berbuka. Lagi Best Kalau Masak Sendiri! 

BAHAN INTI:

  • 1 biji kelapa parut
  • ½ cawan gula kabung
  • 1 cawan gula pasir
  • ½ cawan air

CARA MEMASAK:

1.Gaul semua bahan inti di dalam kuali dengan api sederhana.

2.Kacau inti sehingga separa kering. Angkat dan ketepikan.

 

BAHAN KOCI:

  • 1 bungkus tepung pulut
  • 2 mangkuk santan (1/2 mangkuk santan dimasak hingga pecah minyak)
  • ½ sudu teh garam
  • Daun pisang secukupnya (dilayurkan)

CARA MEMASAK:

1.Gaul rata tepung pulut dan santan bersama garam.

2.Jadikan doh lembut dan boleh dibentuk.

3.Bentuk adunan dan isi inti di tengah-tengah. Tutupkan doh dan celup ke dalam santan masak. Ulang hingga doh dan inti habis.

4.Panaskan kukusan. Bungkus kuih koci dengan daun pisang. Kukus kuih koci selama 20-30 minit.

5.Angkat dan hidangkan.

 

INFO CHEF:

Kuih koci yang kaya dengan santan masak lebih enak dimakan.

 

 

2. KUIH LOMPANG

9 Aneka Kuih Tradisional Paling Sedap Untuk Berbuka. Lagi Best Kalau Masak Sendiri! 

BAHAN A:

  • 1 ½ cawan tepung beras
  • 1 sudu makan tepung ubi
  • 1 sudu teh air kapur
  • 1 cawan air

 

BAHAN B:

  • ½ cawan gula pasir
  • ½ cawan gula merah
  • 1 cawan air
  • 2 helai daun pandan (disimpul)

 

BAHAN C:

  • 1 cawan kelapa parut
  • Secubit garam
  • 1 helai daun pandan (disimpul)

 

CARA MEMASAK:

1.Masak BAHAN B sehingga semua gula larut.

2.Didihkan air kukusan. Kukus BAHAN C sekejap.

3.Satukan BAHAN A. Gaul sebati.

4.Masukkan BAHAN B yang sudah disejukkan. Gaul kemudian tapis.

5.Sapu sedikit minyak masak pada acuan kuih lompang.

6.Tuang adunan ke dalam acuan.

7.Kukus 10 minit. Sejukkan.

8.Keluarkan dari acuan dan tabur BAHAN C di atasnya. Sedia dihidang.

 

INFO CHEF:

Seimbangkan rasa lemak kepala parut dengan garam. Jangan terlalu masin.

 

 

3. KUIH LOPES

9 Aneka Kuih Tradisional Paling Sedap Untuk Berbuka. Lagi Best Kalau Masak Sendiri! 

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan beras pulut
  • Beberapa titis pewarna hijau
  • ½ sudu kecil air kapur
  • 5 helai daun pandan
  • 2 cawan santan cair
  • ½ sudu kecil garam
  • Kelapa parut (gaul dengan garam)

 

CARA MEMASAK:

1.Beras pulut dicuci dan direndam bersama pewarna hijau serta air kapur.

2.Kisar daun pandan dengan ½ cawan air. Ambil jusnya. Ketepikan.

3.Toskan beras pulut. Letak atas loyang. Masukkan santan, garam dan air pandan. Gaul sebati.

4.Kukus hingga santan kering. Kacau rata supaya beras pulut masak rata. Sejukkan.

5.Ambil daun pisang. Layurkan sekejap. Bungkus beras pulut dalam daun pisang ikut bentuk yang disukai.

6.Susun dalam periuk pengukus dan kukus sekali lagi selama 15 minit.

7.Keluarkan dan gaul dengan kelapa parut.

 

BAHAN AIR GULA MELAKA:

  • 3 ketul gula Melaka
  • 5 sudu besar gula pasir
  • 3 cawan air
  • 2 helai daun pandan (disimpul)

 

CARA MEMASAK:

1.Satukan semua bahan dan masak sehingga larut.

2.Tapis.

 

INFO CHEF:

Kuih lopes boleh dibuat mengikut bentuk yang anda sukai. Namun bentuk segitiga tetap menarik perhatian.

 

 

4. KUIH NONA MANIS

9 Aneka Kuih Tradisional Paling Sedap Untuk Berbuka. Lagi Best Kalau Masak Sendiri! 

BAHAN A:

½ cawan gula kastor

1 biji telur ayam

1 cawan santan

IKLAN

1 cawan tepung gandum

 

CARA PENYEDIAAN BAHAN A:

1.Pukul telur ayam hingga kembang.

2.Dalam bekas berasingan, satukan gula, tepung gandum dan santan. Kacau.

3.Tuangkan campuran tepung ke dalam telur ayam dan kacau sebati.

 

BAHAN B:

  • 5 helai daun pandan
  • ¼ cawan gula kastor
  • ½ cawan santan pekat
  • ¼ cawan tepung jagung
  • Garam secukup rasa
  • Pewarna hijau

 

CARA PENYEDIAAN BAHAN B:

1.Kisar daun pandan dengan ½ cawan air. Ambil jusnya. Tapis.

2.Campur air pandan bersama gula kastor, santan, tepung jagung, garam dan pewarna hijau.

3.Kacau hingga halus.

4.Masak hingga adunan nampak berkilat.

5.Satukan BAHAN A dan BAHAN B.

 

BAHAN INTI:

  • 1 cawan santan pekat
  • 1 sudu makan tepung gandum
  • ½ sudu teh garam

 

CARA PENYEDIAAN INTI:

1.Satukan semua bahan inti dan masak sehingga likat.

2.Biarkan seketika kemudian masukkan ke dalam piping bag.

 

CARA MEMASAK:

1.Sediakan periuk kukus dan kukus air sehingga periuk panas.

2.Tuang adunan BAHAN A dan BAHAN B dalam acuan kuih lompang.

3.Masukkan adunan BAHAN INTI di tengah acuan.

4.Kukus selama 7-10 minit.

5.Angkat dan hidangkan.

 

INFO CHEF:

Untuk mendapat hasil lebih baik, gunakan telur ayam gred A.

 

 

 

5. PULUT BIJAN / KUIH BOM

 

9 Aneka Kuih Tradisional Paling Sedap Untuk Berbuka. Lagi Best Kalau Masak Sendiri! 

BAHAN DOH:

  • 2 cawan tepung pulut
  • 2 sudu makan tepung gandum
  • Garam secukup rasa
  • 1 cawan air
  • Bijan secukupnya

 

CARA MEMASAK:

1.Satukan tepung pulut, tepung gandum dan garam.

2.Bancuh dengan air hingga menjadi doh.

 

BAHAN INTI:

  • ½ cawan air
  • ½ cawan kacang dal
  • ½ sudu teh garam
  • 2 helai daun pandan (disimpul)
  • ½ biji kelapa parut
  • 2 sudu makan tepung gandum

*Boleh juga tukar pada inti kelapa

 

IKLAN

CARA MEMASAK:

1.Didihkan air dalam kuali. Masukkan kacang dal, garam dan daun pandan. Masak hingga inti lembut.

2.Apabila inti lembut, toskan. Taburkan tepung gandum supaya intik tidak melekat. Sejukkan inti.

 

CARA MENYEDIAKAN:

1.Ambil doh dan isikan inti. Buat bulat-bulat. Golekkan atas bijan.

2.Goreng hingga kekuningan. Angkat dan toskan. Sedia dimakan.

 

INFO CHEF:

Pelbagai inti boleh dibuat sama ada kelapa manis atau kacang hijau manis.

 

 

 

 

6. PULUT INTI

9 Aneka Kuih Tradisional Paling Sedap Untuk Berbuka. Lagi Best Kalau Masak Sendiri! 

BAHAN INTI:

  • 50 gram gula merah
  • 2 sudu makan gula pasir
  • 1 cawan air
  • Garam secukup rasa
  • 300 gram kepala parut

 

CARA MEMASAK:

1.Masukkan gula merah, gula pasir dan air dalam kuali.

2.Masak hingga gula larut.

3.Masukkan garam kelapa parut. Gaul sebati, Biarkan agak kering. Tutup api dan ketepikan.

 

BAHAN-BAHAN:

  • 100 gram beras pulut
  • 100 gram air
  • 50 gram santan
  • Garam secukup rasa

 

CARA MEMASAK:

1.Kukus beras pulut dengan air dan santan sehingga masak.

2.Angkat dan ketepikan.

 

CARA PENYEDIAAN:

1.Ambil sedikit beras pulut. Letak dia atas daun pisang yang telah dilayurkan.

2.Letakkan inti di atas beras pulut. Bungkus elok-elok.

3.Sedia dimakan.

 

INFO CHEF:

Membungkus kuih pulut inti dengan daun pisang menambah cita rasa kala menikmatinya.

 

 

7. PULUT PANGGANG

9 Aneka Kuih Tradisional Paling Sedap Untuk Berbuka. Lagi Best Kalau Masak Sendiri! 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg beras pulut (rendam semalaman)
  • 1 liter santan cair
  • Garam secukup rasa

 

CARA MEMASAK:

1.Basuh beras pulut dan toskan. Kukus beras pulut setengah masak. Masukkan santan dan garam. Kacau rata.

2.Biarkan masak dan ketepikan.

 

IKLAN

BAHAN INTI:

  • Minyak masak untuk menumis
  • 2 biji bawang merah (kisar)
  • 2 ulas bawang putih (kisar)
  • 50 gram udang kering (rendam dan kisar)
  • 2 sudu makan cili boh
  • ½ biji kelapa parut
  • 1 sudu makan serbuk jintan manis (sangai dan kisar)
  • 1 sudu makan serbuk jintan putih (sangai dan kisar)
  • 1 batang serai (kisar)
  • 1 cm lengkuas (kisar)
  • 1 cm kunyit (kisar)
  • 1 cm halia (kisar)
  • Garam secukup rasa
  • Daun pisang untuk membungkus

 

CARA MEMASAK:

1.Tumis bawang merah dan bawang putih.

2.Masukkan udang kering. Kacau seketika. Masukkan cili boh dan kacau lagi.

3.Masukkan bahan-bahan lain. Kacau lagi sehingga kering.

4.Angkat dan biarkan seketika.

 

CARA PENYEDIAAN:

1.Ambil daun pisang yang telah dilayurkan. Sapukan sedikit minyak masak.

2.Letakkan sedikit beras pulut. Letakkan inti. Balut kemas.

3.Bakar sehingga masak. Sedia dimakan.

 

INFO CHEF:

Inti yang sedap menjadikan pulut panggang anda lebih hebat rasanya.

 

 

 

8. TEPUNG GOMAK

9 Aneka Kuih Tradisional Paling Sedap Untuk Berbuka. Lagi Best Kalau Masak Sendiri! 

BAHAN SALUTAN:

  • 500 gram kacang hijau

 

CARA MEMASAK:

1.Basuh dan toskan kacang hijau

2.Goreng kacang hijau, angkat dan sejukkan.

3.Kisar kacang hijau sehingga halus seperti tepung. Ayakkan. Simpan.

 

BAHAN INTI:

  • Air secukupnya
  • 200 gram gula melaka
  • ½ cawan gula pasir
  • Garam secukup rasa
  • 1 helai daun pandan
  • 1 sudu makan tepung gandum
  • 1 biji kelapa parut

 

CARA MEMASAK:

1.Masak gula melaka, gula pasir, garam dan daun pandan. Biarkan gula larut. Angkat dan tapiskan.

2.Masukkan tepung gandum dan kelapa parut ke dalam air gula. Kacau sehingga inti masak dan sebati. Angkat dan sejukkan terlebih dahulu.

3.Bulat-bulatkan inti. Ketepikan.

 

BAHAN KUIH:

  • 500 gram tepung pulut
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya

 

CARA MEMASAK:

1.Bancuh tepung pulut dengan garam dan air. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan kental.

2.Ambil sedikit adunan. Bulatkan dan leperkan.

3.Masukkan inti dan leperkan dengan kemas.

4.Masak air. Selepas mendidih masukkan kuih. Masak sehingga kuih timbul. Angkat.

5.Gaul dengan BAHAN SALUTAN. Sedia dihidangkan.

 

INFO CHEF:

Walaupun kuih ini rupanya biasa sahaja namun rasanya tetap menawan hati.

 

 

9. KUIH GETAS-GETAS

9 Aneka Kuih Tradisional Paling Sedap Untuk Berbuka. Lagi Best Kalau Masak Sendiri!

BAHAN-BAHAN:

  • ½ biji kelapa parut
  • 2 cawan tepung pulut
  • ½ cawan tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 1 sudu teh garam

 

BAHAN SIRA:

  • ½ cawan gula
  • ½ cawan air

 

CARA MEMASAK:

1.Satukan kelapa parut, tepung pulut dan tepung gandum dalam bekas.

2.Masukkan garam, gaul.

3.Masukkan air sedikit demi sedikit.

4.Uli sehingga jadi doh.

5.Bentukkan doh.

6.Goreng dengan api sederhana. Angkat dan ketepikan.

7.Masak BAHAN SIRA dalam kuali hingga betul-betul pekat.

8.Masukkan kuih yang siap digoreng. Kacau sehingga kering.

9.Sedia dihidang.

 

INFO CHEF:

Ketika menyira kuih ini, anda perlu pantas supaya salutannya rata.

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI