
Makanan segera sejuk beku kurang baik untuk kesihatan kerana mengandungi kandungan lemak, garam yang tinggi serta pengawet. Oleh itu, anda boleh cuba hasilkan makanan-makanan secara homemade untuk sajian keluarga. Salah satu yang boleh dicuba ialah meatball homemade, resipi perkongsian saudari Nor Izzatie Mardu. Nampak sedap dan ia juga tidak menggunakan MSG. Jom cuba!
Meatball Homemade Sedap Menyengat
Bahan-Bahan Meatball Homemade:
- 500gm daging
- Bawang besar – hiris (anggaran 1 biji)
- Bawang putih – hiris (anggaran 2-3 ulas)
- 3-4 sudu makan serbuk roti
- Serbuk lada hitam secukupnya
- Serbuk lada putih secukupnya
- 1 biji telur
- Garam dan gula secukup rasa
- Perasa – jika suka
Cara Memasak Meatball Homemade:
- Buang segala lemak pada daging dan hiris kecil. Kisar hingga halus. Nak guna daging kisar readymade pun boleh.

- Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu dan naik bau. Biarkan sejuk sebelum dimasukkan ke dalam pengisar.

- Kisar serbuk roti guna pengisar hingga halus.
- Masukkan bawang, serbuk roti, serbuk lada hitam, serbuk lada putih, garam, gula dan telur ke dalam pengisar. Kisar sebati.

- Bulat-bulatkan adunan dan goreng menggunakan minyak yang sedikit hingga masak.


- Angkat dan sedia untuk dinikmati ikut citarasa masing-masing.

Tip Tambahan:
Untuk rasa meatball homemade yang lebih sedap dan lembut, anda boleh tambahkan sedikit susu segar ke dalam adunan. Elakkan penggunaan MSG agar lebih sihat dan sesuai untuk kanak-kanak. Hidangkan bersama sos lada hitam atau sos tomato mengikut cita rasa keluarga anda.
Kredit resipi & foto: Nor Izzatie Mardu
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Kerabu Telur Masin Mudah & Sedap. 10 Minit Je Dah Siap.
Adunan Tepung Pisang Goreng Sedap, Rangup & Tak Serap Minyak
Cara Buat Sira Buah Cermai. Resipi Orang Dulu-Dulu Yang Sedap & Wajib Cuba
Resipi Mushroom Chicken Pie Mudah, Tanpa Uli. Hanya Guna Pastri Segera
Resipi Kuih Bom Bijan Yang Sedap, Lembut & Tak Liat Walau Dah Sejuk
Resipi Sotong Goreng Pedas & Rahsia Supaya Lembut, Tak Berbau
Jom Cuba! Resipi Kuih Kole Kacang Sedap, Mudah & Kurang Manis
Bancuh Sendiri Kopi Ais Super Kaw. Sangat Sedap, Nikmat Tak Terkata
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!


















