Mi Goreng Basah memang sangat enak dan imbau nostalgia zaman dulu-dulu. Biasanya menu ini berkait rapat dengan hidangan yang suka dimakan diwaktu kecil. Sama seperti resipi Mi Goreng ni. Jika mi yang dibeli di kedai atau pasar malam, kemudian dibungkus pula dengan kertas, aromanya memang lebih enak. Saudara Emee Sham ada kongsikan satu resipi Mi Goreng Basah yang sedap yang boleh kita semua cuba. Dinikmati pula dengan hirisan cili jeruk dan perahan jus limau nipis, lagi bertambah sedapnya. Jom cuba! Anda pasti suka.
Rasa kuah mi kari chinese style agak mild dan kurang pekat dan tidak terlalu berlemak. Jika ingin lebih rasa pedas boleh tambah sambal yang diasingkan mengikut citarasa anda.
MI KARI CHINESE STYLE
BAHAN-BAHAN:
Mi kuning- dicelur
BAHAN KUAH:
100gm cili kering – rebus dan kisar
3 biji bawang besar – kisar
3 ulas bawang putih – kisar
2 batang serai – diketuk
3 sudu besar serbuk kari ayam/daging
1/2 ekor ayam (potong kecil)
1 kotak kecil santan
Tauhu apung
Fish cake
CARA MEMASAK:
Panaskn minyak dan goreng serai sekejap.
Kisar cili kering, bawang besar, bawang putih. Masukkan bahan kisar ke dalam kuali. Masak hingga terbit minyak.
Masukkan serbuk kari dan masak sebentar. Kemudian masukkan ayam dan kacau sebati sehingga ayam separuh masak
Masukkn santan sekotak kecik dan air (sukatan air agak-agak sahaja mengikut selera mahu kuah pekat atau cair)
Biar kuah mendidih dan perisakn dengan garam dan serbuk perasa. Tambahkan tauhu apong dan fishcake. Biar hingga mendidih dan kuah menyerap ke dalam tauhu apong
BAHAN SAMBAL:
300gm cili kering – rebus
4 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
Rebus cili kering. Bila sudah masak, kisar bersama bawang besar dan bawang putih
Tumis hingga wangi. Perisakn dengan garam dan gula.
BAHAN HIASAN:
Telur rebus
Taugeh – celur
Sawi – celur
Sambal
Limau Nipis (potong separuh)
INFO: Mi kari sedap di makan dengan wantan goreng.
Tengahari ni kalau dapat makan Bihun Sup memang sedap sungguh, lagi-lagi pulak ada sambal kicap. Jus daging segar yang meresap dalam kuah tu yang tambah menggetar selera.
Ni Bihun atau Mihun Sup Daging serta Sambal Kicap dari Mariana Zainal, nampak macam senang. Berbaloi dicuba resipi ni jommm…
CARA MEMASAK : 1. Didihkan air dan daging guna api sederhana 2. Sambil tu kita siapkan bahan lain. 3. Panaskan minyak,masukkan bahan kisar,bunga lawang,kulit kayu manis dan asam keping. Tumis hingga naik minyak dan elok garing.. 4 Tutup api. Masukkan bahan tumis ke dalam periuk yang kita rebus daging tadi. 5. Renehkan hingga daging lembut.Apabila daging dah lembut, masukkan garam dan serbuk perasa. 6. Sesuaikan rasa (nak kuah lebih boleh tambah air).
Pernah cuba hidangan Sup Tepung? Nampak macam sedap malah nak menyediakannya pun sangat senang. Menurut saudari Joriah Jue, resipi yang beliau kongsikan ini ada kisahnya yang tersendiri.
Dulu masa kecil, saya selalu bermain di rumah jiran Cina, India di Felda Bukit Rokan. Antara makanan mereka yang masih kekal dengan saya hingga kini ialah SUP TEPUNG. Alhamdulillah. Jadi fav family. Boleh buat sarapan, boleh juga buat sebagai makan malam. Berkhasiat, sedap, lembut dan mengenyangkan. Sesuai untuk orang sakit, orang tua dan kanak-kanak. Bahan paling mudah dan murah. Budak-budak asrama pun boleh masak dalam rice cooker. Cubalah sendiri.
CARA MASAK SUP TEPUNG
BAHAN-BAHAN:
3 cawan tepung gandum
2 biji bawang putih
4 biji bawang merah
3 sudu ikan bilis
Seikat sawi (rm3- sawi kampung lagi best)
Minyak untuk menumis
Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Uli tepung, sedikit garam dan air hingga lembut dan tak melekat pada tangan.
2. Mayang bawang putih, bawang merah dan tumis bersama ikan bilis hingga kekuningan.
3. Masukkan air 1 liter. Biarkan mendidih.
4. Dalam masa yang sama, cubit tepung secubit, tarik guna dua-dua tangan hingga jadi sekeping nipis.
5. Masukkan tepung ke dalam periuk. Buat hingga tepung habis. Biar menggelegak sekejap, agar tepung masak.
6. Sawi dihiris, basuh, tos. Masukkan dalam periuk. Letak garam secukup rasa. Saya tak guna sebarang perisa lain.
7. Masak hingga sawi empuk. Tutup api, sedia dimakan.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!