Ikan cencaru antara ikan yang menjadi kegemaran ramai dan menjadi ikan yang sering digunakan di dalam masakan. Dalam kepelbagaian masakan tersebut, pernah cuba acar ikan cencaru?
Ikuti resipi perkongsian daripada Nurul Jannah Zakariar. Cukup dapat makan dengan nasi putih pun dah sedap. Tak perlu lauk lain dah. Jom cuba.
Sedapnya Gulai Kuning Ikan Tongkolni. Menu yang menjadi kegemaran ramai terutamanya di Kelantan dan Terengganu. Enak dinikmati bersama nasi panas, sambal belacan dan juga ulam. Ada padanan ini, memang suap nasi tanpa pandang kiri dan kanan. Enak! Cara masaknya pun tidak sukar. Hanya guna bahan-bahan yang ringkas sahaja. Jomlah cuba resipi perkongsian saudara Ben Ameer Nour Ismail. Pasti anda sukakan hasilnya.
CARA MEMASAK GULAI KUNING IKAN TONGKOL SEDAP
BAHAN-BAHAN IKAN REBUS: Ikan tongkol – bersih & potong Garam Gula melaka – beli online disini Asam gelugur – beli online disini (jumlah bergantung pada berapa banyak ikan yang digunakan)
BAHAN-BAHAN GULAI: 2-3 ulas bawang merah – beli online disini 1-2 ulas bawang putih – beli online disini 1 hiris lengkuas 1-2 inci kunyit hidup 5-6 tangkai lada kering @ cili kering – beli online disini Santan secukupnya Sedikit serbuk cili – beli online disini 1-2 keping asam gelugur Gula melaka secukupnya Garam secukup rasa – jika perlu Lada hijau solok @ cili hijau Timun – hiris
CARA MEMASAK:
1.Untuk merebus ikan, bersihkan ikan daln susun dalam periuk. Masukkan garam, gula melaka dan asam keping. 2. Masak guna api kecil dan perlahan hingga ikan mengeluarkan airnya sendiri. Biarkan ikan masak. Ketepikan. 3. Untuk kuah gulai, kisar bawang merah, bawang putih, lengkuas, kunyit hidup dan cili kering hingga lumat. 4. Panaskan santan dalam periuk kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi. Kacau sentiasa supaya santan tidak berketul. 5. Tambahkan sedikit serbuk cili untuk menjadikan warna gulai jadi cantik dan sedikit pedas. 6. Bila kuah sudah mendidih, masukkan ikan tongkol yang sudah direbus 7. Akhir sekali, masukkan asam gelugur, gula melaka, lada hijau solok @ cili hijau dan hirisan timun. 8. Kecilkan api, masak sampai santan pecah minyak. Rasa dulu kuahnya, tambah garam jika perlu.
9. Gulai Kuning Ikan Tongkol siap untuk dihidang.
INFO: Ikan rebus ini makin lama simpan dalam peti sejuk makin bertambah sedap. Empunya resipi guna ikan tongkol yang sudah seminggu rebus, simpan dalam peti sejuk, makin sedap kerana isinya sudah sebati dengan rasa masam, masin dan manis.
Lauk masak lemak cili api Negeri Sembilan ada pelbagai, salah satu yang jadi kegemaran ramai adalah ikan keli salai masak lemak cili api.
Tapi istimewanya perkongsian resipi ikan keli salai masak lemak cili api dari Shafizan Bin Isa, ia menggunakan buah binjai sebagai penambah keenakan lauk ini.
Resipi keli salai masak lemak cili padi dan binjai
Bahan-bahan
12 ketul ekor keli salai
20 tangkai cili padi -kisar
4 hiris kunyit -kisar (sebesar ibu jari)
1 biji buah binjai -hiris
Garam -secukup rasa
Santan dari dua biji kelapa
Cara membuat
1. Masuk bahan kisar Bersama garam dan santan dalam periuk. Tunggu sampai mendidih.
2. Pastikan kuah sentiasa dikacau untuk elak kuah cantik, tidak pecah minyak.
3. Selepas mendidih masukkan buah binjai (kebiasaanya guna belimbing buluh atau daun selom) yang sudah dihiris. Biar sampai naik bau.
4. Akhir sekali masukkan ikan keli yang disalai. Biarkan kuah mendidih selama 10 minit.
5. Kecilkan api dan biar kuah mereneh untuk serap dalam ikan yang disalai. Siap.
Dipanggil kuah Ikan Singgang kerana kuahnya berwarna kuning yang dikeluarkan dari kunyit hidup. Ni masakan gaya Terengganu yang sedap dimakan dengan budu, ulam-ulaman dan ikan goreng.
BAHAN-BAHAN:
Ikan Tenggiri
2 biji kunyit hidup (besar ibu jari boleh tumbuk kasar)
Lengkuas (boleh tumbuk kasar)
12 batang cili padi
Sedikit biji ketumbar
3 ulas bawang Putih
3 keping asam keping
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Masukkan semua bahan-bahan dalam periuk dan isi air sampai bahan tenggelam.
2. Tutup periuk, biarkan mendidih dan biarkan hingga masak.
3. Perasakan dengan sedikit garam dan gula mengikut citarasa anda.
4. Lagi bertambah sedap makan dengan tempoyak budu, potong cili padi dan hirisan bawang.
INFO: Boleh tukar dengan ikan yang lain seperti ikan kembung, tongkol dan sebagainya.
Selain sedap dibuat sambal, goreng kunyit atau dimasuk dalam tomyam sotong juga enak dibuat masak lemak. Jika nak lebih sedap dan istimewa boleh cuba buat sotong masak lemak Padang.