Acar Nenas dan Acar Buah keduanya memiliki keunikan dan kesedapannya yang tersendiri. Dua sajian ini adalah padanan padu dan sedap dimakan bersama Nasi Minyak, Nasi Kurma dan Beriyani ataupun nasi tumis yang lain.

Acar ni panjang jangka hayat dan biasanya lagi lama lagi sedap rasanya berbanding dengan hari pertama acar siap dimasak. Berempah dengan rasa masam manis menambahkan selera bila menikmati hidangan nasi tumis yang lain.

ACAR NANAS BEREMPAH

Acar Nenas Vs Acar Buah, Menyedap Nasi Membangkit Selera Syawal

BAHAN-BAHAN:

1 biji nanas | buang mata dan hiris kecil
2 biji cili merah | hiris memanjang
2 biji cili merah | hiris memanjang
10 ulas merah kecil | belah dua
5 ulas bawang putih| hiris
2cm halia muda | hiris memanjang
1 sudu besar udang kering
1 sudu teh biji sawi
1 sudu makan serbuk kari
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu makan cuka makan
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan air dalam periuk, kemudian celur nanas seketika, Angkat dan tos.
  2. Seterusnya panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang merah, putih dan halia hingga wangi.
  3. Kemudian tambahkan udang kering, diikuti dengan rempah kari yang dibancuh bersama serbuk kunyit.
  4. Tumis hingga pecah minyak.
  5. Masukkan biji sawi, hirisan cili merah, cili hijau dan nanas.
  6. Gaul rata, dan perasakan dengan cuka, garam dan gula secukup rasa.
  7. Setelah cukup rasa dan masak, tutup api.
  8. Sedia dihidangkan.

ACAR BUAH 

Acar Nenas Vs Acar Buah, Menyedap Nasi Membangkit Selera Syawal

IKLAN

BAHAN-BAHAN :

Bahan A (bahan tumis) :

1 1/3 cawan minyak untuk menumis |  Lebihkan sedikit kerana buah akan menyerap minyak )
1 sudu makan biji sawi

Ditumbuk atau kisar tanpa air:

4 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
2.5sm halia

IKLAN

Bahan B (rempah tumis)
3 sudu makan rempah kari
8-10 tangkai cili kering | dibuang biji ,rebus dan kisar)

Disangai dan dikisar halus:
1 sudu makan ketumbar biji
1 sudu teh Jintan Putih biji
1 camca teh Jintan Manis biji

Bahan C
4 sudu makan gula merah
2 sudu makan sos cili

Garam secukupnya

2 sudu makan perahan lemon

IKLAN

Bahan D
Disangai :
1/4 cawan bijan
1/3 cawan biji sawi

Bahan E (Buah-buahan) :

  • 50-150 gram setiap jenis buah buahan | kering atau jeruk (limau jeruk dibelah 12 ikut saiz)
    * Kalau buah yang berbiji atau besar  seperti prune lebihkan sedikit timbangan | dipotong dua atau empat, atau biarkan sebiji-biji.
  • 2 labu bawang putih | dibelah dua jika bersaiz besar
  • 12-15 ulas bawang merah  | dibelah dua
  • Cili Padi secukup nya 

CARA MEMASAK :

  1. Panaskan minyak dalam periuk.
  2. Tumiskan  bahan A sehingga garing.
  3. Masukkan bahan B, kacau jangan biar hangit dan terus masukkan bahan C.
  4. Biarkan sampai mendidih dan sedikit kering (berbuih-buih air gula.)
  5. Masukkan bahan E dan akhir sekali bahan D dan digaul sedikit supaya bercampur.
  6. Usah dikacau terlalu lama kerana buah akan hancur
  7. Bila mendidih terus padamkan api (Jangan masak terlalu lama kerana buah akan kecut)

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :

DAN JUGA RESIPI INI :

Sajian Terbaik 4 Aneka Nasi Arab dan Mediterranean Paling Sedap

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI