Acar Pisang Muda, Rasa Masam Bangkit Selera Saat Berbuka

Share

Acar pisang muda ini ada rasa masam yang pasti membuka selera. Esok dah nak puasa. Ha…boleh masak untuk berbuka esok petang.

Tak susah mana cara membuatnya. Ikut saja resipi yang dikongsikan oleh puan Kallthom Mohamed ini ye. https://www.facebook.com/kallthom.mohamed

Acar Pisang Muda

Bahan-bahan:

Pisang muda

Bawang merah – boleh beli online di sini

Bawang putih – boleh beli online di sini

Cili kering kisar/giling – boleh beli online di sini

Halia – boleh beli online di sini

Cili merah besar

Bawang besar – belah 4

Garam – boleh beli online di sini

Cuka

Gula – boleh beli online di sini

Air

Minyak masak – boleh beli online di sini

Cara Memasak Acar Pisang Muda:

Pisang muda dicuci dan kelar-kelar sedikit. Kemudian celur. Angkat dan toskan.

Kisar bawang merah, bawang putih dan halia.

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga terbit bau wangi.

Tambah cili kering kisar  dan tumis hingga ia betul-betul masak dan pecah minyak.

Setelah itu, masukkan cuka, garam dan secukup rasa. Tambah sedikit air untuk kuahnya.

Apabila kuah mendidih, bolehlah masukkan pisang yang telah dicelur tadi dan juga cili merah besar. Kacau lagi. Biarkan ia mendidih seketika dan agak-agak bila pisang sudah ‘mesra’ dengan kuah, bolehlah tutup api.

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

Published by
Nurul Azwa