Acar rempah timun telur puyuh ni memang sedap dimakan dengan nasi tumis sperti Nasi Minyak, Nasit Tomato dan juga nasi biasa. Lagi lama disimpan lagi sedap rasanya.
Keenakkan hidangan ini bila sayur dikunyah rangup dan telur puyuh rebus lembut. Rasa rempah diseimbangkan dengan rasa masam cuka.
ACAR REMPAH TIMUN TELUR PUYUH
Ads
BAHAN-BAHAN
BAHAN A:
Telur puyuh (rebus dan kopek kulit)
1 biji timun – di potong jejari
1 biji lobak merah – di potong jejari
Bawang merah ros – dibelah dua
Cili merah dan hijau
3 sudu besar rempah kurma
3 sudu besar kerisik
Cuka
Garam
Gula
Biji Sawi
BAHAN-BAHAN B (DIHIRIS):
2 biji bawang merah ros
2 ulas bawang putih
1 inci halia
BAHAN-BAHAN C (DIKISAR):
3 biji bawang merah ros
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit
Segenggam udang kering
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil ketumbar
CARA MEMASAK:
1. Tumis bahan-bahan hirisan hingga naik bau.
2. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar (Bahan C) kemudian masukkan rempah kurma. Tumis hingga garing.
3. Masukkan sedikit air dan kerisik
4. Masukkan semua bahan-bahan utama (Bahan A)
5. Perasakan dan biar hingga kuah agak pekat.
6. Akhir sekali, taburkan biji sawi
7. Siap dan boleh dihidangkan.
Macam nak tergolek tengok sedapnya lauk telur puyuh. Dengan sambal yang merah. Ditambah pula bila ada petai. Ulam itu menjadikan lauk ini semakin menaikkan selera bagi yang memang hantu petai.
RASA kongsikan resipi telur puyuh sambal petai bersantan. Bila-bila korang rasa nak buat, bolehlah cuba ya.
TELUR PUYUH SAMBAL PETAI BERSANTAN
Bahan-bahan
10 biji telur puyuh.
Minyak masak secukupnya
5 biji bawang merah (kisar)
2 ulas bawang putih (kisar)
2 sudu makan cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit perahan air asam jawa
4 sudu makan santan pekat
10 ulas petai (buang kulit)
Cara memasak
1. Rebus telur puyuh. Sejukkan dan kupas. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Goreng telur puyuh. Angkat dan ketepikan.
2. Dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak masak. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili kisar. Tumis sehingga terbit bau wangi.
3. Setelah naik bau, masukkan gula dan garam secukup rasa.
4. Masukkan sedikit air bersama perahan asam jawa diikuti dengan santan. Kacau perlahan hingga sebati.
5. Setelah mendidih, masukkan telur dan petai. Masak seketika, sedia dihidangkan.
Ketika demam, selalunya kita kurang selera makan. Rasa tak sedap badan dan tekak pun tak selesa nak menelan. Apa kata cuba buat sup telur yang diperkaya dengan kentang. Sedap sangat tau. RASA berikan resipi memasak sup telur yang dicampur kentang. Lauk yang jenis berkuah seperti sup ini boleh membantu mengurangkan rasa tak sedap badan dan membantu juga demam lebih cepat berlalu pergi.
SUP TELUR
BAHAN-BAHAN
• Minyak masak untuk menumis
• 2 biji bawang merah (hiris)
• 2 ulas bawang putih (hiris)
• 1 inci halia (hiris)
• Batang sederi (hiris)
• 2 biji ubi kentang potong kecil
• Cendawan kering (rendam air panas 15 minit sebelum dimasak)
• Sedikit suhun dan tauhu kering (direndam dulu)
• Garam
• 4 biji telur ayam
• Daun sup
CARA MEMBUAT
1. Tumis bahan hiris. Kemudian masukkan air ikut kepada sebanyak mana kuah yang kita mahu.
2. Masukkan ubi kentang dan biarkan empuk. Masukkan cendawan.
3. Masukkan suun dan tauhu kering yg di rendam seketika.
4. Masukkan garam. Pecahkan telur satu demi satu. Jangan kacau kerana tak nak telur pecah. Biarkan mendidih seketika.
5. Tabur daun sup.
Kali ini RASA ingin kongsikan resipi telur goyang masak kicap. Lauk ini amat menyelerakan dan bolehlah dianggap sebagai lauk emergency. Kenapa emergency? Ini kerana lauk telur goyang masak ini boleh dimasak dalam waktu kurang daripada 15 minit. Sesuai sangatlah kalau memang tengah lapar, kan?
Jom kita lihat resipinya.
TELUR GOYANG KICAP
BAHAN-BAHAN
Minyak masak
3 biji telur ayam
1 labu bawang besar (hiris) – boleh juga guna bawang merah kecil
7 tangkai cili padi (boleh juga guna cili besar)
Sedikit sos cili
Kicap manis secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Dalam kuali, panaskan minyak masak.
2. Goreng telur ayam satu demi satu. Angkat dan ketepikan.
3. Gunakan minyak masak yang sama, tumis bawang besar sehingga garing.
4. Masukkan cili sos dan cili padi. Kacau sebati.
5. Taburkan bahan tumisan tadi ke atas telur yang telah digoreng.
6. Tuang kicap secukupnya.
Menyelerakan.Sesuai dijadikan bekal ke tempat kerja.Sedap dimakan dengan nasi panas.