Ada Beza Ke Label ‘Use Before‘, ‘Best Before’ Dan Expiry Date Pada Makanan? Usah Keliru…

Share

Ada pelbagai label berbeza untuk menyatakan jangka hayat sesuatu produk terutamanya makanan. Biasanya ada tiga label atau tag yang biasa digunakan : BEST BEFORE, USE BY , & EXPIRY DATE.

Jom semak fakta yang dikongsikan oleh Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan WP Labuan dalam FB mereka. Ni penting bagi memastikan anda tidak terkeliru dan faham dengan lebih jelas lagi.

BEST BEFORE

Kebiasaannya label ‘BEST BEFORE’ ada pada makanan yang dibungkus segar selama 90 hari atau kurang. Ianya juga dilabelkan ‘best before’ sekiranya makanan atau item tersebut dibungkus di tempat lain dan bukannya dijual terus di kedai tempat produk tersebut dibeli .

Kesegaran makanan selepas tarikh ‘best before’ akan berkurangan bergantung kepada cara penyimpanan produk. Contohnya roti.

Maka, ‘best before’ memberikan info mudah : selepas tarikh ini; kesegaran, rasa , nutrisi malah tekstur makanan boleh berubah .

USE BEFORE

‘USE BEFORE’ : Tidak boleh di makan selepas tarikh dicetak. Peniaga juga tidak boleh menjual barangan yang melebihi tarikh ‘use before’.

USE BY

 

‘USE BY’ : Masih boleh dimakan namun kualiti dan kesegaran makanan sudah berkurangan. Masih boleh dijual atau dipamerkan di atas rak jualan . 

EXPIRY DATE


EXPIRY DATE’ selalu boleh dilihat pada produk seperti cecair formula, suplemen dan susu formula bayi. Selepas tarikh luput, produk tersebut sudah tidak mempunyai nutrisi yang sama seperti pada label. Ianya tidak boleh di makan serta perlu dibuang .

Sumber : Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan WP Labuan

 

Published by
Faridah Talib