Ada sesiapa di sini peminat sayur jeruk? Jom kita buat sayur jeruk mengikut cara Norita Shahbudin ini.
SAYUR JERUK
BAHAN:
2 pokok sayur sawi pahit (Chinese mustard) 5 sudu garam kasar 5 sudu gula ½ cawan air nasi 1 sudu garam
CARANYA:
1. Pilih pokok sayur sawi pahit (chinese mustard) ini yang agak-agak tak besar sangat. (saya buat portion kecil sahaja) 2. Campurkan garam kasar dan gula di dalam satu bekas. (sudu guna yang selalu orang cina makan sup tu) 3. Setengah cawan air nasi (kalau ada nasi tu yang terikut masa kita cedok air nasi tu, lenyek-lenyek pakai tapis teh jaring halus, kemudian masukkan sekali). 4. Kalau nak agak masam sikit, lebihkan air nasi 3/4 cawan. Air nasi ni masa kita masak nasi air yang mendidih tu. Saya masak guna rice cooker, saya lebihkan air secawan dari biasa untuk dapatkan 3/4 cawan air nasi tu. Masa tengah mendidih, cedok keluar air nasi tu.
Ads
*agak-agak besar macam ni saiz pokoknya
5. Sayur dicuci bersih. Cara saya, masukkan sesudu garam dalam air dan rendamkan sayur dalam 5-10 minit. Kemudian, cuci celah-celah sayur kot ada kotoran. 6. Celur sayur celur (nampak hijau berkilat) sekejap je dalam air panas mendidih, kemudian angkat. Ketepikan. 7. Garam+gula tadi kacau dalam air nasi. Masukkan campuran air nasi, kemudian air suam agak-agak setengah balang plastik yang simpan kuih raya tu.
*balang kuih yang saya guna. Ini keadaan sayur yang sehari dijeruk.
Ads
8. Masukkan sayur dalam balang. Pastikan cukup-cukup terendam dalam air. Tutup kemas letak kat luar peti ais dalam 3 atau 4 hari baru buka tengok hasilnya.
*Ini hasilnya selepas 4 hari
*Boleh tahan selama 2 atau 3 bulan kalau simpan dalam peti sejuk. Simpan dalam balang dan pastikan air jeruk tu ditinggalkan sikit je sebab takut nanti makin masin. Semoga bermanfaat untuk kita semua.
Sambal Nasi Ayam Penyet atau dikenali juga sebagai sambal jawa ni memang ekpres dan cepat sungguh membuatnya. Bahan-bahan ringkas sangat. Sesuai dimasak lebih sikit untuk stok dua tiga hari.
Boleh simpan peti sejuk. Tengah PKP ni tak payah nak masuk dapur hari-hari, mesti yang ada sibuk ‘work from home’ dan mesyuarat ‘video conferencing. Kita masak yang simple dan cepat, tak lama dok dapur .
Resipi dari Nuhaz Kitchen ni cukup mudah. Walaupun ni adalah sambal nasi ayam penyet tapi sambal ni juga sesuai dimakan nasi panas dan lauk biasa. Kalau min ada nasi dengan ikan atau ayam goreng lawan dengan sambal ni dah bertambah tambah pinggan nasi.
SAMBAL JAWA @ SAMBAL NASI AYAM PENYET
BAHAN-BAHAN :
• 1/2 biji bawang holland • 1 biji tomato • 4 tangkai cili besar • 7 tangkai cili padi (lebihkan kalau nak pedas) • sedikit belacan • gula dan garam secukupnya
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak dan goreng semua bahan di atas sehingga layu. Kecuali gula dan garam.
2. Kemudian tumbuk bahan-bahan yg telah digoreng menggunakan lesung batu (sya tumbuk kasar) 3. Panaskan minyak dan goreng bahan-bahan yg telah ditumbuk 4. Siap dah boleh makan. Gandakan resipi kalau nak buat stok, simpan dalam peti sejuk
Sizzling Yee Mee selalunya dihidang menggunakan hot plate kerana sizzling sedap makan ketika masih panas. Kalau tidak ada hot plate anda masih boleh lagi membuat hidangan sizzling yee mee ini di rumah.
Tumis sampai naik bau dan masukkan ayam yangg dipotong kecik gaul hingga kluar air ayam dlm 5 minit.
Masukan air dan semua sos perasa kecuali minyak bijan. Perasakan garam sedikit.
Tumbuk lada hitam dan masukkan Biar menggelegak dalam 10 minit.
Masukkan cendawan dan biar dalam 3 minit. Kemudian masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air. Tuang sedikit-sedikit sambil kacau sampai kuah akan memekat. Akhir sekali percikkan minyak bijan dan siap.
Akhir sekali didihkan mee sanggul hingga lembut dan tos air. Celur sayur sekejap dalam air panas dan goreng telur tapi biar separuh masak. Hidang dalam pinggan dan tuangkan kuah. Siap.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.