Ada Pisang Lebih Di Rumah? Boleh Cuba Resipi Mudah Ini

Share

Buat mereka yang suka mencuba resipi baru, bolehlah masak Banana Coffee Cake ini.

Sedap, mudah dan tak guna banyak bahan pun. Resipi yang dikongsi daripada Norfazida Gda ini, sesuai untuk makan pagi atau pun minum petang.

 

BANANA COFFEE CAKE

BAHAN PANCAKE:

3 biji pisang saiz sederhana
1 sudu besar serbuk kopi (saya guna yang segera) – beli online di sini
¼ cawan gula
2 biji telur gred B
1 sudu besar minyak masak – beli online di sini


1 & 1/3 tepung gandum | diayak – beli online di sini
1 sudu kecil baking powder | diayak
¼ sudu kecil baking soda | diayak
½ cawan susu segar/cair – beli online di sini

TONTON Kek Batik Milky Cheese Horlick | Dapur Rasa Live

TONTON Red Velvet Creampuff | Dapur Rasa Live

CARA-CARA:

1. Potong pisang. Campurkan bersama serbuk kopi, gula dan telur. Kisar hingga sebati.
2. Masukkan minyak, kisar hingga sekata. Kemudian, masukkan tepung gandum, baking powder dan baking soda yang telah diayak bersama, masukkan sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu segar/cair. Kisar sebentar hingga sebati.


3. Panaskan kuali yang telah disapukan sedikit minyak. Tuangkan 1/4 adunan pancake ke dalam kuali.


4. Masak sehingga keperangan di kedua-dua bahagian pancake. Angkat. Ulang lagi langkah yang sama sehingga habis adunan.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

BAHAN CREAM SUSU:

3 sudu besar tepung jagung – beli online di sini


2 sudu besar susu tepung – beli online di sini
2 sudu besar susu pekat – beli online di sini
1 cawan susu cair/segar – beli online di sini

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

CARA-CARA:

1. Campurkan semua bahan, kacau sebati. Masak dengan api perlahan sehingga pekat dan meruap-ruap.
2. Biarkan suam, kemudian bolehlah dilepakan pada pancake, susun bertingkat. Jika nak guna whipping cream yang diputar hingga kental pun boleh.

Kredit resipi: Norfazida Gda

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff