Jom kita mengembara ke Sri Lanka! Okaylah, kita cuba resipi ‘rare’dari Sri Lanka iaitu Bread Kottu Spicy, makanan jajan yang popular di sana.
Resipi yang dikongsi oleh Julia ALeen Aireish ini, mirip dengan makanan India Selatan, mempunyai rasa dan perisa tersendiri.
KOTTU – ROTI GORENG PEDAS
BAHAN-BAHAN :
5 keping roti | dipotong 1 sudu makan rempah kari | dibancuh dengan sedikit air – beli online di sini 1 sudu makan chili flake 1/2 biji bawang holland | potong dadu – beli online di sini 1/2 batang lobak merah | potong dadu – beli online di sini 1 biji ubi kentang saiz besar | dipotong seperti jejari – beli online di sini 1 tangkai daun kari 2 biji cili api | dipotong – beli online di sini 1 biji telur 1 sudu kecil serbuk maggi cukup rasa 2 sudu besar minyak masak untuk menumis Sedikit air (jika perlu)
3. Panaskan minyak, tumis bawang holland hingga layu kemudian masukkan cili api. Selepas itu masukkan lobak merah dan rempah kari kacau hingga pecah minyak.
Ads
4. Saya masukkan sedikit air panas agar tidak terlalu kering, letak serbuk maggi secukup rasa, cili flakes dan telur kacau-kacau dan rasa secukupnya. 5. Kemudian masukkan roti bakar bersama dengan kentang goreng gaul merata dan sebati. Sedia dinikmati panas-panas wow sangat berapi.
Nak cuba masakan nusantara? Jangan bimbang, rasa masakannya macam masakan Melayu, sedap dan memang boleh layan. Untuk itu, RASA kongsikan tiga menu yang ada pengaruh Indonesia dan Filipina. Bahan masakan yang digunakan juga sama seperti orang Malaysia masak. Apa tunggu lagi jom kita pelbagai masakan dalam menu harian.
AYAM WOKU MANADO
BAHAN-BAHAN:
1kg ayam | potong sederhana
5 helai daun limau purut
2 helai daun pandan
2 batang serai | titik
760gm air
1 biji tomato | potong dadu
2 batang daun bawang | hiris halus
Garam dan gula secukup rasa
Daun Kemangi | secukupnya
BAHAN KISAR :
4 tangkai cili kering
3 biji cili merah
5 biji cili padi
4 sudu makan minyak masak
6 biji buang keras
3cm kunyit hidup
3cm halia
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan kisar bersama daun limau purut, pandan, serai hingga wangi.
Masukkan ayam, masak hingga ayam kecut, masukkan air.
Perasakan dengan maram, gula secukup rasa, biarkan terus mendidih hingga ayam empuk.
Akhir sekali sebelum tutup api masukkan hirisan tomato, daun kemangi dan daun bawang.
Sedia dihindangkan.
AYAM KUNYIT KEDAYAN
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | potong kecil
2 sudu makan pes cili dikisar
Sedikit belacan
1 sudu teh serbuk kunyit
2 batang serai | titik
2 keping asam gelugor
1 litter santan
Garam, gula secukup rasa
Minyak masak
Air | jika perlu
BAHAN KISAR:
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan pes cili, belacan, serbuk kunyit dan serai, kacau seketika.
Setelah tumisan pecah minyak, masakkan ayam dan asam gelugor.
Masukkan sedikit air, kacau rata hingga ayam kecut.
Kemudian masukkan santan dan biarkan mereneh.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah ayam empuk, tutup api dan sedia dihidangkan.
SALMON PINDANG MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
800gm ikan Salmon | potong kepada 6-8 ketul
1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
1 1/2 liter air
5 ulas bawang merah | hiris
4 ulas bawang putih | cincang
3 cm halia | hiris nipis
4cm lengkuas | hiris nipis
10-15 biji cili padi
3 batang serai | titik
2 helai daun salam
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh belacan | bakar
3 biji tomato | potong kiub
300gm nanas | potong dadu
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Perapkan salmon bersama jus limau nipis dengan sedikit garam. Ketepikan dan perat lebih kurang 15 minit, kemudian bilas dengan air bersih.
Masukkan air dalam periuk bersama, hirisan bawang merah dan putih, halia, lengkuas, serai, cili padi serbuk kunyit dan belacan bakar (hancurkan).
Tutup periuk dan biarkan kuah mendidih.
Seterusnya masukkan Salmon hirisan tomato dan nanas.
Seketika kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Bila Syawal makin mejelang pasti ramai yang sudah sibuk menyediakan pelbagai kudapan untuk tetamu di hari raya nanti. Salah satu kudapan yang menjadi pilihan ramai adalah Rempeyek Kacang Tanah. Mudah sahaja cara pembuatannya. Saudari Wan Husniza Ayu ada kongsikan. Bolehlah cuba buat nanti. Boleh pilih sama ada nak buat Rempeyek Kacang Tanah atau Rempeyek Kacang Tanah Ikan Bilis. Dua-dua sedap.
Ramai suka Sotong Goreng Celup Tepung, tapi rata-rata menikmati keenakannya hanya makan di restoran atau gerai, kerana selalu gagal bila buat sendiri di rumah. Lepas ini anda jangan susah hati, berikut dikongsikan resipi dan cara untuk memastikan bila sotong digoreng tepungnya tidak lerai (tertanggal dari tepungnya). Kalau Ikut resipi yang betul gerenti jadi.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.