Siapa di sini peminat acar? Selain daripada acar buah, sebenarnya acar boleh dipelbagaikan termasuklah acar ikan masin talang ni.
Resipi yang dikongsi WaNi TuHit ini, tidak menggunakan rempah dan halia hiris.
Wani turut berkongsi petua untuk buat acar yang sedap dan tahan lama iaitu minyak kena banyak dan guna air sikit je masa kisar bahan. Tumis betul-betul kering. Barulah acar tahan lama.
ACAR IKAN MASIN TALANG
BAHAN A:
150g cili kering | basuh & kisar halus. Gunakan air yang sedikit masa kisar – beli online di sini
BAHAN B:
2-3 biji bawang besar – beli online di sini
15 ulas bawang putih – beli online di sini
Halia saiz 3 jari lebih kurang atau 50g – beli online di sini
*semua bahan dikisar halus
TONTON Kek Batik Milky Cheese Horlick | Dapur Rasa Live
TONTON Ikan, Sotong & Udang Celup Tepung | Dapur Rasa Live
BAHAN C:
400gm bawang merah kecil (anggaran saja, kalau suka lebihkan)
5 labu bawang putih
100-150ml cuka (jangan banyak nanti bau cuka kuat)
*rendam bawang merah & putih dengan cuka lebih kurang 30-45 minit. Gaul-gaulkan biar sekata sebab cuka sikit, bawang banyak
BAHAN D:
300g kismis golden raisin
200gm lobak masin | potong kecil-kecil
200gm buahan kering (saya guna 1 jenis je, buah prune. Basuh & tos)
50gm bijan
300gm gula (kalau suka manis, boleh lebihkan lagi) – beli online di sini
1 sudu kecil garam (tak letak pun tak apa sebab ikan masin dah masin)
300gm isi ikan masin talang/kurau/malong (potong ikut suka, basuh, goreng & ketepikan)
BAHAN E:
Cili api merah & hijau
½ peket minyak masak untuk menumis (minyak goreng ikan masin kalau masih elok, boleh juga tapis & guna)
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
CARA-CARA:
1. Tumis Bahan B sehingga naik bau.
2. Masukkan bahan A dan tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan rendaman bawang merah dan bawang putih berserta cuka sekali. Biarkan seketika.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
4. Masukkan bahan D dan kacau rata.
5. Biarkan sehingga agak kering tapi jangan terlalu kering. Ini bagi memastikan acar tahan lama.
6. Rasa sesuaikan masin manis acar.
7. Masukkan bahan E dan biarkan sebentar. Jangan sampai layu sangat. Nanti cili akan layu sendiri.
Kredit resipi: WaNi TuHit
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: