
Sebagai ibu, setiap hari bila memasak, kita tentunya nak beri hidangan yang terbaik buat insan-insan tersayang. Nasi adalah makanan utama yang kita berikan pada keluarga. Sebagai muslim, seeloknya sebelum mula memasak, kita haruslah dalam keadaan suci dan berwuduk.

ADAB BASUH BERAS CARA ISLAM
- Ketika membasuh beras seharuslah menggunakan tangan kanan.
- Basuh beras dengan menghala arah lawan jam. (arah tawaf)
- Sambil membasuh bacalah “Laisa la ha min dunillahi kastyifah” maksudnya “Tidak ada penyembuhan selain dari Allah”
- Ulangi membasuh beras sebanyak tiga kali atau di yakin bersih.
- Sambil membasuh beras itu berselawat dan amalkan doa.
“Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami makanan yang lebih baik darinya” -At Tarmizi.
dan “Ya Allah, lembutkan hati kami untuk faham agamaMu sebagaimana Engkau lembutkan beras ini hingga menjadi nasi”
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cara Hilangkan Bau Hamis Daging Segar Untuk Masak Rendang & Sup.

Daging lembu segar mempunyai bau hamis dan perlu dicuci dengan sempurna bagi membuang bau tersebut. Jika tidak dibersihkan dengan sempurna, bila dimasak seperti juadah rendang, sup atau digoreng, masakan anda akan sedikit berbau kurang enak. Kadang kala bau ini menjejaskan rasa makanan. Ada pelbagai petua dan cara dikongsi untuk membuang bau ini yang anda boleh cuba.
CARA HILANGKAN BAU HAMIS DAGING SEGAR
BAHAN-BAHAN:
- Daging
- Tepung gandum |anggaran 3 sudu makan untuk 1 kg daging
- 2-3 helai daun nangka | jika ada
CARA-CARA:
1. Bersihkan daging dan potong mengikut saiz yang sesuai untuk jenis masakan anda.

2. Masukkan ke dalam bekas dan tabur tepung gandum. Masukkan juga daun nangka yang telah direnyuk-renyuk sedikit. Gaul rata dan biarkan dalam 30 minit hingga ke 1 jam.

3. Bersihkan daging dan toskan hingga kering sebelum dimasukkan ke dalam rendang.

4. Hasilnya daging akan tidak berbau malah lebih cepat empuk bila dimasak rendang atau sebagainya.
5. Selamat mencuba.

BOLEH CUBA:
Cara-Cara Masak Sup Daging Thai Tanpa Guna Rempah & Sup Bunjut.
Koleksi Resipi Sup Mudah, Sedap & Guna Sup Bunjut Untuk Berbuka.
9 Cara Simpan Biskut Raya Agar Sentiasa Sedap, Tidak Lemau & Tahan Lama

Biskut raya jika salah cara penyimpanannya, akan menyebabkan biskut menjadi lemau dan tidak sedap. Namun jangan risau kerana ada petua untuk mengatasi masalah ini. Jika amalkannya masalah biskut lemauni dapat diatasi.
PETUA ELAK BISKUT RAYA MENJADI LEMAU
1. JEMUR TEPUNG DAN GULA TERLEBIH DAHULU.

Tepung dan gula yang dijemur akan menghasilkan biskut yang ringan. Jika susah nak jemur, tepung boleh disangai didalam kuali sebelum digunakan. Ia merupakan petua orang tua dulu-dulu bagi menghasilkan biskut yang sedap dan rangup.
2. SEJUKKAN BISKUT SEBELUM DISIMPAN.

Biskut yang masih panas perlu disimpan terlebih dahulu sebelum disimpan dalam balang. Jika terus disimpan, wap panas akan berkumpul dalam balang seterusnya melembabkan biskut.
3. SIMPAN DALAM BEKAS KEDAP UDARA.

Untuk menjamin biskut raya tahan lama, sebaiknya simpan dalam bekas kedap udara dan jangan dibuka terlalu kerap. Ini kerana udara yang masuk akan menyebabkan biskut lemau.
4. PASTIKAN BALANG BETUL-BETUL KERING.

Sebelum guna balang untuk menyimpan biskut, pastikan bekas tersebut betul-betul kering dan tiada kesan air. Ia bagi mengelakkan biskut mudah rosak apabila dalam keadaan lembab.
5. ALASKAN DENGAN KERTAS MINYAK.

Jika anda membuat biskut yang berminyak seperti tat, biskut mentega dan sebagainya, pastikan apabila simpan biskut dalam balang, setiap lapisan dialas dengan kertas minyak. Ia bertujuan menyerap lebihan minyak serta memastikan biskut sentiasa kering.
6. ASINGKAN SETIAP JENIS BISKUT DALAM BEKAS BERLAINAN.

Elakkan dari mencampur biskut berlainan dalam bekas yang sama. Ini kerana jika dicampur, biskut akan cepat lemau kerana setiap jenis biskut di adun dengan bahan yang berbeza.
7. GUNA BUNJUT GARAM

Untuk memastikan biskut kekal rangup dalam masa yang lama, masukkan uncang berisi garam ke dalam balang biskut. Caranya ialah bungkus satu atau dua sudu teh garam dan masukkan ke dalam balam. Garam akan berfungsi menyerap lembapan yang ada dalam balang.
8. TABUR GULA DALAM BEKAS.

Taburkan sedikit gula ke dalam balang atau bekas yang mengandungi biskut. Ia berfungsi mengelakkan biskut dari menajdi cepat tengik dan hapak.
9. PANGGANG KEKACANG TERLEBIH DAHULU.

Jika anda membuat biskut berasaskan kekacang, pastikan ia dipanggang terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam adunan biskut. Kekacang yang tidak dipanggang akan menyebabkan biskut cepat lemau dan tengik. Elakkan juga menggoreng kacang kerana ia akan menyebabkan biskut lebih berminyak.
TIP SELAMATKAN BISKUT RAYA YANG LEMAU

Bakar semula biskut yang lemau dengan suhu 180C selama lima minit. Hasilnya biskut yang lemau tadi akan kembali rangup dan sedap.
Petua Pilih Epal Rangup Dan Manis. Pilih Elok-elok Baru Seronok Memakannya

‘An apple a day keeps the doctor away’, ni ungkapan yang menggambarkan betapa pentingnya epal untuk kesihatan. Epal kaya dengan khasiat dan vitamin dan jika dimakan secara rutin harian dan teratur ia mampu menghindari pelbagai penyakit seperti serangan jantung, stroke dan kanser.
Pastikan epalnya rangup dan mengandungi banyak air.

fruitsandveggies.org.
- Ketuk epal
Caranya ketuklah epal dengan jari jika berbunyi nyaring menandakan ia rangup dan mengandungi banyak air. Pilih epal yang keras dan kemudian tekan dengan lembut rasa. Jika epal tidak terasa keras maka epal itu tidak rangup.
- Perhatikan kulit
Pilih epal yang mempunyai kulit bersih tanpa tompok hitam, berwarna cerah dan berteksur baik.
- Perhatikan ukuran
Ukuran epal menentukan matang atau tidaknya epal. Semakin besar epal semakin matang isinya.
- Hindarkan epal berbintik-bintik
Jika epal ada bitnik bitnik di bahagian kulitnya bererti epal tidak lagi rangup, Pastikan epal yang anda pilih terasa keras bila ditekan dengan jari
- Hidu aroma dan baunya
Epal yang sudah matang akan mengeluarkan aroma khas yang harum.
- Bersih betul-betul
Pastikan epal dibersih betul-betul, boleh juga menggunakan bahan pencuci buah. Tahukah anda epal yang belum dibersihkan masih terdapat sisi racun serangga dan bakteria .

Kredit foto : thriftyfun.com.
- Lepas dihiris rendam dalam air garam
Untuk mengelakkan cepat lembam setelah dipotong, hirisan epal boleh direndam dalam air garam untuk mengelakkan cepat perang dan mengekalkan rasa rangupnya.
.

