Oleh: Zera Naim
Tarikh: 25 Julai 2017
Nasi adalah makanan utama yang kita berikan pada keluarga kita. Seeloknya sebelum mula memasak kita dalam keadaan suci dan berwudhuk.
- Ketika membasuh beras seharuslah menggunakan tangan kanan.
- Basuh beras dengan menghala arah lawan jam. (arah tawaf)
- Sambil membasuh bacalah “Laisa la ha min dunillahi kastyifah” maksudnya “Tidak ada penyembuhan selain dari Allah”
- Ulangi membasuh beras sebanyak tiga kali atau di yakin bersih.
- Sambil membasuh beras itu berselawat dan amalkan doa.
“Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami makanan yang lebih baik darinya” -At Tarmizi.
dan “Ya Allah, lembutkan hati kami untuk faham agamaMu sebagaimana Engkau lembutkan beras ini hingga menjadi nasi”
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
7 Cara Untuk Bersihkan Kulit Kerang. Memang Bersih Jadinya.
Kerang berkulit yan g dibeli di pasar, harus dicuci bersih terlebih dahulu sebelum dimasak. Ini kerana terdapat banyak lumpur dan kotoran yang melekat. Jika tidak dicuci bersih, dibimbangi akan menjadi punca kepada masalah sakit perut, cirit birit dan sebagainya.
Kerang ni bukan senang nak cuci. Kotoran dikulitnya juga agak degil untuk tanggal. Oleh itu ada beberapa cara yang boleh dicuba untuk membersihkan kerang ni. Antara cara yang boleh dicuba ialah dengan menggunakan:
1.Serai
Ketuk beberapa batang serai dan masukkan ke dalam bekas berisi kerang. Isikan air sama paras dengan kerang dan gaul berkali-kali bersama dengan serai tadi. Biarkan selama 20 minit. Toskan air dan bersihkan.
2. Hampas kelapa
Hampas jkelapa jangan dibuang begitu sahaja. Ia boleh digunakan untuk membersihkan kerang. Caranya ialah gaul kerang dengan hampas kelapa. Biarkan selama 1 jam. Lebih banyak hampas digunakan, lebih mudah kulit kerang dibersihkan.
3. Daun ubi
Mudah sahaja. Ambil beberapa helai daun ubi dan carik-carikkan. Kemudian ramas di dalam bekas berisi kerang.
4. Daun betik
Sama juga seperti menggunakan daun ubi. Ramas daun betik dan rendam seketika. Hasilnya kerang akan menjadi bersih.
5. Garam
Masukkan garam kasar ke dalam besin berisi kerang. Tambahkan air dan rendam selama 30 minit dan bilas bersih. Hasilnya isi kerang tidak berlumpur dan bersih. Sebaiknya guna karam kasar.
6. Pelepah pisang
Cara ini berkesan untuk membersihkan kulit kerang yang kotor. Ambil pelepah pisang dan buang daunnya. Hanya ambik batang pelepah sahaja. Jika panjang, potong 2 bahagian. Masukkan kerang ke dalam besin dan sental kerang. Ulang langkah yang sama sehingga kulit kerang kelihatan bersih.
7. Asam keping
Masukkan beberapa keping asam gelugur ke dalam rendaman kerang. Biarkan selama 1 jam dan bilas hingga bersih.
Daun Pandan Kekal Segar Berbulan-Bulan Jika Simpan Cara Ini. Bau Pun Kekal Wangi
Nak pakai daun pandan untuk memasak cuma sehelai dua saja tapi bila beli dibungkus punyalah banyak. Nak tak belilah juga.
Lebihan daun pandan sebaiknya jangan dibiarkan saja di dalam peti, lagi elok disimpan cara berikut supaya tahan lama. Boleh digunakan lagi berbulan-bulan, tak perlulah beli lagi.
Caranya seperti berikut;
• Bersihkan daun pandan
• Potong pendek pendek
• Masukkan dalam plastik kedap/ tupperware
• Simpan dalam peti ais sejuk beku (bahagian freezer)
Daun yang disimpan dalam freeze ini baunya masih kuat dan kekal hijau walau dah berbulan bula.
Nota : Serai dan juga daun-daun lain pun boleh disimpan cara ini.
Sumber: Dla Amaya
Panduan Pilih Ikan Pari Dan Ketuka Segar & Cara Hilangkan Bau Hancing.
Ikan pari atau ikan ketuka adalah spesis ikan yang biasa kita jumpa dan sesuai dimasak dengan pelbagai cara. Biasanya ia enak dimasak asam pedas, dibakar bersama arang dan bermacam-macam lagi. Ikan Pari bersaiz lebih besar berbanding ikan Ketuka yang bersaiz lebih kecil. Namun tahukah anda cara-cara untuk memilih ikan pari dan ikan ketuka yang segar serta cara-cara mengatasi bau hancing ikan-ikan ini? Jom cuba petua di bawah.
CARA-CARA MEMILIH IKAN PARI SEGAR
- Semasa memilih ikan, pastikan isi ikan pari berwarna cerah dan tidak gelap. Bagi ikan ketuka pula, biasanya ia dijual tanpa dipotong. Oleh itu untuk mengenalpasti tahap kesegarannya adalah dengan cara tekan badan ikan dan pastikan ia mempunyai tekstur pejal serta tidak lembik.
- Hidu ikan-ikan tersebut sama ada berbau hancing atau tidak. Sebaiknya, pilih ikan yang tidak berbau hancing kerana ia memudahkan proses memasak.
Jika ikan Pari atau Ketuka yang anda beli berbau hancing, jangan dibuang kerana ia masih boleh dimasak dan dinikmati tanpa membantutkan selera. Apa yang anda perlukan ialah:
- Ikan pari/ketuka
- Asam jawa
- Air
CARA-CARA:
1. Bersihkan ikan pari atau ketuka. Buang perut dan organ-organ dalamannya. Bilas hingga bersih.
2. Lumur asam jawa yang telah dibancuh dengan sedikit air. Ratakan dan perap selama 20 minit.
3. Bilas menggunakan air bersih dan toskan.
4. Sedia untuk dimasak mengikut citarasa anda.