Adab Basuh Beras Cara Islam Yang Patut Diamalkan.

Share

Sebagai ibu, setiap hari bila memasak, kita tentunya nak beri hidangan yang terbaik buat insan-insan tersayang. Nasi adalah makanan utama yang kita berikan pada keluarga. Sebagai muslim, seeloknya sebelum mula memasak, kita haruslah dalam keadaan suci dan berwuduk.

 

foto: www.chowhound.com

ADAB BASUH BERAS CARA ISLAM

 

  1. Ketika membasuh beras seharuslah menggunakan tangan kanan.
  2. Basuh beras dengan menghala arah lawan jam. (arah tawaf)
  3. Sambil membasuh bacalah “Laisa la ha min dunillahi kastyifah” maksudnya “Tidak ada penyembuhan selain dari Allah”
  4. Ulangi membasuh beras sebanyak tiga kali atau di yakin bersih.
  5. Sambil membasuh beras itu berselawat dan amalkan doa.

 

“Segala puji bagi Allah yang telah  memberi kami makanan yang lebih baik darinya” -At Tarmizi.

dan “Ya Allah, lembutkan hati kami untuk faham agamaMu sebagaimana Engkau lembutkan beras ini hingga menjadi nasi”

Published by
Nur