Macam mana dengan episod pertama Rasa: Ketuhar Kuali? Akak-akak dah cuba resipi-resipi yang dikongsikan? Dalam episod kedua Rasa: Ketuhar Kuali kali ini, Aunty Aini dan Adamdidam akan berkongsi 3 lagi menu iaitu Bruschetta, Ayam Masak Lemak dan Kek Keju. Boleh lah ya cuba nanti untuk variasikan lagi menu masakan di rumah.
Disini kami kongsikan resipi-resipinya. Selamat mencuba!
1. BRUSCHETTA
BAHAN-BAHAN:
- 1 Paket Tomato Ceri
- 1 Paket Beef Bacon
- 1 Paket Cendawan Portobello
- 2 Biji Bawang Besar
- ½ Labu Bawang Putih
- Garam
- Serbuk Lada Hitam
- 2 Biji Tomato
- 1 Paket Baby Spinach
- Minyak Zaitun
- Roti Perancis
- Mentega
- Daun Thyme
- Daun Basil
CARA MEMASAK:
- Potong roti Perancis dan sapukan mentega.
- Potong kiub beef bacon.
- Panaskan sedikit minyak dan mentega, kemudian tumis beef bacon.
- Masukkan bawang besar dan bawang putih yang telah dicincang kedalam bahan tumisan sehingga layu keemasan.
- Masukkan tomato ceri, sedikit daun thyme dan daun basil.
- Tambah sedikit garam dan serbuk lada hitam ke dalam masakan.
- Masukkan cendawan Portobello yang telah dihiris nipis.
- Dalam satu magkuk yang berisi baby spinach, masukkan tomato besar yang didadu kecil.
- Kemudian, masuk bahan masakkan kedalam mangkuk yang sama dan gaul rata.
- Titiskan sedikit minyak zaitun keatas roti Perancis yang telah dipotong, kemudian letakkan bahan masak keatas roti.
- Siap untuk dihidang.
2. AYAM MASAK LEMAK
BAHAN-BAHAN:
- 1 Ekor Ayam – Potong 12
- 30 Biji Cili Padi
- 2 Inci Kunyit
- 2 Inci Lengkuas
- 6 Batang Serai
- Daun Kunyit
- 4 Keping Asam Keping
- 1kg Santan
- Garam
- 4biji Kentang
CARA MEMASAK:
- Basuh ayam dengan limau dan garam.
- Masukkan ayam kedalam periuk.
- Kisar kunyit, cili padi, dan sedikit air. Curahkan kedalam periuk yang berisi ayam.
- Kecutkan ayam dalam periuk.
- Bahagi serai kepada 2 bahagian, ketuk satu bahagian dan masukkan kedalam periuk.
- Hiris lengkuas dan masukkan kedalam periuk. Tutup periuk untuk didihkan masakkan.
- Masukkan kentang yang dipotong empat setiap satu, dan tutup kembali periuk.
- Apabila mendidih, masukkan baki serai yang telah diketuk, dan juga santan.
- Masukkan asam keping dan garam. Kacau, kemudian masukkan daun kunyit.
- Biarkan menggelegak, dan tutup api.
- Siap untuk dihidang.
3. KEK KEJU
BAHAN-BAHAN:
- 4 Sudu Besar Mentega
- 45g Krim Keju
- 100g Gula Halus
- 1 Sudu Besar Susu Segar
- 1 Biji Telur
- ½ Sudu Kecil Esen Vanila
- 60g Tepung Kek
- ½ Susu Kecil Garam
- 2 Sudu Besar Krim
CARA MEMASAK:
- Masukkan mentega, krim keju dan gula halus kedalam mangkuk dan pukul sehingga mentega lembut.
- Masukkan susu, telur, esen vanila dan pukul hingga sebati.
- Masukkan sedikit garam kedalam tepung, dan curahkan sedikit demi sedikit kedalam acuan yang telah dipukul. Kacau rata.
- Letak kertas minyak dalam dulang pembakar, dan curahkan adunan kedalam bekas.
- Bakar selama 50 minit pada suhu 160’C.
- Siap untuk dihidang.
Jangan ketinggalan untuk saksikan Program Rasa: Ketuhar Kuali episod ke tiga minggu hadapan ya. Gabungan karektor Aunty Aini dan Adam yang mesra dan bersahaja di kaca televisyen pasti akan menghiburkan para penonton. Dan yang pasti mereka akan berkongsi pelbagai resipi menarik dan tips memasak sepanjang 13 episod program masakan terbaru Rasa: Ketuhar Kuali ini yang akan disiarkan setiap Isnin jam 12 tengah hari hanya di Saluran Astro Prima 105 dan Maya HD 135.