Adriana Cakes House Pelihara Keenakan Kek. Kongsi Resipi Kek Lobak Legend.

Share

Pemilik bakeri Adriana Cakes House

ini mempunyai bakat luar biasa. Dia belajar membuat kek, bakeri dan pastri dengan merujuk kepada buku dan mempelajarinya melalui online untuk menghasilkan kek yang cantik dan enak.

Norhayati Ahmad, 37 tahun, memang minat bidang yang memerlukan sentuhan seni. Inilah sebabnya mengapa dia memilih pembuatan bakeri dan pastri sebagai pilihan kerjayanya kini.

Norhayati Ahmad pemilik Adriana Cake House , tiga dari kiri (bertudung hitam)

Diam tak diam Adriana Cake House sudah beroperasi selama empat tahun. Kedai bakeri ini terletak betul-betul di kediamannya di Meru, Klang, Selangor. Bagi Norhayati berniaga sendiri menyebabkan ia mempunyai lebih masa untuk bersama-sama anak-anak. Malah nama kedainya Adriana mengambil awalan nama ketiga-tiga putri kesayangannya.


Perniagaannya sebenarnya sudah bermula sejak 2017 dengan berniaga dari rumah sebelum membuka kedai bakeri pada 2017. Di samping dia turut kelas mengajar baking dan juga menyewakan tempat untuk kelas masakan kek dan biskut. Adriana Cakes House turut menjual di kedai dan menerima tempahan online di alamat FB: adriana cakes and cookies.


Di antara produk yang dihasilkan sendiri oleh Norhayati bersama dua pekerjanya adalah kek red velvet, kek span, kek choc moist, lapis jagung, brownies,tart dan kek keju dan juga biskut dan pastri. Manakalah produk top sales adalah cream puffnya yang gebu, lembut dan berkrim enak.Dalam sehari dia dapat menjual 20 kotak yang berharga RM10 sekotak dan RM16.50 untuk kotak yang besar.


Dia juga turut menerima tempahan kek ‘custom made’ mengikut citarasa yang dikehendaki pelanggan.Prinsipnya mudah dalam menyediakan sesuatu kek atau produk biskut dan pastri yang lain dia amat mementingkan keenakan rasa agar pelanggan berpuas hati dan seterusnya berulang membeli dan seterus menjadi pelanggan tetap.


Latar belakang akademik Norhayati dalam pengajian perniagaan dan pengurusan runcit banyak membantunya dalam selok belok memajukan lagi Adriana Cakes House. Impian Norhayati adalah mengembangkan ilmu perniagaan dengan membantu keluarga dan memberi latihan kepada saudara-mara agar mereka juga dapat membuka perniagaan sendiri apabila pulang ke kampung.


Norhayati sudi berkongsi resipi kek lobak merah dengan badam yang cukup “legend’.

KEK LOBAK MERAH DENGAN BADAM



BAHAN-BAHAN :

BAHAN A:

  • 200 gm tepung gandum atau tepung kek | diayak
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat | diayak
  • 1/2 sudu teh serbuk kayu manis | diayak

*Satukan semua bahan A ini, kemudian di ayak.

Bahan B:

  • 250 gm lobak merah | diparut halus dan telah di perah
  • 100 gm almond nibs | dipanggang dahulu selama 5 minit dalam oven pada suhu 160 C)
  • 240 gm gula halus
  • 180 gm minyak jagung
  • 2 biji telur saiz A

Bahan krim keju :

  • 150 gm krim keju
  • 30 gm mentega tanpa garam
  • 60 gm gula aising
  • 10 gm whipping cream

*Badam hancur (kasar) @ almond nib dan parutan keju cheddar untuk hiasan

CARA MEMASAK :
Kek :
1. Putar gula dan telur hingga kembang
2. Masukkan minyak jagung dan putar lagi hingga sebati dengan kelajuan sederhana
3. Masukkan campuran tepung yang telah diayak tadi dan kaup balik sehingga sebati.
4. Masukkan lobak dan badam, kaup balik sehingga adunan sebati.
5. Sediakan loyang pembakar 23 sm, lapik loyang dengan kertas pembakar dan sapukan sedikit mentega pada loyang.


6. Tuangkan adunan dan bakar adunan di dalam ketuhar pada suhu 170 darjah celcius yang telah di panaskan dahulu selama 15 minit.
7. Bakar kek selama 40-50 minit bergantung kepada oven masing-masing..
8. Setelah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sebentar dalam loyang pembakar dan kemudian terbalikkan atas redai.

Krim keju :
1. Pukul keju krim,mentega dan gula aising hingga kembang.
2. Dalam bekas lain, pukul whipping cream sehingga kembang.
3. Masukkan whipping cream ke dalam adunan keju krim dan kaup balik adunan sehingga sebati. Krim keju sedia disapukan pada kek.

Saiz hidangan: 1loyang pembakar bulat saiz 23 sm (1.5 kg)
Waktu memasak: 40 – 50 minit
Keistimewaan: Kek lobak merah klasik denan ‘topping’ krim keju yang lazat.

INFO : Selain badam anda juga boleh menggantikan dengan kacang walnut atau jenis kekacang , panggang dahulu kekacangnya. Lobak merah hendaklah disagat kasar.

INFO KEDAI:

Nama kedai : Adriana Cakes House

Syarikat : ACS Multi Resources

Lokasi: Lot 2035, Bt 7 1/2, Jalan Jambu, Meru, Kapar, Selangor

Pemilik : Norhayati Ahmad

Waktu urusniaga : Isnin hingga Sabtu, 10 pagi – 6.30 petang

Keistimewaan :
1. Menerima tempahan kek di kedai dan juga secara online FB
2. Menawarkan aneka jenis kek dan produk bakeri dan pastri dengan harga berpatutuan.Juga membuat custom
made mengikut corak dan bentuk mengikut citarasa pelanggan.
3. Dekorasi kek yang berseni dan cantik.
4. Menawarkan kek red velvet, kek span, kek choc moist, lapis jagung, brownies,tart dan kek keju dan juga biskut dan pastri.
5. Produk cream puff adalah antara jualan terlaris

 

ANDA INGIN MENCARI MIXER UNTUK MENGADUN KEK LOBAK MERAK. JOM LAYARINYA DI SINI.

ANDA MUNGKIN MEMINATI RESIPI INI :

DAN JUGA VIDEO MASAKAN INI :

 

 

Published by
Faridah Talib