Tapiskan dan tuang ke dalam loyang. Biarkan sejuk.
Satukan bahan B (air, agar-agar dan gula). Masak sehingga larut.
Kemudian, masukkan susu, kacau rata.
Angkat dan bahagikan kepada tiga bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan campuran Krimer Manis Jagung SAJI, satu bahagian dicampur dengan campuran Krimer Manis Tembikai Susu SAJI dan satu bahagian dicampur dengan campuran Krimer Manis Bandung SAJI.
Cakarkan permukaan A, tuangkan campuran jagung. Biarkan beku.
Kemudian tuangkan pula lapisan tembikai susu di atasnya dan biarkan beku.
Akhir sekali, tuangkan lapisan bandung. Biarkan beku selama 3 jam sebelum dipotong dan dinikmati.