
Isi Kandungan
ToggleMemang nikmat kalau dapat makan agar-agar gula merah ni. Tambah pula bila disejukkan dulu. Lemak manis santan gula tak boleh bincang. Simpan dalam peti sekejap dah licin.Jika ada yang teringin boleh ikut resepi ini menggunakan loyang ukuran 7×7.
Agar-Agar Gula Merah
Bahan-bahan:
18g agar-agar tali
5 cawan air
3/4 cawan gula pasir
1 cawan gula merah
1 biji telur
1 kotak kecil santan
Secubit garam
Daun pandan secukupnya
Cara memasak:
1.Masukkan agar-agar tali dalam periuk.
2.Letak air
3.Letak daun pandan.
4.Rebus sampai agar-agar hancur dan berbuih macam ni.
5.Terus masukkan gula pasir
6.Masukkan juga gula merah
7.Biar mendidih dan gula semua hancur
8.Tapis
9.Telur dan santan satukan.
10.Masukkan secubit garam.
11.Masukkan campuran santan dan telur tadi.Tip : Api kecil. Masukkan secepat mungkin terus kacau laju-laju. Untuk elak santan dan telur berketul.
12.Sentiasa dikacau.
13.Sampai mendidih dapat tekstur macam ni . Halus dan rapat. Ini yang akan menentukan rupa lapisan santan kita nanti.
14.Ini untuk yang pandan. Letak emulco pandan. Abaikan yang gula merah
15.Dah mendidih tadi terus letak diloyang. Tunggu mengeras boleh simpan peti.
Nak cepat lagi terus simpan dibeku dalam satu jam.Tip : basahkan dulu loyang. Nak mudah keluarkan agar-agar nanti.
16.Nampakkan tekstur lapisan santan. Halus dan rapat
17.Dah betul keras. Sisipkan pisau keliling loyang.
18.Terus terbalikkan
19.Potong
Kredit: Mizah Ngatiman
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kuih Cucur Badak, Pedas-Pedas Berempah, Sedap Sungguh!

Salah satu kuih tradisional Melayu yang masih diminati sampai sekarang adalah kuih cucur badak. Bentuknya bulat-bulat dan warna seperti tepung yang digoreng. Memang nampak gebu gitu.
Intinya adalah kelapa parut yang dimasak dengan sedikit rasa pedas berempah. Memang sangat sedap menjadikan kuih ini kena dengan selera kaum Melayu yang suka makan pedas.
Jom kita lihat resipinya.
CUCUR BADAK
Resipi untuk 20 biji cucur badak.
BAHAN-BAHAN
1 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 batang serai
1/2 cawan udang kering
1/2 sudu kecil jintan kasar
1/2 cawan air
3 sudu besar minyak masak
2 sudu besar cili boh
1/4 sudu kecil serbuk kunyit
1 1/2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 cawan kelapa parut
600 gram ubi keledek
500 ml air
1/2 sudu kecil garam
220 gram tepung gandum
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Dalam mesin pengisar, masukkan bawang putih, bawang besar, serai, udang kering, jintan kasar dan air. Kisar sehingga halus.
2. Dalam kuali, masukkan minyak masak. Tumis bahan kisar tadi. Masukkan cili boh dan serbuk kunyit. Tumis lagi.
3. Masukkan gula dan garam. Kacau lagi sehingga pencah minyak.
4. Masukkan kelapa parut. Gaulkan kelapa parut dengan bahan tumisan sehingga rata. Masak sehingga agak kering. Matikan api. Ketepikan.
5. Ambil ubi keledek. Potong kecil. Masukkan dalam periuk. Masukkan air dan garam. Hidupkan api dan rebus sehingga ubi keledek empuk. Selepas empuk, angkat dan toskan. Masukkan dalam mangkuk.
6. Tekan-tekankan ubi keledek menggunakan alat penekan. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit. Gaul ratas supaya ubi keledek dan tepung bersatu mesra.

7. Uli sehingga adunan ini menjadi doh.
8. Sapukan tangan dengan minyak masak. Ambil sejemput doh dan jadikan bulat. Leperkan untuk mengisi inti ke dalamnya. Katupkan semula dan bentukkan jadi bulat dengan kemas. Jangan inti terkeluar.
9. Ulang langkah ini sehingga adunan dan inti habis.
10. Dalam kuali, panaskan minyak masak. Selepas minyak panas, goreng cucur badak sehingga kekuningan. Angkat dan toskan. Sedia dihidang.



Sumber: Samsiah Hj Mat Ali
Terima kasih kerana berkongsi resipi di Rasa Share Resipi
Untuk lebih detail, boleh tonton video di bawah:
https://youtu.be/LJM2d5oBAaI
Selamat mencuba!
Resipi Bomboloni Lembut, Mudah & Gebu, Guna Dua Filling Berbeza

Siapa di sini suka makan bomboloni untuk minum petang? Bomboloni, rupanya macam donut tapi penuh berisi inti krim.
Sama ada krim cream cheese ataupun kastard, bomboloni memang sedap sangat pekena dengan air teh panas.
Jika dulu hanya asli, kini boleh dipelbagaikan seperti red velvet. Jom buat ikut resipi mudah daripada Sal SY ini.
RESIPI BOMBOLONI RED VELVET
BAHAN KERING
2 cawan tepung roti/tepung gandum/tepung pau/tepung superfine – (pilih salah satu) – beli online di sini
2 sudu besar susu tepung – beli online di sini
2 sudu besar gula – beli online di sini
1 sudu kecil yis – beli online di sini
1 sudu besar koko powder – beli online di sini
1sudu kecil baking powder
1 sudu kecil bread improver – beli online di sini
1 sudu kecil vanilla powder/ esen vanilla
Secubit garam
TONTON Dapur Rasa Live: Muffin Coklat Biscoff Lotus
TONTON Dapur Rasa Live: Roti Wholemeal Walnut
BAHAN CECAIR:
2 kuning telur
1 kotak susu full cream (200ml) – tak cukup susu, sila tambah air sikit-sikit pada doh
1 sudu kecil pelembut – bread softener/ovalatte/cream super/KFine/magic Plus/water roux – (pilih salah satu)
2 sudu besar marjerin/mentega – beli online di sini
Pewarna merah
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
CARA-CARA:
1. Suamkan susu, masukkan gula dan yis. Kacau-kacau dan biar 10 minit hingga yis berbuih aktif.
2. Tuangkan ke dalam bahan kering, gaul rata dan masukkan bahan cecair.
3. Uli doh hingga licin. Tutup biar doh mengembang, sapu minyak pada tapak tangan, tumbuk doh keluarkan angin. Bulatkan doh, biar kemas.
4. Celup doh dalam bekas tepung, baru letak dalam dulang. Cara ni tak nak bagi doh melekat pada bekas dan angkat. Goreng nanti senang.
5. Selesai bulat kesemuanya, tekan sikit doh tu satu-persatu, kembangkan lagi sekali.
6. Doh dah kembang dan ringan, bolehlah goreng dengan api perlahan, angkat bombo, letak atas tisu dan biar minyak menyerap pada tisu.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
FILLING CREAM CHEESE
250g cream cheese
1 sudu besar lemon atau cuka (optional)
½ cawan whipping cream non dairy
½ cawan susu pekat – beli online di sini
CARA-CARA:
1. Guna mixer – masukkan bahan dalam bekas pukul hingga kembang. Masukkan dalam piping bag, boleh picit dalam bomboloni.
2. Cara nak masukkan ke dalam bombo, gunting bahagian atas, tekan sikit tapi jangan sampai bocor dan picit cream cheese hingga penuh.
3. Ada cheddar cheese, boleh parut di atasnya, buat lagi nampak menyelerakan.
FILLING CUSTARD
3 kuning telur
3 suud besar gula
1 sudu kecil esen vanilla – beli online di sini
1 kotak besar susu segar (350ml)
½ cawan whipping cream non dairy
2 sudu besar tepung kastard/tepung jagung – beli online di sini
CARA-CARA:
Kisar semua bahan. Masak atas api perlahan, kacau hingga pekat. Masuk dalam piping bag, simpan dalam peti sejuk selama ½ jam, baru guna.
Kredit resipi: Sal SY
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Buat Lempeng Guna Baki Nasi Sejuk, Elok Je Jadi Lembut & Gebu
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Koleksi Kuih Muih Tradisional Nama Pelik Tapi Popular & Rasa Sedap.

Terdapat banyak kuih muih Tradisional yang sedap di seluruh Malaysia. Pergilah ke setiap negeri dan cuba makanan tradisi di sana. Pasti anda akan rasai kenikmatannya. Tapi, ada juga kuih-kuih lama ni yang namanya pelik dan mengerikan. Tapi jangan risau, rasanya memang sedap dan sangat berbeza dengan manisan moden yang biasa kita makan. Jom tengok kuih apa yang unik ni. Nanti bolehlah cuba.
1. KUIH BADAK BERENDAM
BAHAN-BAHAN:
- Tepung pulut
- Air kapur secukupnya
- Sedikit pewarna hijau
- Gula melaka – dipotong dadu kecil
- Santan pekat secukupnya
- Sedikit garam
- Sedikit tepung beras
( Jumlah bahan-bahan diatas bergantung pada berapa banyak kuih yang anda ingin hasilkan.)
CARA MEMASAK:
1. Uli tepung pulut bersama air kapur dan pewarna hingga menjadi doh yang tak melekat.
2. Cubit doh dan leperkan. Letak inti gula melaka dan bulatkan seperti buah melaka. Susun dalam bekas.
3. Bancuh santan bersama sedikit tepung beras dan sedikit garam. Ia bertujuan menaikan lagi rasa lemak santan. Pastikan bancuhan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Sedang-sedang elok sahaja.
4. Tuang bancuhan santan ke dalam bekas berisi bebola tadi. Kukus hingga masak anggaran 15 minit.
5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
6. Jika suka, anda juga boleh merebus bebola terlebih dahulu. Caranya, setelah bebola siap dibentuk, panaskan air dan masukkan bebola tadi. Masak hingga bebola timbul di permukaan air seperti menyediakan buah melaka.
7. Angkat dan masukkan ke dalam bekas. Tuang santan dan kukus seperti langkah no 4.
Selamat mencuba!
Kredit resipi & foto: Irhana Canella
2. BEKO PANDAN
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan kelapa parut | putih sahaja dan kisar sedikit
- 1/2cawan gula pasir
- 1 biji telur
- 1/2cawan air daun pandan
- 1/2 sudu teh garam
- Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Pecahkan telur dalam mangkuk, kacau seketika dan ketepikan.
2. Campurkan kelapa yang telah dikisar sedikit bersama gula, tepung pulut dan garam dalam mangkuk adunan
3. Tuangkan air pandan dan telur, kacau rata hingga sebati. Ketepikan.
4. Panaskana ketuhar pada suhu 170C.
5. Sementara itu, sapukan acuan dengan minyak masak, kemudian panaskan dalam ketuhar.
6. Keluarkan, kemudian tuangkan adunan Kuih Beko dalam acuan hingga penuh dan bakar semula hingga masak.
7. Setelah masak, biarkan sejuk seketika sebelum sedia dihidangkan.
3. PUTERI MANDI
BAHAN DOH:
- 1 cawan tepung pulut
- Pewarna merah jambu
- Sedikit air
BAHAN KUAH:
- 1/2 cawan Melaka
- 1/2 cawan air
- 1/2 biji kelapa parut
- 2 helai daun pandan
- Secubit garam
CARA MEMASAK:
- Untuk menyediakan doh tepung pulut. Masukkan tepung pulut dalam mangkuk bersama sedikit garam.
- Tambahkan air sedikit demi sedikit sambil digaul sehingga tepung tak melekat di tangan dan bekas.
- Tambahkan pewarna merah jambu dan uli lagi sehingga warna itu sekata.
- Bentukkan doh seperti guli dan tekan tengannya.
- Panaskan air dalam periuk, setelah mendidih masukkan doh yang telah dibentuk.
- Tunggu sehingga doh timbul, angkat dan masuakkan dalam bekas berisi air.
- Sementara itu, di dalam periuk masukkan gula bersama air, biarkan mendidih hingga gula larut sepenuhnya.
- Masukkan kelapa parut dan secubit garam, gaul rata.
- Masukkan doh tepung pulut yang telah masak tadi.
- Gaul rata. Tutup api dan hidangkan.
4. SERABAI
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan tepung beras
- 1/2 cawan nasi + 2 cawan santan cair
- 1/2 cawan air suam
- 1 sudu kecil yis
- 2 sudu besar gula
- Sedikit garam
CARA MEMASAK:
- Campurkan air suam bersama yis dan biar sekejap dalam 5 minit
- Kisar nasi dengan air, garam, gula dan santan cair.
- Sudah kisar campurkan tepung beras bersama nasi yang dikisar. Kacau sebati.
- Kemudian masukkan yis. Kacau sebati dan peram dalam 1 atau 2 jam.
- Bakar macam biasa. Sapu sedikit minyak pada pan atau acuan. Bakar dalam 10 -15 minit ye. Boleh bakar guna kuali leper atau acuan elektrik. Lebih kurang macam hendak masak lempeng.
BAHAN KUAH:
- 2 cawan santan pekat
- 1/2 cawan air + 1 sudu besar tepung jagung
- 2 helai daun pandan
- 1 biji telur
- Sedikit garam
- 3 sudu besar gula
- 2 keping gula melaka/nisan
CARA MEMASAK:
- Satukan tepung jagung dan air. Kacau rata.
- Kisarkan telur bersama santan. Kisar sekejap sahaja bagi sebati
- Sudah kisar masukkan semua bahan-bahan kedalam periuk. Bersama air tepung jagung tadi.
- Kemudian buka api dan masak macam biasa sampai gula serta gula melaka betul-betul larut.
- Masak dengan api perlahan. Jangan masak terlalu lama sebab santan boleh “pecah minyak”. Bila kuah mula pekat sudah kira masak.
INFO: Boleh masukkan isi durian pada kuah untuk tambah rasa durian.
Kredit resipi & foto: HasnieZa Nor
5. NEKBAT SIRA
BAHAN-BAHAN:
- 500gm tepung beras
- 10 biji telur
- Sedikit pewarna oren
BAHAN SIRA:
- 500ml air
- 150gm gula pasir
- 2 helai daun pandan
- 6 kuntum bunga cengkih
CARA MEMASAK:
- Tepung beras digoreng sangai dengan api sederhana hingga kering. Ketepikan.
- Pukul telur hingga kembang dan berbuih, kemudian masukkan perwarna dan tepung beras yang telah disangai tadi. Kacau rata.
- Panaskan acuan di dalam ketuhar, setelah cukup panas keluarkan.
- Tuankan adunan ke dalam acuan dan bakar dengan api atas bawah padaa suhu 170C.
- Bakar hingga kekuningan atau garing.
- Setelah masak keluarkan dari ketuhar.
- Sementara itu sediakan bahan sira. Masak air dan gula hingga mendidih.
- Masukkan daun pandan dan cengkih.
- Setelah masak, tuangkan di atas kuih nekbat tadi.
- Kuih sedia dihidangkan.
6. KUIH ULAT BULU
BAHAN-BAHAN:
- 1cawan tepung pulut
- 1 cawan tepung pulut hitam
- 3/4 cawan air
- 1 sudu teh air kapur
- 2 cawan kelapa parut | putih sahaja dan campur dengan sedikit garam galus
BAHAN INTI:
- 1/2cawan kacang hikau
- Sedikit gula Melaka
- 1 sudu makan gula pasir
- 1 helai daun pandan
- 1/2 kelapa parut
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Untuk menyediakan inti, rebus kacay hijau bersama daun pandan hingga empuk.
- Apabila kacang lembut dan air kering masukkan santan, gula Melaka , gula pasir dan sedikit garam.
- Kacau rata hingga garing.
- Tutup api dan biarkan sejuk.
- Campurkan kedua-dua jenis tepung pulut bersama dan gaul rata.
- Kemudian tambahkan air dan air kapur, terus adun sebati seperti adunan buah Melaka.
- Bulat-bulatkan, kemudian masukkan inti di tengah dan bentuk adunan panjang.
- Buat sampai habus.
- Didihkan air kemudian, rebus adunan.
- Bila sudah timbul angkat menggunakan penapis dan letakkan di dalama bekas berisi kepala parut.
- Golek-golekkan dan masukkan dalam piring hidangan.
- Sedia dihidangkan.
7. TAHI ITIK
BAHAN-BAHAN:
- 10 biji putih telur
- 500ml santan
- 400gm gula pasir
- 100gm tepung pulut
- 150gm tepung beras
- 1 helai daun pandan |carik-carik dan simpul
CARA MEMASAK:
- Campurkan semua bahan kecuali daun pandan dalam mangkuk. Kacau sebati.
- Masukkan dalam periuk bersama daun pandan dan masak atas api sehingga masak.
- Kemudian sejukkan
- Setelah sejuk boleh bentukkannya mengikut cita rasa.
8. BELEBAT UBI STELO
BAHAN-BAHAN:
- 160gm tepung beras
- 200gm gula
- 125gm ubi stelo ungu | potong kiub kecil
- 125 gm ubi stelo oren | potong kiub kecil
- 3 biji pisang emas masak di lecek kasar
- 800ml santan
- 1sudu teh garam halus
- Daun pisang secukupnya |layur dahulu
CARA MEMASAK:
1. Rebus ubi stelo sekejap, kemudian tos airnya dan ketepikan.
2. Campurkan air, santan, tepung beras, garam dan gula.
3.Tapis dalam periuk dan masak adunan yg ditapis hingga pekat.
4. Campur ubi dan pisang.
5.Ambil sesudu besar adunan, letakkan di atas daun pisang dan bungkuskannya.
6. Kukus adunan selama 10-15 minit sehingga masak.
9. KUIH JONGKONG VERSI JOHOR
BAHAN A:
- 150gm tepung beras cap teratai
- 70gm tepung ubi kayu
- 600ml santan cair
- 3 sudu makan gula pasir
- 1/2 sudu teh garam
BAHAN B (INTI):
2 ketul gula melaka dihiris dadu
BAHAN C (KUAH ):
- 100 ml santan
- 3sudu makan tepung gandum
BAHAN LAIN:
- Daun pisang secukupnya (dibersihkan dahulu)
- Lidi kecil secukupnya
- Air untuk mengukus secukupnya
CARA MEMASAK:
- Untuk memasak adunan tepung; Satukan dan masak semua bahan A di atas api sehingga likat. Kacau sentiasa. Tutup api dan biarkan sejuk. Ketepikan.
- Untuk kuah santan; satukan semua bahan C dan masak di atas api dan kacau perlahan. Angkat dan ketepikan.
- Untuk membungkus jongkong, daun pisang dipotong saiz 20 x25cm persegi atau mengikut saiz yang dikehendaki. Layurkan sedikit terlebih dahulu. Letakkan adunan tepung yang telah dimasak di atas daun pisang, leperkan sedikit dan masukkan ketulan gula Melaka sebagai inti di dalamnya.
- Tutup dengan adunan kuah santan dan bungkus seperti membungkus tapai. Mula-mula, lipat dua dahulu dan kelepetkan bahagian kiri kanan. Kemaskan dengan lidi. Lebihan daun boleh dipotong untuk nampak lebih kemas.
- Ulangi langkah hingga selesai.
- Panaskan air kukusan hingga mendidih dan kukus selama 25-30 minit.
- Angkat dan sedia dinikmati.
10. KUIH BADAK KUBANG
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan tepung pulut putih
- 2 cawan tepung pulut hitam
- Gula Melaka | potong dadu kecil
- Sedikit air
- Daun pisang secukupnya
BAHAN KUAH PUTIH:
- 1 cawan tepung beras
- 4 cawan santan
- Sedikit garam
CARA MEMASAK:
1. Campurkan tepung kedua-dua jenis tepung pulut dan campurkan dengan sedikit air.
2. Adun menjadi doh seperti kuih Melaka.
3. Bulat-bulatkan dan letakkan gula Melaka di tengahnya.
4. Susun dalam loyang yang di alas dengan daun pisang yang telah disapu minyak masak.
5. Kukus lebih kurang 10 minit.
6. Keluarkan dan tuangkan bahan kuah putih yang sudah dicampur dan dikacau rata
7. Kukus lagi selama 10 minit. Angkat dan sejukkan seketika sebelum sedia dihidangkan.
11. KUIH TELIPOK
BAHAN-BAHAN:
BUNGA TELIPUK:
- 300gm tepung pulut
- Air secukupnya
- Sedikit minyak
- Daun pisang
BAHAN KUAH HIJAU:
- 50 gm tepung gandum
- 10 sudu makan gula pasir
- 750ml santan
- 8 helai daun pandan
- Sedikit pewarna hijau
- Sedikit garam
CARA MEMASAK:
- Untuk bunga telipok putih: Bancuh tepung dengan air sehingga bancuhan tidak lekat ditangan.
- Kemudian bentuk bulat dan empat segi bunga telipot dan lubang di tengah.
- Susun dalam loyang beralaskan daun pisang
- Untuk kuah hijau, satukan semua bahan dan kacau rata.
- Kemudian tapiskannya.
- Tuangkan dalam loyang yang disusun dengan tepung pulut yang dibentuk seperti bunga telipok.
- Kukus lebih kurang 20 minit.
- Setelah masak, angkat dan sedia dihidangkan panas-panas atau sejuk.
12. KOLEH KACANG TAHI MINYAK
- 500gm tepung kacang hijau
- 500ml santan pekat
- 1.5 liter air
- Secubit garam
- 350gm gula merah
- 150gm gula pasir
- 400ml air
- 500ml santan pekat
Nak lebih banyak resipi kuih meuih tradisional? Dapatkannya disini