Hari panas begini jom sejukkan tekak dengan agar agar jagung. Buat banyak letak dalam peti sejuk memang nikmat. Buatnya pun mudah. Warnanya kuning menyengat tu memang terliur nak rasa. Apa lagi jomlah buat.
Agar-Agar Jagung
Bahan-bahan:
1 peket agar-agar tali,30g guna separuh je
Gunting, masuk dalam periuk
½ jug air(500ml)masuk lagi 1 cawan
1/2, cawan gula.kurang manis tambah sikit lagi
3 sudu besar kordial jagung
Sebatikan dulu semua
Masak hingga didih
½ cawan santan kotak pekat
Tambah sikit 2 sudu besar air suam
1 biji telur
Sedikit garam
Esen vanilla
Dapatkan EKOBEE 3 IN 1 INTELLIGENT MULTI-COOKER WITH STEAM TRAYdengan HARGA ISTIMEWA DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK:
1.Sebatikan semua bahan.
2.Bila agar-agar dah didih, tutup api tapis agar-agar dulu dalam satu bekas.
3.Masuk kembali dalam periuk.Masak lagi hingga didih.
4.Bila dah didih, tuang santan tadi Kacau sekejap dan biar agar mendidih hingga santan dan telur pun dah berkeledak,naik kat atas,tutup api.
5.Tuang dalam Loyang.Sejukkan
6.Siap untuk dihidang.
Kredit: Iedaa Jahaya
Ketahui lebih banyak resipi di website Majalah Rasa:
Resipi Ayam Cili Hijau Guna Air Fryer Sahaja Kurang Minyak Lebih Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI