Sedapnya Agar Agar Kelapa Muda. Bahan yang digunakan untuk menghasilkan manisan ini tidak banyak tapi bila buat, nah dapat satu loyang. Rasa pun sangat enak lebih-lebih lagi jika dimakan sejuk. Nak cuba? Saudari Jes Thamada kongsikan resipinya. Sangat ringkas. Anda pasti sukakan rasanya. Selamat mencuba!
RESIPI AGAR AGAR KELAPA MUDA MUDAH & SEDAP
BAHAN-BAHAN: 1 pek serbuk agar agar (10g) – beli online disini 1 biji air kelapa muda 2 biji isi kelapa (untuk isi, guna 2 biji kelapa sebab satu biji tak cukup isinya untuk satu loyang) 1 liter air (termasuk air kelapa tadi) 1/2 cawan gula – beli online disini 1-2 helai daun pandan
Ads
CARA MEMASAK: 1.Sediakan periuk dan masukkan air, gula, daun pandan dan serbuk agar agar. Kacau sehingga air menggelegak dan semua bahan larut sepenuhnya. 2. Masukkan air kelapa dan kacau lagi seketika. Tutup api. 3. Tuang adunan agar-agar ke dalam loyang saiz 22 cm. 4. Akhir sekali masukkan isi kelapa. Biarkan agar agar sejuk dulu barulah dimasukkan ke dalam peti untuk dibekukan. 5. Bila agar-agar sudah beku sepenuhnya, potong mengikut saiz kegemaran dan bolehlah dinikmati.
Rendang tak cukup? Kena buat lagi, jangan risau ini ada tiga resipi rendang yang memang tak menyesal masak punya, sangat sedap dan memang legend. Dari dulu sampai sekarang tak pernah jemu. Tak caya cubalah ye…
AYAM RENDANG MINANG
BAHAN-BAHAN:
1kg ayam | potong sederhana dan bersihkan
500ml santan pekat
5 sudu makan pes cili kering
4 batang serai | titik
5 helai daun limau purut | carik-carik
1 helai daun kunyit |carik-carik
2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
5 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
3cm halia
3cm lengkuas
4cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Panaskan miinyak, tumis bahan kisar hingga wangi, kemudian masukkan pes cili kering.
Seterusnya masukkan ayam, gaul rata dengan bahan tumisan, kemudian tambah sedikit air dan tutup periuk. Biarkan mereneh atas api sederhana.
Setelah air tumisan kering, masukkan santan, daun kunyit, daun limau purut, serai dan asam gelugor.
Biarkan mereneh hingga kuah pekat, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api, biarkan rendang menjadi kering.
Tutup api, dan rendang sedia dihidangkan. Enak dimakan bersama lemang atau nasi impit.
RENDANG TOK
BAHAN-BAHAN:
1 kg daging | hiris
500ml santan pekat
4 sudu makan kerisik
3-4 sudu makan gula kabung/Melaka
Sedikit hirisan kelapa
1 helai daun kunyit | mayang halus
1 batang kulit kayu manis
Garam secukup rasa
BAHAN KISAR:
2 sudu makan ketumbar
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis
3 biji buah keras
3 kuntum bunga lawang
15 biji cili kering
5 batang serai
3cm halia
3cm lengkuas
20 biji bawang merah
CARA MEMASAK:
Gaulkan daging yang telah dibersihkan dan tos tadi dengan bahan kisar dalam kuali.
Tuangkan santan dan masak atas api sederhana.
Setelah mereneh tambahkana kulit kayu manis dan kepingan kelapa.
Biarkan mereneh hingga kuah pekat.’
Masukkan kerisik dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api dan sentiasa kacau hingga timbul minyak.
Tutup api jika tidak mahu garing.
Taburkan daun kunyit dan rendang sedia dihidangkan.
DAGING RENDANG CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang | hiris sederhana , cuci dan tos
500ml santan pekat
3 sudu makan kerisik
6 batang serai | titik
1 helai daun kunyit | carik-carik
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
20 biji bawang merah
3cm halia
3cm lengkuas
4cm kunyit hidup
25 biji cili padi
CARA MEMASAK:
Masukkan daging dalam kuali bersama separuh bahan kisar berserta serai titik.
Renehkan atas api sederhana hingga air daging kecut dan airnya kering.
Tambahkan santan di dalamnya bersama separuh lagi bahan kisar tadi dan daun kunyit.
Biarkan rendang mereneh atas api sederhana hingga kuah pekat.
Setelah kuah pekat, tambahkan kerisik dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Jom cuba resipi Kuetiau Sizzling perkongsian saudari Afy Al Habibi ni. Biasanya kita makan Sizzling Yee Mee kan? Kali ni boleh guna kuetiau pula.
Tak perlu ke medan selera untuk menikmati Sizzling yang enak dan sedap. Dengan adanya resipi ini, anda boleh masak sendiri. Nak makan dengan nasi pun boleh.
Bahan-bahannya tidak banyak malah boleh disediakan dalam kuantiti yang sedikit. Nak masak lebih pun taka da masalah. Gandakan sahaja sukatan bahannya. Jom cuba!
RESIPI KUETIAU SIZZLING YANG SEDAP & MUDAH MASAK
BAHAN-BAHAN:
Kuetiau
2 ulas bawang putih – dihiris nipis
3 hirisan halia
3 tangkai cili kering – rendam air panas seketika – beli online disini
Ayam – potong kecil
Secubit lada hitam kisar – beli online disini
Secubit lada sulah
Serbuk perasa secukupnya
1 ½ cawan air
Air tepung jagung (1 sudu besar tepung jagung + 1/4 gelas air)
Hirisan cendawan shitake – beli online disini
Telur
Pak choy – celur
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak dan tumis terlebih dahulu bawang putih hingga kekuningan.
2.Kemudian masukkan hirisan halia dan cili kering yang telah direndam air panas seketika.
3. Masukkan ayam yang telah dipotong kecil. Biarkan ayam terbit minyaknya.
4.Masukkan lada hitam kisar, lada sulah dan perasa. Balik-balikkan.
5.Seterusnya masukkan kesemua bahan sos dan juga air. Kacau sebati.
6.Tuang bancuhan air tepung jagung.
7.Masukkan juga hirisan cendawan shitake. Jika guna cendawan segar, boleh terus masukkan. Jika guna yang kering, rendam terlebih dahulu.
8.Biarkan kuah mereneh dengan api perlahan selama 3-4 minit.
9.Untuk menikmatinya, sendukkan kuah sizzling ke dalam hot plate, tambahkan kuetiau dan pecahkan telur. (jika tiada hot plate, guna kuali biasa)
10.Biarkan telur separuh masak sebelum tutup api.
11.Susun pakchoy yang telah dicelur, hirisan ayam dan cendawan.
12. Kuetiau Sizzling sedia dinikmati bersama cili potong.
INFO: Kuetiau perlu dileraikan dan dilalukan bawah air seketika. Tos. Paling sedp guna kuetiau halus)
Kuih muih lama memang enak dan pelbagai. Rata-rata banyak menggunakan bahan-bahan yang ringkas seperti ubi kayu, ubi keledek, pisang dan sebagainya. Walaupun ringkas namun kuih muih sebeginilah yang menjadi kegemaran ramai. Salah satu kuih lama yang masih popular ialah Belebat Ubi ni. Memang sedap! Dihasilkan dari campuran ubi kayu segar yang disagat halus dan dicampur dengan bahan-bahan sampingan yang lain. Rasanya lemak-lemak dan manis. Memang tak muak. Penambahan sagu juga membuatkan kuih ini mempunyai rasa lebih enak dan kenyal.
BAHAN-BAHAN:
1 1/2 kg ubi kayu | diparut dan diperah airnya
200gm gula merah
16 sudu makan gula
750ml santan
100gm kelapa putih yang dicampur dengan sedikit garam
3 sudu makan sagu mata ikan | dicuci bersih
Daun pisang secukupnya | dilayur
CARA MEMASAK:
Masak gula merah dan gula pasir sehingga larut. Tapiskan.
Masukkan air gula ke dalam bekas berisi parutan ubi. Campurkan santan dan sagu. Gaul sebati.
Sudukan sedikit adunan ubi kayu ke atas daun pisang. Kemudian letakkan inti kelapa diikuti sedikit lagi adunan ubi kayu. Bungkus dengan kemas dan ulang langkah sehingga adunan habis.
Panaskan periuk kukusan dan kukus kuih selama 30 minit atau sehingga masak.