Agar-Agar Lumut Butter. Ikut Cara Ni Hasilnya Pasti Menjadi Elok

Share

Bagi penggemar manisan, resipi Agar-Agar Lumut Butter perkongsian saudara Fendy Ismail ni harus anda cuba. Sedap dan mudah disediakan. Kombinasi Puding Lumut dan Puding Butter, memang sepadan. Lapisan butter tu terasa seakan Puding Karamel. Nikmat dimakan sejuk-sejuk. Jom cuba! Anda dan keluarga pasti sukakannya.

 

RESIPI AGAR-AGAR LUMUT BUTTER SEDAP & MUDAH

BAHAN PUDING LUMUT:

2 biji telur
150gm gula pasir beli online disini
125ml santan segera beli online disini
550ml air
1/2 sudu garam
1 sudu teh esen vanilla beli online disini


1 sudu esen pandan @ 100ml jus pandan beli online disini
1 bungkus serbuk agar-agar beli online disini

CARA MEMASAK:

1.Satukan semua bahan diatas ke dalam bekas dan kacau rata.
2. Tapis campuran tadi dan masukkan ke dalam periuk.
3. Masak guna api sederhana panas sambil dikacau. Masak hingga mendidih.
4. Jika nak hasil Agar-Agar yang penuh lumut tanpa mendapan air, biarkan campuran di dalam periuk terlebih dahulu.
5. Bila sudah kurang panasnya, barulah dimasukkan ke dalam acuan pilihan.
6. Ketepikan seketika dan boleh masak lapisan Puding Butter.

 

BAHAN PUDING BUTTER:

4 biji kuning telur
100gm mentega – dicairkan
4 sudu makan gula pasir beli online disini
1/2 tin susu pekat manis beli online disini


550ml air
1 bungkus serbuk agar-agar beli online disini

CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan Puding Butter dan kacau sebati.
2. Masak sampai mendidih mengguakan api kecil sahaja.
3. Bila sudah masak, padamkan api dan tuang campuran ke atas Puding Lumut yang telah dimasukkan ke dalam acuan tadi.


4. Biarkan agar-agar sejuk terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
5. Agar-Agar Lumut Butter sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Fendy Ismail

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

Published by
Nur