
Isi Kandungan
ToggleAgar-agar lumut gula merah ini memang sedap. Tak terlalu manis dan rasa menyegarkan bila dimakan. Mesti teruja nak mencubanya kan? Kalau letak dalam peti ais, lagi sedap.
Mudah saja dan bahan yang digunakan juga tak banyak sangat. Ikuti perkongsian resipi daripada puan Tengku RosElyza Raja Muhammad.
AGAR-AGAR LUMUT GULA MERAH
Bahan-bahan:
18gram Agar-agar tali (guna je sepaket tu) – boleh beli online di sini
1250ml air
1sudu teh Esen vanilla – boleh beli online di sini
1 biji telur
2 sudu gula putih (boleh kurangkan jadi satu sudu jika tak nak manis)
1 kotak santan
1cawan gula merah – boleh beli online di sini
Cara Memasak:
Didihkan air, masukkan agar-agar tali. Masak hingga agar-agar itu hancur.. Seterusnya masukkan gula merah, gula putih, esen vanilla. Masak sehingga mendidih.
Dalam bekas lain satukan santan dan telur, kacau-kacau. Lepas itu tuang ke dalam periuk. Masak dalam 5 minit dengan menggunakan api perlahan. Selepas itu besarkan api bagi ia naik buih dan terus tutup api.
Tuangkan ke dalam bekas. Sejukkan dan boleh dipotong. Sedap!
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Resipi Kuih Boko Ubi Kayu Gula Merah Legend Guna Sukatan Cawan
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bubur Biji Delima Viral, Sedap Hidang Lepas Berbuka, Yang Penting Tak Liat Macam Gam!

Isi Kandungan
ToggleBila musim cuaca tak menentu ni, mulalah tekak nak makan macam-macam jenis dessert yang sejuk. Bila tengok ramai yang viralkan bubur biji Delima, ada buat menjadi, ada juga yang frust menonggeng sebab tak sama seperti yang diharapkan mulah lah nak salahkan resipi. Apa kata kita cuba dua jenis bubur biji Delima Versi Sengkuang dan bubur biji Delima Versi Tepung Ubi Kayu yang gerenti jadi dan sedap!
Mufidah Abdul Hadi Alyunusi Lama betul akak tak share resipi kat sini.. Kali ni nak share juadah pencuci mulut yang berasal dari negara Thai iaitu Tab Tim Grob atau Red Ruby Dessert.. Sekali pandang rupanya mirip Bubur Biji Delima cuma bezanya Red Rubies ni dibuat menggunakan sengkuang cina, manakala Bubur Biji Delima dibuat menggunakan tepung ubi.. Kat restaurant biasanya dijual agak mahal.. Buat sendiri memang berbaloi dan boleh makan sepuasnya.. Ada tak kawan2 yang pernah makan ni..
BUBUR BIJI DELIMA VERSI SENGKUANG
Bahan-bahan:
- Sengkuang cina
- Pewarna
- Tepung ubi
- Susu cair n kalau guna santan msk la dgn air gula ye.kang sakit perut lak mkn sntan mentah
😅
- Air gula melaka/gula merah
- Air secukupnya utk merebus
Cara penyediaan:
- Mula-mula kita sediakan dulu sirap untuk pemanis mulut ini.. Satukan 1 cawan gula bersama 1 cawan air dan sehelai daun pandan yang disimpul. Masak sehingga mendidih dan kemudian kacau hingga gula larut. Angkat dan biar hingga sejuk.
- Antara bahan utama untuk membuat Red Ruby.. Sengkuang cina, pewarna merah dan tepung ubi kayu…
- Sengkuang cina dibuang kulitnya. Isinya didadu kecil-kecil…
- Satukan sengkuang cina yang didadu dengan pewarna merah secukupnya. Gaul hingga rata dan ketepikan selama beberapa minit.
- Sementara itu, masukkan air yang banyak di dalam periuk dan jerang atas api sederhana..
- Toskan sengkuang cina yang telah digaul dengan pewarna tadi dan gaul bersama tepung ubi ..
- Masukkan sengkuang yang digaul bersama tepung ubi ke dalam penapis sayur atau penapis santan dan ayak untuk mengasingkan lebihan tepung ..
- Beginilah rupa sengkuang yang disaluti tepung ubi setelah diasingkan dari lebihan tepung..
- Bila air yang dijerang tadi telah mendidih, masukkan sengkuang yang bersalut tepung ke dalamnya.. Masak beberapa minit hingga adunan terapung pada permukaan air..
- Adunan yang terapung menunjukkan ianya telah masak.. Sama kaedahnya seperti membuat kuih buah melaka..
- Sediakan bekas yang berisi air + air batu..
- Cedok adunan Red Ruby yang telah masak menggunakan penapis besi dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air bercampur air batu tadi.. Ketepikan sehingga sejuk..
- Untuk membuat kuahnya campurkan santan atau susu cair bersama sirap dan air batu.. Jika perlu, tambahkan sedikit air untuk mendapat kepekatan yang diingini.. Kalau kawan2 kurang gemar menggunakan santan fresh, boleh juga dimasak santan tu dahulu..
- Cara menghidang Red Ruby.. Masukkan si delima merah ke dalam bekas hidangan.. Kemudian tuangkan kuah santan (atau susu) yang disediakan tadi..
- Padan dengan namanya Red Ruby Dessert.. Merah seperti batu delima yer kawan2 hihi.. Enak dinikmati sebagai juadah pencuci mulut terutama bila dihidangkan ketika cuaca panas..
Kongsi resipi: Mufidah Abdul Hadi Alyunusi (HAHN)
Hasniza Tahar Untuk yang bertanya kenapa liat mcm getah kasut n mcm2 lagi… ok.. jadi liat sebab tak rendam lama benda ni dari tepung ubi kita pun tahu tepung ubi ni boleh jadi gam kan.. tu sebab kena rendam lama kan ada akak cakap nak makan siang malam dah boleh buat & rendam nanti dia jadi lembut.. kalau buat trus nak makan memang la keras liat ye.. lagi satu setiap apa yg direndam akan jadi kembang jadi, masa potong tu jangan la buat besaq gedabak maw tcekek.. klo makan.. buat apa pun cuba baca bagi paham.. jangan bila dah buat tak jadi bising2 plak.. harap maklum ye.. slama ni xde plak org2 kemboja makan mati tecekek..
BUBUR BIJI DELIMA VERSI TEPUNG UBI
Bahan-bahan:
- 1 cawan tepung ubi kayu
- 1/2 cawan air suam (agak2 sendiri ya sebab cawan memasing tak samakan)
- 5 helai tisu dapur
- 1 sudu tepung jagung
Cara penyediaan:
- Masukkan air dalam tepung ubi. Adunan jangan keras dan jangan cair, sedang2 saje.
- Tabur tepung jagung atas tisu.
- Kemudian tuang adunan atas tisu dan biarkan adunan tadi mengeras dalam 5 minit tak sampai.
- Lepas tu boleh sapu warna kegemaran masing-masing.
- Potong dadu dan buang tisu bawah adunan.
- Rebus dalam air menggelegak sampai biji delima timbul.
- Angkat dan masukkan ke dalam air ais/ air sejuk
- Sedia untuk dimakan dengan susu cair dan air gula. Boleh letak ais sedap dimakan ketika sejuk.
- Rasa dia kenyal2 macam black pearl!
Kongsi resipi: Sufie Mikhail
Boleh juga cuba pelbagai jenis pencuci mulut lain yang tak jurang hebat sedap tau!
Koleksi Resipi Bubur Manis Tradisi Macam Yang Mak-Mak Kita Masak.
5 Resipi Paling Best & Sedap Untuk Penggemar Pastri. Sesuai Sangat Buat Untuk Minum Petang.

Jika anda memang penggemar pastri manis, inilah himpunan resipi yang sesuai untuk anda cuba. Memang memikat selera! Nak buat pun tidak renyah mana. Jom cuba! Anda pasti sukakannya.
1. WOOPY PIE
BAHAN-BAHAN:
- 125gm mentega bergaram
- 200gm gula perang
- 1 biji telur gred A
- 260gm tepung serbaguna
- 60gm serbuk coklat
- 1 1/4 sudu teh serbuk penaik
- 250gm yogurt asli
- 1 sudu teh esen vanila
- 2 sudu air suam
BAHAN INTI:
- 250gm krim keju
- 1 cawan krim putar
- 4 sudu besar gula kastor
CARA MEMBUAT:
- Pukul gula perang dengan mentega sehingga sebati dan campurkan dengan mentega dan esen vanila. Masukkan pula yogurt.
- Seterusnya masukkan semua bahan kering dan air suam dan pukul perlahan sehingga sebati.
- Masukkan adunan ke dalam beg paiping. Paipkan adunan (jangan terlalu kecil, jangan terlalu besar). Bakar selama 10 minit pada suhu 150C.
- Untuk membuat inti, pukul krim keju yang dikeluarkan terus dari chillerdengan gula kastor sehingga kembang. Gunakan kelajuan rendah. Masukkan krim putar dan sebatikan.
- Kemudian paipkan inti di atas pai yang sudah disejukkan dan tindan satu lagi pai di atasnya.
INFO CHEF: Sebagai optional, anda boleh membuat inti dengan 1/2 cawan mentega kacang dicampur dengan 1/2 cawan krim keju
2. NUTELLA CHEESE TART
BAHAN-BAHAN:
- 260gm tepung
- 250gm mentega asli
- 70gm gula aising
- 1 sdu teh garam
BAHAN TOPPING:
- 226gm krim keju
- 226gm krim putar
- 2 sudu makan gula
- 170gm nutella
CARA MEMBUAT:
- Sebatikan semua bahan tat dan ratakan atas acuan. Kemudian dibakar selama 25 minit pada suhu 150C.
- Untuk membuat toppingpula, pukul krim keju dan gula sehingga lembut. Masukkan pula krim putar dan nutella. Sebatikan.
- Tuangkan topping ke atas kulit tat yang sudah disejukkan sebelum dipotong.
INFO CHEF: Sebaiknya, simpan tat yang telah diratakan bahan topping dalam peti ais sebelum dipotong.
3. JAPANESE CREAMPUFF
BAHAN-BAHAN (PASTRI):
- 125gm tepung gandum
- 1 cawan air
- 1 sudu teh gula
- 100gm mentega
- 3 biji telur
BAHAN PUFF CRUST:
- 85gm tepung
- 50gm gula
- 65gm mentega
- 1/2 biji kuning telur
BAHAN INTI:
- 2 cawan susu penuh krim
- 6 biji kuning telur
- 1/2 cawan gula
- 1/3 cawan tepung
- 1 sudu teh esen vanila
- 60gm mentega
CARA MEMBUAT:
- Masak air bersama mentega sehingga menggelegak dan matikan api. Masukkan tepung dan kacau sebati.
- Kemudian hidupkan api dan masak tepung. Kemudian masukkan adunan ini yang telah disejukkan ke dalam mesin pengadun dan masukkan telur.
- Biarkan adunan sebati dan masukkan ke dalam beg paiping. Paip bentuk puff mengikut kegemaran anda.
- Untuk membuat puff crustsebatikan semua bahan dan bentukkan menjadi doh. Rol adunan dan potong segiempat. Letakkan ke atas adunan yang dipaip tadi dan bakar pada suhu 170C selama 20 minit.
- Untuk membuat inti, Panaskan susu. Dalam bekas lain campurkan telur, gula dan tepung. Ambil 1/2 cawan susu yang dipanaskan tadi dan campurkan dalam adunan tepung. Kacau sebati dan masukkan adunan ke dalam lebihan susu. Kacau atas api sehingga masak dan masukkan mentega. Kemudian disejukkan.
- Paipkan inti ke dalam pastri yang dibakar dan boleh dinikmati.
INFO CHEF: Pastikan pastri disejukkan sebelum dipaipkan inti.
4. ECLAIRS WITH CHOCOLATE GANACHE
BAHAN-BAHAN (PASTRI):
- 125gm tepung gandum
- 1 cawan air
- 1 sudu teh gula
- 100gm mentega
- 3 biji telur
BAHAN INTI:
- 2 cawan susu penuh krim
- 6 biji kuning telur
- 1/2 cawan gula
- 1/3 cawan tepung
- 1 sudu teh esen vanila
- 60gm mentega
BAHAN GANACHE:
- 2/3 cawan cip coklat
- 1/2 cawan krim putar
CARA MEMBUAT:
- Satukan air dan mentega kemudian masak atas api sehingga menggelegak. Kemudian matikan api dan masukkan tepung. Kacau sebati dan hidupkan api sekali lagi sehingga tepung masak.
- Kemudian masukkan adunan ini yang telah disejukkan ke dalam mesin pengadun dan masukkan telur.
- Apabila adunan sebati, masukkan ke dalam beg paiping. Paip bentuk puff mengikut kegemaran anda.
- Bakar pada suhu 170C selama 20 minit.
- Untuk membuat ganache coklat, panaskan susu dan masukkan cip coklat. Biarkan sebati dan sejukkan.
- Akhir sekali, hiaskan permukaan eclair dengan ganache coklat.
INFO CHEF: Selain menggunakan ganache, anda juga boleh membuat fruit compote untuk diletakkan atas eclair.
5. FRAMBOZEN KENARI
BAHAN-BAHAN (SHORTBREAD):
- 100gm mentega
- 40gm gula kastor
- 280gm tepung gandum
- 1 sudu teh esen vanila
- 150gm jem rasberi
- 120gm emping badam
BAHAN MERINGUE:
- 60gm putih telur
- 30gm gula kastor
- 60gm gula aising
- 2 sudu besar tepung jagung
- 1 sudu teh esen vanila
CARA MEMBUAT:
- Pukul mentega dan gula sehingga kembang kemudian masukkan tepung gandum. Kemudian tuangkan adunan ke atas loyang pembakar dan cucukkan dengan garfu. Bakar selama 40 minit selama 150C.
- Setelah adunan masak, ratakan jem rasberi di atasnya dan taburkan emping badam.
- Untuk membuat meringue, pukul putih telur sehingga kembang dan masukkan gula. Kemudian masukkan pula tepung jagung dan esen vanila. Pukul lagi sehingga ‘bertanduk’.
- Ratakan meringuedi atas sapuan jem atas adunan. Kemudian taburkan emping badam sekali lagi.
- Bakar sekali lagi selama 30 minit pada suhu 140C.
INFO CHEF: Untuk tekstur yang lebih rapuh, anda boleh mencampurkan sedikit serbuk kacang hazel ke dalam adunan frambozen.
Resipi Mudah Cottage Pie Yang Sedap & Ikut Selera Melayu

Cottage Pie, menu klasik British yang memang sangat sedap menggunakan dua bahan utama iaitu daging dan kentang.
Namun bahan daging boleh digantikan dengan isi ayam. Menerusi perkongsian resipi daripada Umi Watie ini, cara pembuatannya sangat senang dan simple. Jom kita buat!
RESIPI COTTAGE PIE
BAHAN-BAHAN:
3 biji kentang – beli online di sini
½ cawan susu segar (freshmilk)
1 sudu teh lada hitam
2 sudu makan mentega –beli online di sini
1 biji bawang holland – beli online di sini
3 biji bawang putih – beli online di sini
1 cawan ayam
3 sudu makan sos bolognese
¼ cawan lada benggala
¼ cawan cendawan – beli online di sini
1 sudu teh mix spice
*nota penting: kalau ayam tu ditukar dengan daging kambing, kita panggil Sherperd Pie. Bahan dan cara semua sama saja.
TONTON Jeligho Molek – Rugi Aihhh Tak Cuba!!!
TONTON Dapur Rasa Live: Ikan, Sotong & Udang Celup Tepung
CARA-CARA:
1. Kentang rebus sampai lembut. Panas-panas tu lenyek, jangan tunggu sejuk.
2. Letak lada hitam, garam dan susu. Kacau rata sampai jadi seperti adunan cekodok. Dah siap biarkan. Kita masak inti pula.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
3. Mentega cairkan, tumis bawang putih sampai wangi. Masukkan isi ayam yang dah dicincang halus.
4. Ayam dah masak masukkan cendawan, lada benggala, bawang holland. Bubuh segala tumbuhan kegemaran.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
5. Masukkan sos Bolognese. Perasakan dengan garam dan gula ikut selera ya. Dah siap.
6. Masukkan dalam bekas. Saya guna bekas aluminium saiz 5 inci dapat 3 ketul. Tabur mozarella chesse lepas tu paipkan kentang lecek tadi.
7. Bakar selama 20 minit dengan suhu 180C. Ikut ketuhar masing-masing. Makan kosong pun sedap sangat dah. Bau wangi satu rumah tau.
Kredit resipi: Umi Watie
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Resipi Bomboloni Lembut, Mudah & Gebu, Guna Dua Filling Berbeza
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: