Agar-Agar Oreo, Sedap Tepati Cita Rasa, Guna 4 Bahan Saja

Share

 

Nak cari pencuci mulut yang sedap? Jom try buat sendiri agar-agar Oreo ni. Sedap sangat. Cuma guna empat bahan je. Tak perlu susah-susah. RASA kongsikan resipinya. nanti boleh cuba buat.

Agar-Agar Oreo

BAHAN-BAHAN
1 bungkus agar-agar tali
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
2 peket biskut Oreo

 

CARA MEMBUAT
1. Masukkan 1200 ml air ke dalam periuk. Masak bersama agar-agar sehingga agar-agar larut.
2. Selepas agar-agar larut, masukkan susu cair dan susu pekat.
3. Kacau selama 5 minit. Biarkan mendidih dan tutup api. Ketepikan.
4. Susun biskut dalam loyang. Tuangkan adunan agar-agar tadi.
5. Tunggu sejuk sekejap dan masukkan dalam peti sejuk.
6. Setelah sejuk, potong ikut cita rasa anda.

 

Resipi Oleh facebook Dapur Pakcu

 

IKLAN