Agar-agar Santan Sirap Ros ni memang nyaman aje rasanya. Sedap berperisa sirap ros, ada rasa lemak dengan lapisan santan. Resipi dari Naz@ovenkecil.blogspot ni boleh dicuba.Resipi daripada warisan bondanya di kampung, tetapi telah diubahsuai untuk kuantiti yang kecil sedikit.
Bahan-bahannya mudah aje, resipi ini telah pun dicuba Maisarah Sidi. Katanya ikut saja resipi dan tip yang diberikan. InsyaAllah menjadi.
AGAR-AGAR SANTAN SIRAP ROS Oleh : Naz @ ovenkecil.blogspot.com
BAHAN-BAHAN :
1 paket serbuk agar-agar 10 gm atau 11 gm
1 liter air (4 cawan)
200 gm gula pasir (lebih kurang 1 cawan)
200-250 ml santan pekat (1 cawan) *
1 biji telur ayam – masukkan dalam santan dan kocak sedikit dengan garfu
Secubit garam
1-2 sudu besar sirap ros atau beberapa titis pewarna pink dan perisa ros
2 helai daun pandan – dibasuh dan disimpulkan
Ads
* Kalau yang suka lapisan santan tu nipis jer, boleh kurangkan kuantiti santan di dalam resepi. Nanti dapatlah lapisan santan (yang bahagian atas), nipis sikit berbanding dengan bahagian bawahnya.
CARA MEMASAKNYA :
1. Masak 1 liter air bersama gula dan serbuk agar-agar hingga gula larut.
2. Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur, garam dan sirap ros. Masukkan juga simpulan daun pandan.
3. Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana.
TIPS PENTING!! Bila menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan biar adunan menggelegak kuat sambil dikacau-kacau. Kacau ini untuk mengelakkan adunan membuak dan melimpah dari periuk. Pandai-pandailah kawal api dapur tu ye. Nanti akan kelihatan adunan santan jadi berbintil-bintil. Kemudian tutup api. Keluarkan daun pandan.
4. Basahkan loyang atau apa-apa acuan kegemaran dengan air. Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras. Boleh simpan di dalam peti ais untuk mendapatkan agar-agar yang sejuk. Nanti akan terbentuk dua lapisan, lapisan atas santan dan lapisan bawah agar-agar merah.
Ads
*Mudah saja kan cara membuat agar-agar santan sirap ros. Kalau nak dapatkan dua lapisan cantik, memang kena ikut tips yang diberikan. Mai memilih cara dengan membiarkan adunan menggelegak seketika lebih kurang 1-2 minit atas api sederhana. Memang menjadi.
*Ikut saja resepi dan tips penting yang dikongsikan. Tapi jangan risau, kalau tidak menjadi dua lapisan pun.. tetap masih boleh dimakan kan hehe.
Oden homemade ni nampak sangat sedap. Ia merupakan sejenis makanan musim sejuk bagi masyarakat Jepun yang terdiri dari bahan-bahan seperti telur rebus, lobak putih, kek ikan dan sebagainya yang dimasak di dalam sup. Kiranya lebih kurang macam yong tau fu lah tapi lebih berkuah. Hidangan Oden ni mula popular di Malaysia sejak diperkenalkan di Family Mart hinggakan ramai sanggup beratur panjang demi menikmati semangkuk Oden ni. Bagi yang nak cuba masak sendiri hidangan ni, resipi Oden homemade perkongsian saudari Rosmaliza Omarni boleh dicuba.
RESIPI ODEN HOMEMADE ALA FAMILY MART
BAHAN-BAHAN: 1 peket perencah Asam Pedas Adabi – beli online disini 1 peket perencah Tom Yum Adabi – beli online disini Bahan-bahan Yong Tau Foo (fishball, fishcake, filamen ketam dan lain-lain) 2 sudu teh gula 1 kiub pati ayam – beli online disini Air secukupnya 1 tangkai daun ketumbar – dicincang kasar
CARA MEMASAK: 1. Masukkan air ke dalam periuk dan masukkan perencah Asam Pedas dan perencah Tom Yum. Jika nak kuah pekat boleh tambah lebih perencah lagi. 2. Masukkan kiub pati ayam dan gula. Biarkan mendidih sekejap baru masukkan bahan-bahan Yong Tau Foo yang dicucuk dengan lidi sate. 3. Biarkan mendidih dan perencah meresap masuk ke dalam bahan yong tau foo. 4. Tutup api dan taburkan daun ketumbar yg di cincang kasar. Siap bolehlah dihidang panas.
Apa kata kalau ada masa nanti korang cuba hasilkan Souffle Pancake ni, nampak gebu, lembut dan terasa kesedapannya. Boleh pikat hati si dia!
Souffle Pancake
Bahan-bahan:
Batter
4 putih telur
2 kuning telur
1/3 cawan tepung gandum
1 3/4 sudu teh serbuk penaik
2 3/4 sudu susu segar
Splash ekstrak vanila
4 sudu besar gula pasir
Jus lemon
Minyak, untuk kuali
Untuk menghias:
Krim putar
Sirap maple
Gula icing
Mint
Beri campuran
Cara-cara:
Pukul putih telur sehingga betul2 kembang dan ringan, kemudian masukkan gula pasir dan teruskan pukul sehingga sebati.
Dalam mangkuk besar, pukul bersama-sama bahan adunan yang lain. Masukkan sepertiga dari meringue ke dalam adunan pada satu masa.
Atas api yang perlahan panas kan minyak dlm kuali, kemudian masak kira-kira 1 cawan adunan pada satu masa. Masak selama 6 minit, kemudian flipkannya apabila sedikit kecokelatan.
Teruskan memasak selama 15 minit sehingga dimasak.
Hidangkan dengan buah-buahan dan topping kegemaran anda.
Aduh, sakit betul bila senggugut datang. Bukan sahaja menjejaskan mood, malah ia juga boleh mengganggu rutin harian. Anda dah cuba pelbagai cara tapi sakit masih tak kurang? Apa kata cuba amalkan empat jenis jus ini, harap ia berkesan dan membantu untuk meredakan kesakitan senggugut anda.
JUS CAMPURAN NANAS DAN LOBAK MERAH
Gabungan buah nanas dan lobak merah yang manis dan segar ini bukan hanya boleh meredakan sakit perut tetapi juga membantu anda rasa lebih selesa semasa haid. Ia kerana nanas mempunyai kandungan bromelain yang membantu otot-otot dinding rahim menjadi lebih relaks, sementara kandungan vitamin A yang tinggi dalam lobak merah baik untuk kesihatan tubuh.
1 sudu makan madu | jika suka – beli online DISINI
CARA MEMBUAT:
Masukkan kedua-dua bahan dalam pengisar bersama sedikit air.
Kisar hingga halus dan tapis ambil jusnya sahaja.
Jika ingin sedikit manis, boleh tambahkan satu sudu makan madu.
JUS CAMPURAN EPAL, LOBAK MERAH DAN OREN
Campuran epal, lobak merah dan oren bukan hanya enak sebagai kudapan tetapi juga enak dibuat jus. Anda wajar amalkan jus ini semasa haid kerana ketiga-tiga buah berikut kaya dengan vitamin C yang berfungsi membantu mencegah peradangan. Secara tidak langsung, ia mampu mengurangkan rasa sakit senggugut.
BAHAN-BAHAN:
1 biji epal hijau
2 biji oren | buang kulit dan biji
4 batang lobak merah
1/2 cawan air
CARA MEMBUAT:
Masukkan semua bahan ke dalam pengisar.
Kisar halus dan tapis airnya.
Sedap diminum secara sejuk.
JUS CAMPURAN BUAH AVOKADO DENGAN UBI BIT
Buah avokado dikatakan pereda senggugut yang baik kerana kandungan isinya berupaya menjaga keseimbangan hormon dalam tubuh badan. Di samping itu, ia juga kaya dengan vitamin B6 yang membantu mencegah mood swing dan sakit-sakit badan. Ditambah dengan buah bit yang kaya dengan zat besi. Semasa haid, tubuh kehilangan beberapa mineral termasuk zat besi. Dengan mencampurkan buah ini, ia mampu menggantikan zat besi yang hilang itu.
BAHAN-BAHAN:
1 biji buah bit | saiz sederhana
1/2 biji isi buah avokado
1 sudu makan jus lemon
1 sudu makan madu
1/2 susu rendah lemak atau air
CARA MEMBUAT:
Campurkan semua bahan dalam pengisar dan kisar hingga halus.
Tapis dan sedia diminum bersama sedikit ais.
JUS CAMPURAN PISANG DAN BAYAM
Salah satu jus yang wajib anda cuba adalah jus campuran pisang dan bayam. Pisang kaya dengan vitamin B6 dan kalium yang membantu mengelakkan kembung. Ini kerana semasa senggugut, keadaan menjadi lebih teruk bila disertai dengan perut kembung. Sementara bayam merupakan antioksida yang berupaya menjadikan metabolisma badan menjadi lebih baik.
BAHAN-BAHAN:
4 cawan daun bayam mentah
2 biji pisang | saiz sederhana
150ml yogurt vanila
CARA MEMBUAT:
Campaurkan semua bahan dalam pengisar dan kisar halus.
Hidangkan dengan mencampurkan ketulan ais untuk rasa lebih sedap dan sejuk.
Selain sedap dibuat sambal, goreng kunyit atau dimasuk dalam tomyam sotong juga enak dibuat masak lemak. Jika nak lebih sedap dan istimewa boleh cuba buat sotong masak lemak Padang.